Thursday, April 14, 2011

~imami,mujahidi~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Wahai Mujahidku,

Untukmu Bakal 'Imam'ku tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia penciptaMU...rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini..

Ketahuilah wahai mujahidku,

Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur
kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang
andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita
menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami…


Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah
lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya
perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan
kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih
dari segala…

Tiada yang lebih bahagia suamiku,

melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan
menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar
syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar
padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan
menyambung perjuangan abi mereka.


Berikanku sepenuhnya,

sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu
itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu
mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri
ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.

 Suamiku, 

hatimu itu milik rabbul jaleel, dan ku pohon sebahagaian itu sebagai
semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu
bukan milikku..kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang
diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.



Wahai suamiku,


seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang
kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan
melahirkan para mujahid…


Wahai suamiku,


walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur,

bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia
ini…kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah
tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya
hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung
cinta dari DIA Maha Esa…

 Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita
labuhkan demi redhaNya…biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan
ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran
tahajjud cinta…InsyaAllah inilah pencarian kita…

....siiru 'ala barakatillah....

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

oleh: Halaqah.net


p/s:ni aku copy jek,ase cm besh je bila baca,then copy kt blog..hehe..mintak maaf la awal-awal,asek dok cakap pasal kahwin,sebabnya kawan-kawan baik aku semua dah kahwin,dah mengandung dah pon..alhamdulillah..tu yang tempias sikit-sikit kat aku tu..haha,tapi tak pe la,post ni ada banyak faedahnya.Harap-harap semua dapat manfaat dari entry ni..hehe:)

Sunday, April 10, 2011

::First trial~Nasi Kerabu~::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabaraktuh

Hari ini tiba-tiba je rasa rajin nak update blog ni,sebab baru je lepas periksa madah Ulum Al-Quran.Jadinya,rasa cam tak nak stad madah lain dulu sebab jauh lagi tarikhnya..haha.. Lagipon Jordan ni memang exam memanjang,jadinya cam dah lali tok jawab exam,sampai dah tak de rase takot nak pegi jawab exam.Apa2pon,usaha,doa dan tawakal kepada Allah.Moga-moga natijah exam menggembirakan:)

Hari ini,aku nak share resipi masak nasi kerabu.Kadang-kadang aku pikir,bagus belajar jauh-jauh ni,semua benda kita boleh buat sendiri.Sebagai contoh,masak-masak ni la,dari lauk-pauk,kek,kuih,desert,semua boleh buat.Kalau belajar kat Malaysia,hurrmmm..bilanya kita nak belajar semua benda ni kan?Kalau dah tak tau nak masak,haaiihh..memang payah la tok alam seterusnya kan??[ketawa].Jadinya,bersedia dari sekarang sebab kita tak tau bila kita akan kahwin.Bagi aku,bersedia dari semua perkara sebelum nak melangkah ke alam itu,jangan main redah je,jangan rasa seronok nak kahwin tapi satu benda pon tak tau.Alam perkahwinan ni bukan macam semua apa yang kita bayangkan,mungkin orang yang belum kahwin,memang hanya pikir indah belaka je la tapi bila kita melangkah je alam ini,ketika ini lah,kita memainkan peranan sebagai seorang isteri/suami,matang ke kita nak hadapai satu-satu masalah,bila dah ada anak,bagaimana kita ingin menjadi seorang ibu/bapa?Bagaimana kita nak didik anak kita??Semua benda-benda ni kene pikir dulu,adakah kita sudah bersedia??supaya kita dapat jalankan tangunggjawab kita dengan sebaiknya dan semuanya adalah kerana Allah S.W.T.Alamak!!melalut lak..haha,tapi amek la apa yang baik dari apa aku cakap tu..hihi.

Ok,back to the topic,aku masak nasi kerabu ni sebab adik rumah aku nak sangat makan nasi ni.Jadinya,sebagai kakak rumah,masakkan lah tok diorang kan..haha.Dalam hati,adeeii..tak tau nak masak nasi kerabu ni,selama ni tau makan jek,apa lagi,cari orang yang tau masak nasi ni la kan dan terima kasih kepada kak bi yang bagi resipi nasi kerabu ni kepada saya..hehe..

beginilah rupanya..kenal pasti sendiri mana satu bendanya..kek trifle mnyibuk seketika..haha..

Nasi kerabu ni cara Jordan la kan,asal sedap..layan je..keh3

Bahan-bahan:-
-Beras
-pewarna biru
-bawang merah(*)
-halia(*)(#)
-bawang putih(#)
-cili besar(*)
-santan
-serbuk kari
-serai(#)
-hampas kelapa
-sardin jenama MILO
-ayam
-garam
-kacang buncis
-sayur kobis
-budu
-lemon

1)Nasi:Masak cam bese,then taruk pewarna biru.Maka,birulah nasi tersebut.haha.Agak-agak la taruk pewarna tu,cam aku aritu,tertaruk banyak,memang biru sangat la kan..keh3[padahal taruk satu penutup kecik tu je..adeii]~bersesuaian ngan nasi yang ingin di masak~

2)kuah tok nasi kerabu ni:Blender kesemua bahan yang bertanda (*),pastu tumis di atas api,then bubuh santan dan letak garam secukup rasa.Kacau sehingga masak,kalo nak pekat,tak yah taruk air banyak-banyak.

3)kelapa:Mula-mula sangai kelapa atas api [macam nak wat kerisik] tapi tak payah lama-lama sangat,cam separuh masak tok memudahkan di blender,time blender pulak,jangan blender smpai hancur macam kerisik tu,blender sikit-sikit je.
Selepas itu,blender bahan yang bertanda (*) dan keluarkan ikan sardin tu,buang minyak dia,then hancurkan ikan tu[aku buat blender je sekali ngn bahan bertanda (*) dan letak garam sedikit.
Bila dah siap semua ni,gaulkan semua[hampas kelapa yang sudah di blender dan ikan sardin tadi]pastu rasa,kalau kurang rase,taruk garam lagi.(ikot citarasa masing-masing)

4)Ayam berempah:Blenderkan kesemua bahan bertanda (#).Selepas itu lumurkan ayam tadi dengan bahan yang diblender+serbuk kari+garam.Perap seketika supaya ianya meresap ke dalam isi ayam tersebut.

5)Sayur kobis dan kacang buncis dipotong nipis-nipis.Makan begitu sahaja.

6)Budu:Tumis bawang merah dan cili,pastu masukkan budu,then perahkan lemon sedikit.

Haaa..macam tu la masak nasi kerabu ni,senang je tapi banyak benda nak kene wat..hehe.. Sesiapa yang free-free tu,tengah tak de watpe,bek try masak-masak,bila dah masak,perut pon senang-lenang dan bergumbira la kan..keh3.

p/s:kepada yang exam hari ni,esok,tulat dan seterusnya,bittaufiq wan najah,wat leklok exam,fikir jasa-jasa mak ayah.Moga natijah yang cemerlang dapat membalas sedikit jasa mereka walaupun sebenarnya,kita memang tidak mampu membalas segala jasa mereka.Setiap benda yang kita wat,mintak restu dari mereka dahulu.InsyaAllah, Allah redha dengan setiap apa yang kita lakukan!:)

Thursday, April 7, 2011

~percaya HANYA pada Allah~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Alhamdulillah,kita bertemu lagi,sudah lama aku tinggalkan blog ni,bukan tidak mahu menulis, bila sampai je masa nak menulis tu,idea tiba-tiba hilang.Bila time tak de kat depan laptop,macam-macam dalam kepala nak tulis.Haaiihh..tak pe la,sekurang-kurangnya,aku kembali lagi untuk menulis blog ni.Hari ahad ni start second exam,tapi ngada-ngada nak update.[kenapa aku selalu camtu??bila nak exam la,bru rajin nak update??]~aku pon tak paham dengan diri aku~[ketawa].


Alhamdulillah lagi sekali,minggu lepas, di Jordan telah menjalankan satu program iaitu Karnival Sukan Mahasiswa Jordan (KARISMA) dan Irbid telah memenangi keseluruhan.Tahniah kepada Irbid amnya dan khasnya kepada team bola jaring dan bola tampar (A) telah mendapat johan dan team bola jaring (B) mendapat no.3 dan team bola tampar (B) telah mendapat no.2.Tahun depan kita kekalkan prestasi dan usaha lagi supaya dapat buat yang lebih baik.


Sebenarnya,bukan ini yang aku nak wat tok entry kali ni,yang atas tu intro je,punya la panjang!haha [sebab dah lama tak update,semua cerita nak tulis,haha].Aku nak tulis tentang cerita yang aku dengar tadi di kelas aqidah bersama Dr.Alaa Hilat,menceritakan tentang kepercayaan kita kepada Allah.Cerita yang di ceritakan oleh Dr.Alaa sangat menyayat hati dan membuatkan tanganku rancak untuk bermain di atas keyboard ini serta hatiku meronta untuk mengupdate blog..hihi


Al-kisahnya,terdapat sepasang suami isteri,yang sudah lama berkahwin tapi tidak mempunyai anak,dan seperti biasa,bila tak ada anak,orang sekeliling bertanya itu dan ini sehinggakan mereka pergi ke hospital untuk memeriksa apa yang tidak kena.Sesampai je di hospital,suami masuk ke bilik doktor tapi doktor melarang isterinya masuk sekali.Doktor berkata kepada isteri suami itu:"sila duduk,saya hanya ingin bercakap dengan suami awak sahaja" dan isteri itu pun akur dengan kehendak doktor itu,maka suami dengan doktor itu berlalu masuk ke dalam bilik.


Di dalam bilik:-
Doktor:"Dia tak boleh melahirkan anak,jika awak pergi ke Amerika atau negara-negara asing,mungkin dia dapat melahirkan anak".
Suami:"Dia ada masalah apa doktor?"
Doktor:[dan doktor berkata seperti tadi]"Dia tidak boleh melahirkan anak kecuali dengan mukjizat Allah".


Suami tersebut pon keluar dari bilik doktor tersebut dan berjumpa dengan isterinya,dengan muka yang sedih suami itu berkata kepada isterinya:-


Suami:"Saya yang bermasalah,saya punca yang awak tidak dapat melahirkan anak".
Isteri:"Tidak mengapa,kita hanya mampu bersabar".


Tahun berganti tahun,mereka tidak dikurniakan seorang anak lagi,hanya Tuhan yang tahu perasaan mereka.Rumah tangga dingin tanpa suara keriangan dan tangisan seorang anak.Tiba-tiba isterinya diserang penyakit buah pinggang dimana dia memerlukan buah pinggang yang baru tok menggantikan buah pinggangnya.Doktor yang merawat isterinya berkata kepada suami itu,awak kena dapatkan buah pinggang itu dalam masa 48 jam dan awak kene pergi ke Iraq untuk mendapatkan buah pinggang tersebut.Si suami itu pon pergi mendapatkan buah pinggang tersebut dan alhamdulillah,buah pinggang si isteri sudah digantikan dan sekarang sudah semakin pulih dan alhamdulillah sihat seperti biasa.


Hari berganti hari,masa terus berdetik tanpa menoleh ke belakang,tahun demi tahun,mereka tidak dikurniakan lagi seorang anak.Suasana dingin yang masih sama.


Tiba-tiba isteri yang selama ini taat kepada suaminya,yang sangat baik,yang sangat solehah,bertukar menjadi isteri yang tidak bertangunggjawab,makan minum suami tidak dijaga,dibiarkan suami melakukan semua benda dengan sendiri,dan akhirnya suami itu pon pelik dengan perangai isterinya,tidak pernah isterinya  berkelakuan seperti itu.Maka si suami bertanya kepada isterinya:-


Suami:"Kenapa awak berkelakuan begini sedangkan dulu awak taat kepada saya?"
Isteri:"Saya bukan hamba awak lagi,awak ceraikan saya,saya nak anak,di sebabkan awak la,saya tak dapat anak,awak tak rasa sifat keibuan ini,awak lelaki..awak baik tapi saya mahukan anak.CERAIKAN SAYA!"
Suami:"Awak jangan macam ini,saya sangat sayangkan awak,ok,kalau macam tu,beri saya peluang 3 bulan,saya tak nak ceraikan awak masa ini,selepas 3 bulan kalau awak mahu juga saya ceraikan awak,saya akan ceraikan awak".


Suami itu bersujud kepada yang Esa,ujian apa yang Kau turunkan lagi padaku YaAllah,kuatkan ku ya Allah.


Selang beberapa minggu,si isteri mula rasa sakit-sakit,maka mereka pergi ke hospital dan berjumpa dengan doktor yang mula-mula mereka jumpa.


Doktor:"Eh,saya masih ingat awak,tahniah,isteri awak mengandung.Betul ke awak tak pergi ke Amerika ni??"
Suami:"Tidak,saya tidak pergi kemana-mana pon.Alhamdulillah,ni adalah mukjizat Allah S.W.T".
Doktor:"Isteri awak tidak buat apa-apa untuk berubat ke??"
Isteri:[TERKESIMA] Ya Allah,rupa-rupanya aku yang tidak boleh melahirkan.[monolog]


Kita lihat cerita di atas,sanggupnya si suami berkorban demi tidak mahu membuatkan isterinya bersedih sekiranya si isteri tahu yang dia adalah seorang yang mandul.Dan sanggup si suami itu,menderma buah pinggangnya kepada isterinya demi melihat isterinya pulih sedia kala.48 JAM!!kalau kita fikir,sempat ke nak ulang-alik ke iraq tu selama 48 jam???Allah.. betapa besarnya pengorbanan seorang suami yang sekarang hanya hidup dengan sebelah buah pinggang sahaja.Dan Alhamdulillah,selama dia diuji dengan perkara ini,si suami sudah menghafaz Al-Quran,sohih bukhari,dan Muslim.Allah,betapa ujian ini mendekatkan dirinya kepada Allah dan paling penting adalah KEIMANAN DAN KEPERCAYAAN dia kepada ALLAH!! kalau mahu dikatakan,mustahil akan mengandung kerana si isteri tadi mandul tapi dengan kepercayaannya kepada Allah,hnya Allah yang berkuasa ke atas sesuatu,maka isterinya mengandung.Alhamdulillah,bersyukur dengan segala nikmat dan pemberianNya.


Haa..itu yang aku nak cerita sebenarnya,kita amek iktibar dengan kisah ini.Hidup ini tak lekang dengan ujian TAPI YAKINLAH ALLAH TETAP BERSAMA KITA DAN HANYA KEPADA DIA SAHAJA KITA SEMBAH!!ALLAHUAKBAR!!


~p/s:cerita di atas adalah kisah benar,dan dialog tu aku ada tambah sikit..haha
*nak suami macam ini juga!!!moga-moga kita dapat jodoh yang soleh dan solehah serta dapat membawa kita menuju redha dan syurgaNya.Amiiiinnn~~!!!