Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts
Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

::Bila Tahun 4::


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi,aku masih dapat meneruskan lagi perjuangan di Jordan yang masih berbaki 3 sem lagi[campur sekali sem ni la].Sedar tak sedar,sudah 4 tahun aku duduk di Jordan ni.Perasaan sayang,rindu dekat Jordan ni,memang dah sebati dalam diri ini.Walau banyak ujian-ujian yang datang,Alhamdulillah..aku dapat mengharunginya dengan baik dengan adanya kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi,[Nazirah,Kak Anis,Ikin,Ili].Yela,dengan tiada keluarganya,siapa lagi kalau bukan kawan yang dapat menolong dikala kita down.

Kalau nak dikatakan,setiap sem ada sahaja ujian yang datang menimpa diriku.tapi bagiku,itu adalah petanda baik kerana Allah masih sayang kepadaku,lalu di beri peringatan dalam bentuk ujian.Allah tak kan datangkan ujian itu,melainkan Dia tahu tentang kemampuan seseorang hamba itu.Pelbagai ragam manusia yang aku nampak bila duduk di Jordan ni.Hidup ni perlu memerhati sekeliling dan memikir perkara tersebut serta ambil iktibar dan menjadikan pengajaran itu dalam diri kita.Dengan ini,baru kita lihat apa sebenarnya kehidupan dan apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia ini.

Alhamdulillah,sekarang aku sudah berada di tahun 4,pelajar bahasa arab dan kesusasteraan,Universiti Yarmouk,Jordan.Bila di hayati dalam diri ini,masih banyak kekurangan yang perlu di topup.Banyak benda yang masih menghantui dalam diri ini...

Adakah aku mampu untuk berhadapan dengan masyarakat?
Adakah aku mampu untuk menjadi seorang pensyarah yang berdedikas?i[cita-cita nak jadi pensyarah..hehe]
Adakah aku mampu menjadi seorang anak yang dapat membalas jasa kepada abahku?
Adakah aku mampu menjadi seorang isteri solehah,penyejuk mata suami?
Adakah aku mampu untuk menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak-anak ku nanti?

Persoalan-persoalan ini sering berlegar-legar di kepala ku.Dengan adanya kesedaran  ini insyaAllah,aku akan memperbaiki diriku dari semasa ke semasa.

Bila sudah masuk tahun 4 ni,subjek-subjek pon semakin susah.Time kat Malaysia aritu pon terfikir-fikir,boleh ke aku bawak subjek-subjek ini?tapi tak apa,berkat doa abah,keluarga dan kawan-kawan,aku akan terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.Keyakinan dalam diri perlu ada,Kalau nak tunggu ia datang tanpa usaha,memang tak akan dapatla kan?

Bila dah tahun last ni,aku di taklifkan sebagai mentor kepada naqibah,Allah..bila tengok dalam diri,waaa,adakah aku dapat menjalankan tugas ni??mentor-mentor yang lain memang hebat-hebat belaka,terasa kerdil diri ini bila dibandingkan dengan mentor-mentor lain,tapi walaubagaimanapun,aku akan buat yang terbaik demi PERMAI tercinta..hehe.Bukan setakat mentor,tapi kena mengajar matan ajrumiyah kepada adik-adik junior,padahal tak pernah khatam pon belajar matan tu..tapi tak ape,bila aku tak tahu,boleh tanya Doc.Khalid..keh3.Dan yang paling tak tahan jadi kaunselor bahagian adab ni.Haaa..siaplah wahai adik-adik,kalau nangis tu memang tak sah la..[sila bawa tisu sebelum berjumpa dengan akk..hua2]

Dan untuk kesekian kalinya,aku dapat ahli rumah baru,time tahun 2,ikin yang masuk,tahun 3,ili pulak dan bila tahun 4 ini,syada dari terengganu,lain sikit sebab kitorg bertiga semua dari selangor..hehe..Alhamdulillah,semua adik-adik rumah yang mendengar kata,bagus untuk dibuat sebagai calon isteri..hahaha..sebelum terlupa,tahniah kepada syada kerana menjadi perserta akhawat terbaik MHS.Mesti otak dah berkilat kan,tu yang terbaik tu..keh3:)

Ok lah,dah panjang dah menaip ni,doakan aku terus success sehingga ke akhirnya dan dapat menyumbang kepada masyarakat,InsyaAllah.Moga tahun 4 ini,dapat membuatkan diriku lebih matang untuk menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.All the best for you all too..:)

p/s:rindunya kat arwah mak,moga mak tenang di sana.
u were my strength when i was weak
u were my voice when i couldn't speak
u lifted me up when i couldn't reach
all of this,because u loved me!!
wa sayang sgt2 kat mak..huhu~

Friday, June 17, 2011

Ujian ke arah fitnah~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Ya Allah,dah lama tak update blog,kalau lah blog ni boleh bersawang,jenuh aku nak bersihkan..hehe,tapi walauapapon,alhamdulillah,aku masih menikmati nikmat iman dan islam dan moga-moga para pembaca pon sama menikmatinya..syukur kepada Allah!!Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.


Alhamdulillah,sekarang ni dah masuk sem soifi atau kata nama lain,summer sem atau short sem..pilih lah mana-mana yang paham ye..:).Result sem lepas pon,alhamdulillah..sbb memang budget2 akan turun muaddal atau kata nama lain,pointer..tp syukur,stay kt situ gak[susah tu nak smpai kat sini..haha],kalau turun,memang sedih la sebab susahkan nak sampai..huhu..kira dah nasib baik tak turun..hehe..sbb time tu,ada ujian yg Allah bg menyebabkan aku down seketika,tapi alhamdulillah,Allah masih bagi kekuatan pada aku dan aku dapat mengharunginya..syukur padaMu ya Allah:)


Sebenarnya nak cerita lain,tapi macam biasa la,merepek sekejap kat atas tu..actually,nak cerita tentang apa yang aku perhati,aku pikir..pastu aku tulis la kat sini,benda yang selalu terjadi bukan di sekeliling aku sahaja,malah mungkin kepada para pembaca juga.Biasalah,ketika menuntut ilmu,macam-macam yang berlaku.


Situasi 1


Fulanah:awak,esok jom kita jumpa nak??,awk tentukan masa dan tempat k,saya ikot je.
Fulan:jumpa??awak rindu kat saya ea..hehe..errmm..jap ea saya fikir.
Fulanah:Haisshh,awak ni,macam tak biasa pulak..nak fikir-fikir lagi.
Fulan:Mestilah..nanti kalau kantoi,siapa yang nak jawab??awak tu tau nangis je nanti..
Fulanah:apa kata,kita jumpa kat kawasan rumah saya je,nanti kalau pergi mall,terserempak ngn kawan-kawan..jatuh la reputasi kita yang thiqah [alim] ni.


Situasi 2


Aku:aku nak tanya la,kenapa kau pakai purdah?
Kau:sebab kain terlebih time wat tudung aritu[muka tak de perasaan]
Aku:[hati yang menggelegak]


Kau:wei,bila mau pakai purdah??trend wei!!kau ni ketinggalan la
Aku:[senyum]..kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata-kata


Kau:kau tahu,pakai purdah ni dapat tarik perhatian lelaki tau,aku dengar,ada seorang tu,sebelum pakai purdah,tak de sapa nak dia,sekarang ni,bila pakai,berpusu-pusu nak dia..kau tak nak ke??kau kan tak de orang lagi..time ni la pun masanya.
Aku:Astaghfirullah..tak kan sebab ni,kau pakai purdah??jodoh tu semua ketentuan Allah,memang kita kene berusaha,tapi bukan macam ni caranya.Sekarang ni,kau yakin dengan purdah ke dengan Allah.??Jangan jawab dengan aku..tanya hati kau sendiri!jangan luar je nampak cantik,tp dalam busuk..wassalam~


Situasi 3


Aku:Bro,tak de seluar lagi panjang ke??[atas lutut dan bawah sikit dari lutut]
Kau:Eh kau ni,ape kau kisah aku pakai seluar panjang ke seluar pendek.
Aku:Selagi aku bawak agama islam aku,selagi itu aku kisah ngn kau!aku tahu kau dah tahu aurat mana yang perlu kau tutup.


Aku:kau beli mana kasut ni,lawa la..sesuai betul la dengan kaki kau..tapi kan aku rasa,lagi lawa kalau kau pakai stokin.
Kau:Ala wei..stokin tu zaman sekolah la,asal dah tutup atas..ok la tu...
Aku:Kau ni..buah orang dah tolong kupaskan,dah ade depan mata pon,kau x nak makan!macam ni la sekarang keadaan ko..dah tahu benda tu,tapi tak praktikkan!


Kalau kita lihat dari segi,kita sebagai seorang pelajar,mungkin turun pointer atau muaddal tu adalah ujian kita ketika menuntut ilmu,tapi secara tak langsung,kita tidak menyedari situasi-situasi seperti di atas juga merupakan ujian kita ketika menuntut ilmu,lebih-lebih lagi yang menuntut bidang AGAMA!


Kita manusia ni di beri akal,dapat menilai mana yang baik dan buruk.Nafsu yang memberontak ke arah kejahatan tapi kalau kita sebagai manusia tak dapat menggunakan akal yang waras untuk mengawal nafsu..ke manakah arah hidup kita??tepuk dahi,pikir sendiri!


Aku nak ulas sikit la pasal situasi-situasi di atas:-


Situasi 1:Aku memang tak de pengalaman benda-benda camni,tapi berdasarkan apa yang aku lihat dan pikir,tak de faedah pon benda camni.Macam fulanah tu cakap,tak nak orang nampak diorng dating,tp Allah tu Maha Melihat.Kita hidup kat dunia ni bukan dilihat dari pandangan manusia tetapi dilihat dari pandangan Allah.Itu,kita boleh simpulkan,adakah mereka itu beriman kepada Allah atau beriman kepada pandangan manusia dan ini termasuk dalam mensyirikkan Allah.Nau'zubillah..Ini termasuk kepada sesiapa yang bertunang gak,tunang itu bukan lesen menghalalkan apa yang haram,dan jangan ingat,bila anda sudah bertunang,lelaki atau perempuan itu memang betul-betul akan menjadi pasangan hidup anda!


Situasi 2:Pada pengamatan aku,bila aku nampak fulanah pakai purdah je,kompom aku cop dia ni baik,tapi mungkin persepsi aku sekarang ni dah berubah sikit la..tak semuanya macam tu..apa yang aku cerita di atas itu memang kisah yang benar-benar terjadi.Ok,mungkin korang akan cakap,tak kan benda yang sikit tu pon nak kecoh??tapi benda yang sikit tu la yang menjadi buah mulut orang sehingga menimbulkan fitnah kepada perempuan yang betul-betul memakai purdah untuk menjaga dirinya!Aku ni pon tak baik mana,tapi sekurang-kurangnya aku masih lagi fikir maruah orang lain dan secara tak langsung,hati kita akan menolak wat benda-benda yang merosakkan imej sebagai penganut agama ISLAM!


Situasi 3:Orang akan kata,tutup aurat ni,benda yang remeh je.Ala..dah pakai tudung,dah tutup aurat la tu..tapi tudung yang berlilit2 macam hana tajima,mcm yuna,ala2 burung merak tu..kire dah ok la tu??dengan baju ketatnya,seluar ketatnya,legging lagi..tu bukan MENUTUP tapi MEMBALUT!!Ok,ni kira macam teruk sikit la kan..tapi kalau ada yang dah lawa dah dari atas,sekali tengok bawah,stokin hilang ke mana??kaki tu jugak merupakan aurat kita.Dah memang maklum aurat kita seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan..Jangan anggap kaki tu bukan aurat kita dan jangan anggap benda ni remeh!kalau nak kata pun,manusia ni tak de yang sempurna,tapi seeloknya,kita pergi ke arah yang lebih sempurna!


kalau yang lelaki pulak,memang la pakai seluar smpai ke lutut,tapi kalau tengah duduk atau tengah menunggang motor,lutut tu tak nampak la??


Ok,aku memang rasa,entry kali ni paling panjang,macam nak balas dendam je kan,sebab dah lama tak update..haha..tapi minta maaf la,ayat-ayat kat atas tu,kalau ada yang macam nampak aku emo sikit-sikit tu..Serius,aku memang tak boleh tahan dengan benda-benda camni.


Peringatan kepada lelaki di luar sana:Kalau anda membiarkan mak,isteri,kakak,adik keluar tanpa menutup aurat,anda adalah seorang yang dayus!


Dan untuk perempuan pula:kalau dah tahu ayah,suami,abang,adik anda akn dayus,maka tutup lah aurat!dunia ni bukan tok selama-lamanya,hanya persinggahan kita..dan tolong la..jangan menambahkan dosa orang yang kita sayang sedangkan dosa dia sendiri pon,mungkin dia dah tak tertanggung.Jangan fikir untuk keseronokan diri sendiri,sedangkan anda sedang membawa orang yang anda sayang ke satu tempat yang sama dengan anda!


Akhir sekali,wahai manusia yang beragama islam,yang belajar apa yang berkaitan dengan islam,tolong lah...tolong lah..jangan lah jadikan diri anda pembawa FITNAH kepada agama anda sendiri! dan jadikan ujian itu sebagai satu tarbiyah Allah dalam mendidik hati,jiwa dan iman kita!


~selamat menempuh sem soifi,yang balik malaysia tu,manfaatkan masa yang ada..hehe:)~

Thursday, April 7, 2011

~percaya HANYA pada Allah~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Alhamdulillah,kita bertemu lagi,sudah lama aku tinggalkan blog ni,bukan tidak mahu menulis, bila sampai je masa nak menulis tu,idea tiba-tiba hilang.Bila time tak de kat depan laptop,macam-macam dalam kepala nak tulis.Haaiihh..tak pe la,sekurang-kurangnya,aku kembali lagi untuk menulis blog ni.Hari ahad ni start second exam,tapi ngada-ngada nak update.[kenapa aku selalu camtu??bila nak exam la,bru rajin nak update??]~aku pon tak paham dengan diri aku~[ketawa].


Alhamdulillah lagi sekali,minggu lepas, di Jordan telah menjalankan satu program iaitu Karnival Sukan Mahasiswa Jordan (KARISMA) dan Irbid telah memenangi keseluruhan.Tahniah kepada Irbid amnya dan khasnya kepada team bola jaring dan bola tampar (A) telah mendapat johan dan team bola jaring (B) mendapat no.3 dan team bola tampar (B) telah mendapat no.2.Tahun depan kita kekalkan prestasi dan usaha lagi supaya dapat buat yang lebih baik.


Sebenarnya,bukan ini yang aku nak wat tok entry kali ni,yang atas tu intro je,punya la panjang!haha [sebab dah lama tak update,semua cerita nak tulis,haha].Aku nak tulis tentang cerita yang aku dengar tadi di kelas aqidah bersama Dr.Alaa Hilat,menceritakan tentang kepercayaan kita kepada Allah.Cerita yang di ceritakan oleh Dr.Alaa sangat menyayat hati dan membuatkan tanganku rancak untuk bermain di atas keyboard ini serta hatiku meronta untuk mengupdate blog..hihi


Al-kisahnya,terdapat sepasang suami isteri,yang sudah lama berkahwin tapi tidak mempunyai anak,dan seperti biasa,bila tak ada anak,orang sekeliling bertanya itu dan ini sehinggakan mereka pergi ke hospital untuk memeriksa apa yang tidak kena.Sesampai je di hospital,suami masuk ke bilik doktor tapi doktor melarang isterinya masuk sekali.Doktor berkata kepada isteri suami itu:"sila duduk,saya hanya ingin bercakap dengan suami awak sahaja" dan isteri itu pun akur dengan kehendak doktor itu,maka suami dengan doktor itu berlalu masuk ke dalam bilik.


Di dalam bilik:-
Doktor:"Dia tak boleh melahirkan anak,jika awak pergi ke Amerika atau negara-negara asing,mungkin dia dapat melahirkan anak".
Suami:"Dia ada masalah apa doktor?"
Doktor:[dan doktor berkata seperti tadi]"Dia tidak boleh melahirkan anak kecuali dengan mukjizat Allah".


Suami tersebut pon keluar dari bilik doktor tersebut dan berjumpa dengan isterinya,dengan muka yang sedih suami itu berkata kepada isterinya:-


Suami:"Saya yang bermasalah,saya punca yang awak tidak dapat melahirkan anak".
Isteri:"Tidak mengapa,kita hanya mampu bersabar".


Tahun berganti tahun,mereka tidak dikurniakan seorang anak lagi,hanya Tuhan yang tahu perasaan mereka.Rumah tangga dingin tanpa suara keriangan dan tangisan seorang anak.Tiba-tiba isterinya diserang penyakit buah pinggang dimana dia memerlukan buah pinggang yang baru tok menggantikan buah pinggangnya.Doktor yang merawat isterinya berkata kepada suami itu,awak kena dapatkan buah pinggang itu dalam masa 48 jam dan awak kene pergi ke Iraq untuk mendapatkan buah pinggang tersebut.Si suami itu pon pergi mendapatkan buah pinggang tersebut dan alhamdulillah,buah pinggang si isteri sudah digantikan dan sekarang sudah semakin pulih dan alhamdulillah sihat seperti biasa.


Hari berganti hari,masa terus berdetik tanpa menoleh ke belakang,tahun demi tahun,mereka tidak dikurniakan lagi seorang anak.Suasana dingin yang masih sama.


Tiba-tiba isteri yang selama ini taat kepada suaminya,yang sangat baik,yang sangat solehah,bertukar menjadi isteri yang tidak bertangunggjawab,makan minum suami tidak dijaga,dibiarkan suami melakukan semua benda dengan sendiri,dan akhirnya suami itu pon pelik dengan perangai isterinya,tidak pernah isterinya  berkelakuan seperti itu.Maka si suami bertanya kepada isterinya:-


Suami:"Kenapa awak berkelakuan begini sedangkan dulu awak taat kepada saya?"
Isteri:"Saya bukan hamba awak lagi,awak ceraikan saya,saya nak anak,di sebabkan awak la,saya tak dapat anak,awak tak rasa sifat keibuan ini,awak lelaki..awak baik tapi saya mahukan anak.CERAIKAN SAYA!"
Suami:"Awak jangan macam ini,saya sangat sayangkan awak,ok,kalau macam tu,beri saya peluang 3 bulan,saya tak nak ceraikan awak masa ini,selepas 3 bulan kalau awak mahu juga saya ceraikan awak,saya akan ceraikan awak".


Suami itu bersujud kepada yang Esa,ujian apa yang Kau turunkan lagi padaku YaAllah,kuatkan ku ya Allah.


Selang beberapa minggu,si isteri mula rasa sakit-sakit,maka mereka pergi ke hospital dan berjumpa dengan doktor yang mula-mula mereka jumpa.


Doktor:"Eh,saya masih ingat awak,tahniah,isteri awak mengandung.Betul ke awak tak pergi ke Amerika ni??"
Suami:"Tidak,saya tidak pergi kemana-mana pon.Alhamdulillah,ni adalah mukjizat Allah S.W.T".
Doktor:"Isteri awak tidak buat apa-apa untuk berubat ke??"
Isteri:[TERKESIMA] Ya Allah,rupa-rupanya aku yang tidak boleh melahirkan.[monolog]


Kita lihat cerita di atas,sanggupnya si suami berkorban demi tidak mahu membuatkan isterinya bersedih sekiranya si isteri tahu yang dia adalah seorang yang mandul.Dan sanggup si suami itu,menderma buah pinggangnya kepada isterinya demi melihat isterinya pulih sedia kala.48 JAM!!kalau kita fikir,sempat ke nak ulang-alik ke iraq tu selama 48 jam???Allah.. betapa besarnya pengorbanan seorang suami yang sekarang hanya hidup dengan sebelah buah pinggang sahaja.Dan Alhamdulillah,selama dia diuji dengan perkara ini,si suami sudah menghafaz Al-Quran,sohih bukhari,dan Muslim.Allah,betapa ujian ini mendekatkan dirinya kepada Allah dan paling penting adalah KEIMANAN DAN KEPERCAYAAN dia kepada ALLAH!! kalau mahu dikatakan,mustahil akan mengandung kerana si isteri tadi mandul tapi dengan kepercayaannya kepada Allah,hnya Allah yang berkuasa ke atas sesuatu,maka isterinya mengandung.Alhamdulillah,bersyukur dengan segala nikmat dan pemberianNya.


Haa..itu yang aku nak cerita sebenarnya,kita amek iktibar dengan kisah ini.Hidup ini tak lekang dengan ujian TAPI YAKINLAH ALLAH TETAP BERSAMA KITA DAN HANYA KEPADA DIA SAHAJA KITA SEMBAH!!ALLAHUAKBAR!!


~p/s:cerita di atas adalah kisah benar,dan dialog tu aku ada tambah sikit..haha
*nak suami macam ini juga!!!moga-moga kita dapat jodoh yang soleh dan solehah serta dapat membawa kita menuju redha dan syurgaNya.Amiiiinnn~~!!!

Monday, December 6, 2010

::hAti SeOrAnG IBU::


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi taa'la wabarakatuh

Pertama-tamanya..aku nak ucapkan salam maal hijrah kepada semua muslimin dan muslimat yang diredhai Allah S.W.T.moga2 dipermulaan tahun hijrah ini..kita sudah mula mempasakkan, memakukan dan membumikan azam kita.ermm..seperti kebiasaan..azam yang telah ditanamkan..terkubur begitu sahaja..bak kata pepatah melayu:"hangat2 tahi ayam"..tapi bagi aku..asal ada azam lebih baik dari tak de azam langsung kan???hehe..

Dikala para blogger hangat membicarakan tentang maal hijrah...aku???
mungkin bersama-sama menyambutnya..akan tetapi jauh di sudut hati..terselit kesedihan yang mencengkam jiwa sanubariku..

Hari berganti minggu,minggu berganti bulan..jam terus berdetik tanpa berundur walau sesaat...aku terus melewati hari-hari yang penuh onak dan duri...yang penuh dengan asam garam kehidupan..adakalanya hitam..adakalanya putih..

6 disember 2009,2.35 pagi malaysia
tarikh dimana ibuku telah dijemput oleh Al-Khaliq(pencipta yang maha Esa)
sedangkan diriku masih lagi berada di bumi syam..
masih tidak tahu lagi tentang keadaanya..
masih tidak tahu lagi apa yang berlaku di Malaysia..
terkilannya rasa di hatiku...
betapa aku merasakan bahawa aku anak yang tidak berguna!!!!!

Hanya akulah satu-satunya,
anak yang tiada di sampingnya ketika dia sedang bertarung dengan penyakitnya,
hanya aku yang tidak dapat menjaganya,
hanya aku yang tidak dapat memberi kata2 semangat kepadanya,
hanya akulah yang tidak dapat mengalunkan ayat suci Al-Quran di telinganya,
ohhhh..betapa terkilannya hatiku...

Hati seorang ibu,
yang sangat menyayangi anaknya,yang tidak sanggup merisaukan anaknya tentang kondisi dirinya..sehinggakan...teganya beliau memarahi anaknya (abang man),anak yang sangat di sayanginya kerana mengkhabarkan keadaan dirinya kepadaku...betapa mulianya hatimu wahai ibuku..

mak..hatiku merintih,meronta-ronta ingin mendengar suaramu..sebulan kau ditempatkan di hospital..tak pernah sekalipon aku mendengar suaramu..sehingga saat kau menutup matamu buat kali terakhir...Allah...setiap kali aku ingin bercakap denganmu..hanya ini jawapan yang mereka berikan"wa..mak tengah tido...bagi mak rehat ye"...bermain-main di fikiranku.. apa yang telah berlaku sebenarnya ni??kenapa mak sampai tak boleh bercakap denganku.. sungguh pilu hatiku..

menurut cerita abangku..dua hari terakhir sebelum pemergiannya...dia bertanya tentangku..
"epi,wa mana ye??mak tak nampak la"..abangku..tergagap-gagap tok menjawabnya..secara tiba-tiba..kau menjawab soalan yang telah kau tanyakan..:"eh2...wa kan kat jordan..epi jangan beritahu wa tau yang mak sakit"...mak...mak....sanggupnya mak tahan perasaan mak..sanggup menanggung rindu yang tak terluah...sanggup membiarkan hatimu menderita demi melihat anakmu tidak bimbang akan keadaanmu...mak...sungguh sucinya hatimu...

Hari ini...sudah setahun pemergianmu wahai ibuku...tarikh yang tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayatku...walaupun begitu pahit untuk aku menerima berita pemergianmu.. tapi inilah lumrah kehidupan..setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya..
firman Allah Taala:surah al-a'raf ayat 34
ولكل أمة أجل فاذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون
maksudnya:Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.

Teringat aku akan kata-kata terakhirmu.."wa..belajar leklok tau..dapatkan yang terbek..jage diri kat sana elok2...kalo kahwin tu bia lepas abes belaja...hehe..".. tu lah kate2 terakhirnya...aku sangat2 merinduinya..sangat2 menyayanginya...sangat2 merindukan bebelannya yang sehingga sekarang masih melekat dalam kepalaku...bebelan yang menjadikan aku berguna pada hari ini..terima kasih ibuku!!!!kau lah ratu dan permaisuri dalam hatiku.. ingatanku terhadapmu tidak akan pernah pudar sekalipon...

"Ya Allah Ya Tuhanku...ku mohon padaMu Ya Allah...ampunkanlah segala dosa2 ibuku.. terangkan dan lapangkan lah kuburnya...jadikan kuburnya seperti taman2 di syurga Ya Allah.. jangan lah kau memberikan azab seksa baginya...tenangkanlah ibuku di sana yaAllah...moga2 ibuku bersama para shuhada' dan para solihin...dan moga2..aku dapat bersamanya selama2nya di syurga yang kekal abadi..amin ya rabbal alamin...."

Sempena maal hijrah ini..marilah bersama-sama berhijrah ke arah redhaNya...apa yang telah berlalu..biarkan ia berlalu...kita yang masih berpijak di bumi ini..teruskan perjuangan untuk menghadapi ujian2 yang mendatang...ambil pengajaran dalam setiap apa yang berlaku dalam diri kita..moga2 inilah yang menjadi petunjuk..menjadi panduan dalam kehidupan kita di masa hadapan.wallahua'lam:)