Thursday, January 31, 2013

Rentetan 8 Bulan ???

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Salam pesta buku 1 Malaysia kepada semua.Takku sangka,aku akan tulis semula blog yang bersawang ni.Almost 8 months,aku biarkan saja tanpa ada melakukan sebarang pembersihan kat blog ni.[kesiannya kat ko blog,nasib baik ko bukan manusia haha =.=]. Kalau dah 8 bulan tuh, maknanya dari Jordan lagi aku tak update sehingga la aku dah 5 bulan duduk kat Malaysia ni. Well,dah macam-macam berlaku selama 8 bulan ni. Rasa macam nak list apa yang berlaku hehe [sebagai kenangan bila dah tua nanti yihaa]

1.I'm officially graduated from Yarmouk University dengan cemerlangnya [Alhamdulillah!]

2.Bulan 8 balik Malaysia,bulan 9 aku dah start mengajar di Universiti Sains Islam Malaysia [USIM].Alhamdulillah,aku tak sempat nak menanam anggur pon sebab anggur tuh dah membuahkan hasil. [sementara sampai bulan 2,2013 ni je] Walaupun sekejap je mengajar kat usim,tapi itulah kenangan terindah.Mengajar budak degree,yang umurnya sebaya,dan beza 2,3 tahun je tapi itulah menyebabkan aku rapat dengan diorang semua sebab mengajar tak rasa jurang [macam kakak dengan adik je hehe] DAN yang paling BEST,bila ada feedback dari pelajar aku berbunyi seperti ini [apesal skema tiba-tiba] "ustazah,dulu saya tak suka bahasa arab,tapi disebabkan ustazah saya dah suka bahasa arab sekarang" [siapa yang tak gembira bila dengar camniiii] memang terharu habis bila dengar dia cakap macamtuh. Harap boleh jumpa korang lagi dan boleh gelak sama-sama lagi. [erkkk]


3.Mohon untuk sambung Master dan Alhamdulillah sekali lagi, aku mendapat tawaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] untuk menyambung pengajian dalam bidang bahasa arab ini.[daftar 14 februari ni,doakan]

4.Masuk pertandingan weight loss challenge [WLC] HERBALIFE, yang ni memang kelakar sebab aku dengan 'sukarelahatinya' masuk pertandingan ni.Hadiah memang lumayan, no.1 dapat RM1000, no.2 dapat RM500, no.3 dapat RM300 dan 2 lagi saguhati dapat RM100. Dan untuk kelima-lima hadiah ni,satu apa pon aku tak dapat dan yang paling best aku lah yang turun paling sikit [2kg je kot sedih =.=].Walaupun aku turun paling sikit,tapi aku lah yang paling kecil antara peserta kat situ [bangga seketika] sebab almost yang masuk pertandingan ni beratnya 80 lebih ke atas. Aku teringat satu babak ni, ketika dia nak umumkan siapa pemenangnya, time tuh aku tengok la peserta-peserta lain kan dan ada seorang lelaki ni, badan dia besar,dan dan tuh jugak hati aku berkata "dia ni confirm tak menang,gemuk je lagi" [gila jahat] dan bila emcee umumkan the winner is him,he has lost 13kg in one month, time-time tuh jugak mata aku membulat,mulut ternganga dan terus rasa nak gelak guling-guling dan hati terus berkata "tulah ko,jangan nak tengok luaran je".Rupa-rupanya berat dia time masuk tuh 100 lebih,kalau turun 13 kg kira still besar lagi lah kan haiihh. Tapi best la dia dapat 1000 ringgit [lompat tinggi-tinggi]

5.Last but not least, aku daftar menjadi independent distributor HERBALIFE. [dah jadi dealer herbalife la pulak hewhewhew] Ini pun buat part-time je,nak sara diri time ambil MA nanti huhu.So,lepas ni,mungkin blog aku akan update tentang herbalife juga.Sesiapa rasa nak turun berat badan,nak naikkan berat badan,nak maintainkan berat badan,boleh je tanya aku,tak ada masalah.I'm ready to coach all of you :)

Itu je kot entry kali ni.Hati sekarang tak sabar nak pergi pesta buku.Dah dup dap dup dap je macam nak jumpa bakal suami.[pakwe pon takde,bakal-bakal lagi la takde] dan dup dap dup dap jugak nak daftar Master kat UKM nanti,tolong doakan ye,semoga berjalan dengan lancar dan aku dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan.
[semua tadah tangan,cakap AMIN YA RABB!]


Sunday, May 27, 2012

Atas dan Bawah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

I'm back,almost 6 months tak update,satu kejayaan yang besar bagi aku hehe.Alhamdulillah aku masih punyai perasaan untuk update blog ni walaupun pada mulanya ingin membuang blog ni.Sekarang ni tengah cuti sem,tengah bosan-bosan tiba-tiba terfikir tentang blog yang memang tak tau kabarnya.Bila bukak je,hati dan akal tidak bertelagah dan tangan terus mencapai keyboard.Alhamdulillah,keinginan di hati terus membuat anggota badan bergerak untuk mengupdate blog yang sudah nyawa-nyawa ikan ni.

Hari ini semua result untuk peperiksaan sem ni keluar [hati kecewa=.=],sebelum ini pon,aku pernah je turun muaddal tapi tak la sekecewa yang aku rasa sekarang.Walaupun turun 0.7 tapi hati rasa kecewa padahal dulu [tahun 1]aku pernah je turun lagi banyak dari ni tapi tak rasa apa-apa pon.Mungkin selama ini nak naikkan muaddal bukan la senang,setiap sem hanya naik 0.something,sekali turun dengan begitu suka ria mana tak kecewa.Mungkin lagi satu,perasaan orang nak konvo,mesti nak bagi yang terbaik untuk tatapan ayah yang selama ni dah bersusah payah untuk aku ni.Dan lagi satu mungkin perasaan cemburu atau lebih senang disebut jelous dengan kawan-kawan yang dah konvo sekarang.Mungkin perasaan bercampur-campur ini, membuatkan aku tertekan seketika bila muaddal jatuh.Bila fikir-fikir semula,macam tak de kaitan kemungkinan-kemungkinan aku itu.Apa-apa jelah hanis najwa[hati dan otak tak dapat nak berfungsi dengan baik ketika ini]
Selama ni,aku memang selalu bagi perangsang kat orang yang muaddal jatuh la,muaddal sikit la tapi sekarang ni,bila terkena kat diri sendiri,otak jadi blank,mata terkebil-kebil bila tengok result exam sem ni.Pergilah kau perasaan kecewa-kecewa ni,aku tak suka okeh! 



Bila tengok result exam ni,terus terlintas kat fikiran aku ni,Allah nak uji dalam bentuk ini pulak.Selama ni tak pernah sedih-sedih pasal keputusan ni,tak kesah la turun ke naik ke. Bila duduk kat Jordan ni,rasa macam complete Allah uji aku.Start dari kawan-kawan,arwah mak,abah then kat diri sendiri. Bila masuk setiap sem kat sini,aku dah kene sediakan hati yang kental dan akal yang waras untuk melalui ujian-ujian kat sini. Dan aku fikir,bersesuaian la dengan apa yang aku doakan.Aku doa moga Allah tingkatkan keimananku dan ketaqwaanku kepadaNya. Kalau Dia tak turunkan ujian,macammana nak tingkatkan keimanan tu kan? Biasalah manusia,bila diuji,baru nak ibadah lebih kuat dari sebelum ini. Jadinya,fikir positif yang Allah ada sembunyikan sebelum Dia nak bagi yang lebih terbaik untuk aku dan mungkin aku ada buat apa-apa yang Allah tak suka,maka Allah beri aku keputusan begini.Jadinya,muhasabah muhasabah muhasabah !!! 

Moral of the story,jangan nak kecewa sangatla,ada lagi satu sem sebelum balik Malaysia,buat yang terbaik.Takkn asek nak kat atas je kan,sekali sekala kene la duduk bawah.Kan selalu cakap, belajar bukan nak tengok markah sangat pon,yang penting faham dan boleh sampai dekat manusia sekeliling.Kan dah boleh tanggung masa Allah uji mak meninggal tu,takkan turun sikit camni pon dah lemah semangat? Allah suka orang bersabar kan.Setiap apa yang Allah aturkan,itulah sebaik-baiknya.Jadinya,hidup dengan baik,gembira setiap masa,hayati setiap helaan nafas yang Allah beri ini.Jadikan diri sendiri berguna untuk orang lain.Itulah yang sebaiknya.
[p/s:perenggan ni cakap untuk diri sendiri,hadirkan semangat yang sedang merudum]





Wednesday, November 9, 2011

~selamat hari jadi~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Salam aidiladha buat semua umat islam seluruh dunia,moga raya aidiladha ini dapat mengingatkan kita kisah pengorbanan nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s.Tak lupa juga selamat menunaikan haji bagi yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini.


Alhamdulillah,sambutan raya haji pada tahun ini meriah dari tahun-tahun lepas.Mungkin aku sekarang ada kampung untuk balik raya bersama..hehe.Walaupun duduk jauh merantau di negara orang,tapi alhamdulillah,bila ukhwah sudah rapat,semua perkara yang di lakukan semuanya indah belaka.=)

Sebenarnya buat entry kali ini,ingin mengucapakan selamat hari jadi pada housemate saya.Norashikin binti Mohd Isa.Masa hari jadi aku dulu,dia ada wat entry tok aku,ni kira membalas la time besday dia ni..hehe..aku nak bagi link dia wat entry kat aku tu,tengok-tengok dah tak de..haha



Ikin ni kira junior paling tua kat dalam rumah ni la.Aku kenal dia tahun 2009 sebab aku datang Jordan 2008.Dia ni anak sulong,dan dalam rumah ni aku la yang paling tua.Jadi dengan serta-mertanya aku menjadi kakak kepada 3 orang housemate aku ni.Tak pe la,dapat gak merasa adik sebab aku anak bongsu..he3


Nak ceritanya,Ikin ni jenis pendiam la,malu-malu gitu..mula-mula payah gak nak rapat.Yela,aku ni jenis happy sepanjang masa.Mungkin dia terkejut tiba2 dapat duduk rumah dengan orang yang bukan jenis macam dia..haha tapi lama-lama..alhamdulillah..bila hati sudah bertaut,tidak ada apa yang perlu dirisaukan..ececeh..


Macam-macam dia dh wat kat aku..kalau aku cerita,tak abes2 nanti..tapi aku hargai la semua apa yang dia wat kat aku..aku ni jenis payah nak hargai dari kata-kata..dari segi perbuatan je boleh ase..he3..tiba2 bab ni jadi malu sikit..mungkin gen dari abah aku,sebab abh aku pon jenis cmni gak..keh3


Aku tabik kat dia ni sebab dia memang jenis pendengar setia la..nasib baik tak bernanah telinga ko ye kin,dengar cerita akak macam2..haha kalau aku sakit,dia wat la apa yang aku nak,macam-macam la dia wat tok aku..serius terharu=.= tapi tak kan nak tunjuk depan dia kan..pandai-pandai cover la..hehe..eh2,bila aku nak wish ni..ho3


Ok,selamat hari lahir yang ke-20!wah3..dah masuk nombor 2 kat depan tu..moga dengan umur yang makin meningkat ni,pemikiran pon akan makin matang seimbang dengan umur tu.Moga jadi anak yang solehah,penyejuk mata ayah dan ibu.kamu tu anak sulong,tangunggujawab yang besar.Jangan lupa tok ringankan beban ayah dan ibu.Belajar sungguh-sungguh..Allah pandang pada usaha bukan pada natijah.Akak tahu ikin boleh berjaya dengan jayanya..semua dengan usaha yang jitu la..kalau dah usaha tapi tak membuahkan hasil,jangan risau,Allah nak bagi kejayaan yang lebih best!!semua apa yang Allah wat,ada hikmahnya!Akhir sekali,moga panjang umur dan murah rezeki serta di beri kesihatan tubuh badan dan berjaya dunia akhirat=)


selamat hari jadi ikin,ikin kan suka wat kek,sesuai la ngn gambar ni..hehe
Apa-apa yang ikin wat kat akak,akak nak ucap terima kasih banyak-banyak.Salah silap yang akk wat kat ikin,disedari atau pun tidak,nak mintak maaf banyak-banyak.Besela..akak kan suka menyakat ikin..hehe..akhir sekali..akak sayang ikin!moga jadi anak,adik,kakak,isteri dan ibu yang solehah~:))

Saturday, October 1, 2011

::Bila Tahun 4::


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi,aku masih dapat meneruskan lagi perjuangan di Jordan yang masih berbaki 3 sem lagi[campur sekali sem ni la].Sedar tak sedar,sudah 4 tahun aku duduk di Jordan ni.Perasaan sayang,rindu dekat Jordan ni,memang dah sebati dalam diri ini.Walau banyak ujian-ujian yang datang,Alhamdulillah..aku dapat mengharunginya dengan baik dengan adanya kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi,[Nazirah,Kak Anis,Ikin,Ili].Yela,dengan tiada keluarganya,siapa lagi kalau bukan kawan yang dapat menolong dikala kita down.

Kalau nak dikatakan,setiap sem ada sahaja ujian yang datang menimpa diriku.tapi bagiku,itu adalah petanda baik kerana Allah masih sayang kepadaku,lalu di beri peringatan dalam bentuk ujian.Allah tak kan datangkan ujian itu,melainkan Dia tahu tentang kemampuan seseorang hamba itu.Pelbagai ragam manusia yang aku nampak bila duduk di Jordan ni.Hidup ni perlu memerhati sekeliling dan memikir perkara tersebut serta ambil iktibar dan menjadikan pengajaran itu dalam diri kita.Dengan ini,baru kita lihat apa sebenarnya kehidupan dan apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia ini.

Alhamdulillah,sekarang aku sudah berada di tahun 4,pelajar bahasa arab dan kesusasteraan,Universiti Yarmouk,Jordan.Bila di hayati dalam diri ini,masih banyak kekurangan yang perlu di topup.Banyak benda yang masih menghantui dalam diri ini...

Adakah aku mampu untuk berhadapan dengan masyarakat?
Adakah aku mampu untuk menjadi seorang pensyarah yang berdedikas?i[cita-cita nak jadi pensyarah..hehe]
Adakah aku mampu menjadi seorang anak yang dapat membalas jasa kepada abahku?
Adakah aku mampu menjadi seorang isteri solehah,penyejuk mata suami?
Adakah aku mampu untuk menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak-anak ku nanti?

Persoalan-persoalan ini sering berlegar-legar di kepala ku.Dengan adanya kesedaran  ini insyaAllah,aku akan memperbaiki diriku dari semasa ke semasa.

Bila sudah masuk tahun 4 ni,subjek-subjek pon semakin susah.Time kat Malaysia aritu pon terfikir-fikir,boleh ke aku bawak subjek-subjek ini?tapi tak apa,berkat doa abah,keluarga dan kawan-kawan,aku akan terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.Keyakinan dalam diri perlu ada,Kalau nak tunggu ia datang tanpa usaha,memang tak akan dapatla kan?

Bila dah tahun last ni,aku di taklifkan sebagai mentor kepada naqibah,Allah..bila tengok dalam diri,waaa,adakah aku dapat menjalankan tugas ni??mentor-mentor yang lain memang hebat-hebat belaka,terasa kerdil diri ini bila dibandingkan dengan mentor-mentor lain,tapi walaubagaimanapun,aku akan buat yang terbaik demi PERMAI tercinta..hehe.Bukan setakat mentor,tapi kena mengajar matan ajrumiyah kepada adik-adik junior,padahal tak pernah khatam pon belajar matan tu..tapi tak ape,bila aku tak tahu,boleh tanya Doc.Khalid..keh3.Dan yang paling tak tahan jadi kaunselor bahagian adab ni.Haaa..siaplah wahai adik-adik,kalau nangis tu memang tak sah la..[sila bawa tisu sebelum berjumpa dengan akk..hua2]

Dan untuk kesekian kalinya,aku dapat ahli rumah baru,time tahun 2,ikin yang masuk,tahun 3,ili pulak dan bila tahun 4 ini,syada dari terengganu,lain sikit sebab kitorg bertiga semua dari selangor..hehe..Alhamdulillah,semua adik-adik rumah yang mendengar kata,bagus untuk dibuat sebagai calon isteri..hahaha..sebelum terlupa,tahniah kepada syada kerana menjadi perserta akhawat terbaik MHS.Mesti otak dah berkilat kan,tu yang terbaik tu..keh3:)

Ok lah,dah panjang dah menaip ni,doakan aku terus success sehingga ke akhirnya dan dapat menyumbang kepada masyarakat,InsyaAllah.Moga tahun 4 ini,dapat membuatkan diriku lebih matang untuk menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.All the best for you all too..:)

p/s:rindunya kat arwah mak,moga mak tenang di sana.
u were my strength when i was weak
u were my voice when i couldn't speak
u lifted me up when i couldn't reach
all of this,because u loved me!!
wa sayang sgt2 kat mak..huhu~

Saturday, July 16, 2011

::bUiH cINtA::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Baru-baru ni Malaysia dipanaskan dengan perhimpunan BERSIH,maka aku pon bersemangat jugak membaca artikel-artikel tentang bersih ni.Di sebabkan duduk kat luar negara,aku hanya update cerita ni melalui internet je la.Kalau aku kat Malaysia,confirm aku ikut perhimpunan ni.'Hidup keadilan,Basmi kezaliman'~!![tiba-tiba semangat..ho3]


Jadi untuk menyejukkan hati yang panas ni,aku mahu la share resepi "puding buih cinta kami"..hehe


Ok,meh sini aku bagi resepi puding buih ni:-


1.Agar-agar strip[yg dari malaysia,macam tali-tali tu] setengah peket.
[aku buat setengah peket je ye..kalau nak wat satu peket,just tambah je la.]
2.Air masak 750ml
3.Gula[separuh cawan]
4.3 biji telur
5.Esen vanilla
6.Pewarna merah
7.Fruit cocktail


Bahan untuk kuah:-


1.1 tin susu cair
2.2 tin air masak[guna tin susu tu je balik]
3.2 sudu tepung kastard
4.13 sudu gula[mula-mula aku buat 7 sudu je,tak manis..jadinya dengan beshnya aku tambah lagi 6 sudu gula..baru masyuk makan,nasib baik ahli rumah aku semua kuat manis..no hal la..keh3]
p/s:ikut citarasa sendiri la ye..he3
5.Telur kuning


Cara-cara nak buat puding:-


1.Masak agar-agar bersama air sehingga hancur agar-agar tersebut.
2.Selepas hancur agar-agar tersebut,masukkan gula setengah cawan tadi.
3.Untuk telur,asingkan telur putih dengan telur kuning,3 biji telur putih dipukul sehingga kembang,selepas dah kembang,masukkan 2 biji telur kuning sahaja dan pukul sehingga kembang lagi.[kalau ade mixture lagi best,tapi umah aku ada mixture cap ayam je..haha]..satu lagi telur kuning diasingkan dan dimasukkan untuk kuah puding buih ni.
4.Selepas dah larut gula dalam periuk tadi,biarkan suam seketika,dan selepas itu masukkan agar-agar tadi ke dalam telur yang dipukul tadi.
5.Masukkan esen vanilla dan pewarna merah.
6.Pukul lagi atau mixture bagi sebati puding buih ni.
7.Taburkan fruit cocktail dekat bekas yang mahu diletak..then tuang agar-agar tersebut di atas fruit cocktail tadi.
8.Biarkan sejuk seketika,selepas itu,masukkan ke dalam peti ais.


Untuk kuah pula:-
1.Campurkan semua bahan yang aku cakap di atas tadi dalam periuk dengan menggunakan api yang sederhana.Bila sudah menggelegak,tutup api tersebut.
2.Biarkan sejeuk seketika dan masukkan dalam peti ais.


AMARAN~!!
**Sangat sedap makan puding buih cinta ini ketika hati tengah menggelegak,suap sahaja puding ini ke dalam mulut,terus sejuk hati yang panas tu..huahua**


TAAARAAAAAA.....NI LA PUDINGNYA..HEHE.........=))

lidah yang merasa shj yg dpt mengetahui mana buihnya..=)

Simbolik ye akunye love tu..[kasih hati aku dah berkongsi dengan empat orang ni..sebab aku titik pertemuan kami berlima..hehe..sayang korang ketat-ketat la..he3]
*Nazirah,kak annis,ikin dan ili*


p/s:selamat berimtihan..wat elok2 ye..bittaufiq semua=))

Friday, June 17, 2011

Ujian ke arah fitnah~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Ya Allah,dah lama tak update blog,kalau lah blog ni boleh bersawang,jenuh aku nak bersihkan..hehe,tapi walauapapon,alhamdulillah,aku masih menikmati nikmat iman dan islam dan moga-moga para pembaca pon sama menikmatinya..syukur kepada Allah!!Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.


Alhamdulillah,sekarang ni dah masuk sem soifi atau kata nama lain,summer sem atau short sem..pilih lah mana-mana yang paham ye..:).Result sem lepas pon,alhamdulillah..sbb memang budget2 akan turun muaddal atau kata nama lain,pointer..tp syukur,stay kt situ gak[susah tu nak smpai kat sini..haha],kalau turun,memang sedih la sebab susahkan nak sampai..huhu..kira dah nasib baik tak turun..hehe..sbb time tu,ada ujian yg Allah bg menyebabkan aku down seketika,tapi alhamdulillah,Allah masih bagi kekuatan pada aku dan aku dapat mengharunginya..syukur padaMu ya Allah:)


Sebenarnya nak cerita lain,tapi macam biasa la,merepek sekejap kat atas tu..actually,nak cerita tentang apa yang aku perhati,aku pikir..pastu aku tulis la kat sini,benda yang selalu terjadi bukan di sekeliling aku sahaja,malah mungkin kepada para pembaca juga.Biasalah,ketika menuntut ilmu,macam-macam yang berlaku.


Situasi 1


Fulanah:awak,esok jom kita jumpa nak??,awk tentukan masa dan tempat k,saya ikot je.
Fulan:jumpa??awak rindu kat saya ea..hehe..errmm..jap ea saya fikir.
Fulanah:Haisshh,awak ni,macam tak biasa pulak..nak fikir-fikir lagi.
Fulan:Mestilah..nanti kalau kantoi,siapa yang nak jawab??awak tu tau nangis je nanti..
Fulanah:apa kata,kita jumpa kat kawasan rumah saya je,nanti kalau pergi mall,terserempak ngn kawan-kawan..jatuh la reputasi kita yang thiqah [alim] ni.


Situasi 2


Aku:aku nak tanya la,kenapa kau pakai purdah?
Kau:sebab kain terlebih time wat tudung aritu[muka tak de perasaan]
Aku:[hati yang menggelegak]


Kau:wei,bila mau pakai purdah??trend wei!!kau ni ketinggalan la
Aku:[senyum]..kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata-kata


Kau:kau tahu,pakai purdah ni dapat tarik perhatian lelaki tau,aku dengar,ada seorang tu,sebelum pakai purdah,tak de sapa nak dia,sekarang ni,bila pakai,berpusu-pusu nak dia..kau tak nak ke??kau kan tak de orang lagi..time ni la pun masanya.
Aku:Astaghfirullah..tak kan sebab ni,kau pakai purdah??jodoh tu semua ketentuan Allah,memang kita kene berusaha,tapi bukan macam ni caranya.Sekarang ni,kau yakin dengan purdah ke dengan Allah.??Jangan jawab dengan aku..tanya hati kau sendiri!jangan luar je nampak cantik,tp dalam busuk..wassalam~


Situasi 3


Aku:Bro,tak de seluar lagi panjang ke??[atas lutut dan bawah sikit dari lutut]
Kau:Eh kau ni,ape kau kisah aku pakai seluar panjang ke seluar pendek.
Aku:Selagi aku bawak agama islam aku,selagi itu aku kisah ngn kau!aku tahu kau dah tahu aurat mana yang perlu kau tutup.


Aku:kau beli mana kasut ni,lawa la..sesuai betul la dengan kaki kau..tapi kan aku rasa,lagi lawa kalau kau pakai stokin.
Kau:Ala wei..stokin tu zaman sekolah la,asal dah tutup atas..ok la tu...
Aku:Kau ni..buah orang dah tolong kupaskan,dah ade depan mata pon,kau x nak makan!macam ni la sekarang keadaan ko..dah tahu benda tu,tapi tak praktikkan!


Kalau kita lihat dari segi,kita sebagai seorang pelajar,mungkin turun pointer atau muaddal tu adalah ujian kita ketika menuntut ilmu,tapi secara tak langsung,kita tidak menyedari situasi-situasi seperti di atas juga merupakan ujian kita ketika menuntut ilmu,lebih-lebih lagi yang menuntut bidang AGAMA!


Kita manusia ni di beri akal,dapat menilai mana yang baik dan buruk.Nafsu yang memberontak ke arah kejahatan tapi kalau kita sebagai manusia tak dapat menggunakan akal yang waras untuk mengawal nafsu..ke manakah arah hidup kita??tepuk dahi,pikir sendiri!


Aku nak ulas sikit la pasal situasi-situasi di atas:-


Situasi 1:Aku memang tak de pengalaman benda-benda camni,tapi berdasarkan apa yang aku lihat dan pikir,tak de faedah pon benda camni.Macam fulanah tu cakap,tak nak orang nampak diorng dating,tp Allah tu Maha Melihat.Kita hidup kat dunia ni bukan dilihat dari pandangan manusia tetapi dilihat dari pandangan Allah.Itu,kita boleh simpulkan,adakah mereka itu beriman kepada Allah atau beriman kepada pandangan manusia dan ini termasuk dalam mensyirikkan Allah.Nau'zubillah..Ini termasuk kepada sesiapa yang bertunang gak,tunang itu bukan lesen menghalalkan apa yang haram,dan jangan ingat,bila anda sudah bertunang,lelaki atau perempuan itu memang betul-betul akan menjadi pasangan hidup anda!


Situasi 2:Pada pengamatan aku,bila aku nampak fulanah pakai purdah je,kompom aku cop dia ni baik,tapi mungkin persepsi aku sekarang ni dah berubah sikit la..tak semuanya macam tu..apa yang aku cerita di atas itu memang kisah yang benar-benar terjadi.Ok,mungkin korang akan cakap,tak kan benda yang sikit tu pon nak kecoh??tapi benda yang sikit tu la yang menjadi buah mulut orang sehingga menimbulkan fitnah kepada perempuan yang betul-betul memakai purdah untuk menjaga dirinya!Aku ni pon tak baik mana,tapi sekurang-kurangnya aku masih lagi fikir maruah orang lain dan secara tak langsung,hati kita akan menolak wat benda-benda yang merosakkan imej sebagai penganut agama ISLAM!


Situasi 3:Orang akan kata,tutup aurat ni,benda yang remeh je.Ala..dah pakai tudung,dah tutup aurat la tu..tapi tudung yang berlilit2 macam hana tajima,mcm yuna,ala2 burung merak tu..kire dah ok la tu??dengan baju ketatnya,seluar ketatnya,legging lagi..tu bukan MENUTUP tapi MEMBALUT!!Ok,ni kira macam teruk sikit la kan..tapi kalau ada yang dah lawa dah dari atas,sekali tengok bawah,stokin hilang ke mana??kaki tu jugak merupakan aurat kita.Dah memang maklum aurat kita seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan..Jangan anggap kaki tu bukan aurat kita dan jangan anggap benda ni remeh!kalau nak kata pun,manusia ni tak de yang sempurna,tapi seeloknya,kita pergi ke arah yang lebih sempurna!


kalau yang lelaki pulak,memang la pakai seluar smpai ke lutut,tapi kalau tengah duduk atau tengah menunggang motor,lutut tu tak nampak la??


Ok,aku memang rasa,entry kali ni paling panjang,macam nak balas dendam je kan,sebab dah lama tak update..haha..tapi minta maaf la,ayat-ayat kat atas tu,kalau ada yang macam nampak aku emo sikit-sikit tu..Serius,aku memang tak boleh tahan dengan benda-benda camni.


Peringatan kepada lelaki di luar sana:Kalau anda membiarkan mak,isteri,kakak,adik keluar tanpa menutup aurat,anda adalah seorang yang dayus!


Dan untuk perempuan pula:kalau dah tahu ayah,suami,abang,adik anda akn dayus,maka tutup lah aurat!dunia ni bukan tok selama-lamanya,hanya persinggahan kita..dan tolong la..jangan menambahkan dosa orang yang kita sayang sedangkan dosa dia sendiri pon,mungkin dia dah tak tertanggung.Jangan fikir untuk keseronokan diri sendiri,sedangkan anda sedang membawa orang yang anda sayang ke satu tempat yang sama dengan anda!


Akhir sekali,wahai manusia yang beragama islam,yang belajar apa yang berkaitan dengan islam,tolong lah...tolong lah..jangan lah jadikan diri anda pembawa FITNAH kepada agama anda sendiri! dan jadikan ujian itu sebagai satu tarbiyah Allah dalam mendidik hati,jiwa dan iman kita!


~selamat menempuh sem soifi,yang balik malaysia tu,manfaatkan masa yang ada..hehe:)~

Thursday, April 14, 2011

~imami,mujahidi~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Wahai Mujahidku,

Untukmu Bakal 'Imam'ku tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia penciptaMU...rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini..

Ketahuilah wahai mujahidku,

Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur
kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang
andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita
menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami…


Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah
lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya
perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan
kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih
dari segala…

Tiada yang lebih bahagia suamiku,

melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan
menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar
syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar
padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan
menyambung perjuangan abi mereka.


Berikanku sepenuhnya,

sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu
itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu
mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri
ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.

 Suamiku, 

hatimu itu milik rabbul jaleel, dan ku pohon sebahagaian itu sebagai
semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu
bukan milikku..kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang
diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.



Wahai suamiku,


seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang
kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan
melahirkan para mujahid…


Wahai suamiku,


walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur,

bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia
ini…kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah
tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya
hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung
cinta dari DIA Maha Esa…

 Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita
labuhkan demi redhaNya…biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan
ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran
tahajjud cinta…InsyaAllah inilah pencarian kita…

....siiru 'ala barakatillah....

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

oleh: Halaqah.net


p/s:ni aku copy jek,ase cm besh je bila baca,then copy kt blog..hehe..mintak maaf la awal-awal,asek dok cakap pasal kahwin,sebabnya kawan-kawan baik aku semua dah kahwin,dah mengandung dah pon..alhamdulillah..tu yang tempias sikit-sikit kat aku tu..haha,tapi tak pe la,post ni ada banyak faedahnya.Harap-harap semua dapat manfaat dari entry ni..hehe:)