Wednesday, February 6, 2013

TERjoin HERBALIFE

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Salam satu herbalife!! ^^

Have you had your shake today ??? [ni moto ke slogan pun aku tak tahu haha]
Nampak salam satu herbalife je pun dah tahu aku nak cerita tentang apa untuk entry kali ni. Hari ini, keinginan dalam hati melonjak untuk menulis berkaitan dengan herbalife. Dari duduk melangut tak buat apa-apa,baiklah aku cerita sikit macam mana aku boleh involve dalam herbalife ni.

Bermula al-kisahnya macam ni,pada suatu hari [baca ikut intonasi hoho] ada seorang hamba Allah ni a.k.a kawan aku dekat Jordan ajak aku masuk weight loss challenge [WLC] selama sebulan.Macam-macam la dia cakap kat aku suruh masuk WLC ni,aku mula-mula ragu juga nak masuk.Yela, tak pernah la aku nak makan produk apa-apa untuk turun berat badan.[tak terasa nak diet pon haha] Nak masuk pertandingan ni kena bayar RM 660,kira itu bayaran untuk produk bagi pertandingan ini la.kat bawah ni aku tunjuk gambar produk herbalife.


kalau nak masuk pertandingan,kene tambah lagi 2 tong besar tuh atau dikenali sebagai F1

Aku dah fikir dah,RM 660,mana aku nak cekau duit ni, tapi bila tengok dalam almari rumah abang aku ni,banyak lagi produk herbalife,kira cukup untuk masuk pertandingan ni la.[YES! tak yah bayar 660 ha ha] Dan-dan tuh jugak aku cakap,aku setuju nak masuk walaupun dalam hati,malu kot nak masuk pertandingan turun berat badan,nak kene ambil gambar before and after lagi and KANTOI la berat badan aku kat kawan aku ni,kalau perempuan takpe la, ni lelaki =.= [perempuan SENSITIF SIKIT kalau berkaitan berat badan ni haha]

Bila aku dah bersetuju tuh,aku pergi la nutrition club kat Taman Melawati KL.Masa itu,aku jumpa ustaz sabran dan kak ili,diorang berdua ni suami isteri dan coach kepada kawan aku ni la.Kak ili yang timbang aku,aku taknak kawan aku ni yang timbang [MALU WOOOO].Ambil gambar pun,aku suruh kak ili yang ambilkan.[slumber-slumber aku,perasaan malu tuh menebal dalam diri ha ha].tapi yang paling aku suka kat situ ialah penimbang tuh. First time tengok penimbang yang boleh tahu semua dalam badan diri kita ni, dari segi lemak dalam badan,lemak yang kat dalam organ,ni yang paling kita nak turunkan,sebab banyak lemak dalam organ ni la yang menyebabkan kita akan mendapat sakit jantung,kencing manis n so on la,berat muscle kita dan yang paling boleh buat bahan nak gelakkan orang ialah,kita boleh tahu usia dalam badan kita ni.Aku la,umur 22 tapi organ dalam badan macam umur 42 [Oh My!!! tuanya aku!! ha ha] balik rumah kene ejek dengan abang aku,tuanya ko wa [tuh aku kata jadi bahan gelak] Jadi dalam hati bertekad nak jadi muda semula.Dari situ, makin membara la semangat aku untuk consume herbalife.

Disangkakan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari ha ha.Begitulah keadaan aku sebulan untuk pertandingan ni.Bulan tuh,abang aku kahwin dan macam biasalah kalau kenduri ni DAN boleh kata setiap minggu untuk bulan itu aku balik kampung.Kalau dah balik kampung macam biasalah,hati tak tertahan melihat makanan-makanan yang asyik melambai kat aku.[macam langsuir lambai-lambai kat tepi jalan tuh ha ha]Herbalife ke mana,makanan tuh jugak aku pandang ha ha.Dari sini korang boleh agak kan,confirm aku tak berjaya la untuk pertandingan tuh dan macam entry sebelum ni aku cakap,aku yang turun paling sikit tapi aku yang paling KECIL antara peserta kat situ ha ha. tapi yang bestnya semua lemak-lemak turun, air dalam badan dah cukup,yela bayangkan la satu hari aku minum 6 liter[dulu 1 liter pon tak terminum],dan aku punya dalaman makin muda hewhewhwe dan yang paling penting,kesihatan aku improve!! [kalau aku betul-betul guna,takde lopong-lopong,memang boleh turun 10kg dalam sebulan ni]

Satu yang aku nak higlight kat sini. HERBALIFE ialah NUTRISI. Produk ini untuk improve kesihatan kita dan dalam masa yang sama dia boleh turunkan berat badan,naikkan berat badan dan maintainkan berat badan.Untuk turunkan berat badan,ada cara makannya,nak naikkan berat badan pun ada caranya,nak maintainkan pun sama.

Lepas pertandingan tuh, kak ili yang rajin ajak aku pergi event herbalife ni,dari situ aku tengok diorang buat bisnes herbalife.Umur baru 23 tahun,income sebulan dah ratus ribu.Dalam hati,fuhh biar betul.Ada yang buat part-time pon,income sebulan boleh cecah RM 8000.Aku memang ada impian dari dulu lagi,satu hari nak bukak pusat tahfiz walaupun aku bukan dari sekolah tahfiz pun.Kalau kita lihat sekarang,kat warung-warung,ada je yang minta untuk sumbang ke pusat tahfiz tuh.Aku taknak macam tuh,aku nak pusat tahfiz tuh ditanggung sepenuhnya oleh aku dan pelajar-pelajar boleh belajar dan hafaz Al-Quran dengan selesa tanpa perlu untuk minta sedekah kat kedai-kedai atau warung-warung.Jadi,bila aku lihat herbalife ni,macam ada peluang untuk tunaikan impian aku tuh.Kalau buat herbalife untuk duit dan dunia semata,maka memang tak kemana la.Duit yang kita ada tuh,salurkan untuk agama kita dan moga-moga ada ganjaran kita di akhirat nanti.Jadi,aku daftar untuk jadi ahli herbalife dan sekarang buat part-time herbalife.Moga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusanku dan moga-moga impian aku yang satu itu tercapai.[AMIN] nak kata banyak je lagi impian,tapi biar kita letak impian yang paling besar supaya kita ada target untuk capainya.

Rasa panjang lak aku bercerita ni, tapi cuma nak berterima kasih pada kawan lelaki aku tuh sebab perkenalkan herbalife ni.Kepada sesiapa yang berminat nak makan herbalife[dalam negara atau luar negara],boleh hubungi saya atau pm sahaja di facebook.In Sha Allah,saya bersedia nak beritahu tentang herbalife ni.Satu aku nak kata,kita dah ada produk yang boleh nak prevent penyakit yang mendatang[dengan izin Allah] Kenapa kita tak ambil produk ini sekarang yang baru habiskan duit beratus-ratus dari beribu-ribu bila kita dapat penyakit pada satu hari nanti.Aku nak tolong orang sihat dan aku sangat suka bila pelanggan dan consumer herbalife makin sihat dan moga-moga kita jadi produktif untuk bangkitkan AGAMA ISLAM kita IN SHA ALLAH :)

JOM MAKAN HERBALIFE SEKARANG!! 


Thursday, January 31, 2013

Rentetan 8 Bulan ???

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Salam pesta buku 1 Malaysia kepada semua.Takku sangka,aku akan tulis semula blog yang bersawang ni.Almost 8 months,aku biarkan saja tanpa ada melakukan sebarang pembersihan kat blog ni.[kesiannya kat ko blog,nasib baik ko bukan manusia haha =.=]. Kalau dah 8 bulan tuh, maknanya dari Jordan lagi aku tak update sehingga la aku dah 5 bulan duduk kat Malaysia ni. Well,dah macam-macam berlaku selama 8 bulan ni. Rasa macam nak list apa yang berlaku hehe [sebagai kenangan bila dah tua nanti yihaa]

1.I'm officially graduated from Yarmouk University dengan cemerlangnya [Alhamdulillah!]

2.Bulan 8 balik Malaysia,bulan 9 aku dah start mengajar di Universiti Sains Islam Malaysia [USIM].Alhamdulillah,aku tak sempat nak menanam anggur pon sebab anggur tuh dah membuahkan hasil. [sementara sampai bulan 2,2013 ni je] Walaupun sekejap je mengajar kat usim,tapi itulah kenangan terindah.Mengajar budak degree,yang umurnya sebaya,dan beza 2,3 tahun je tapi itulah menyebabkan aku rapat dengan diorang semua sebab mengajar tak rasa jurang [macam kakak dengan adik je hehe] DAN yang paling BEST,bila ada feedback dari pelajar aku berbunyi seperti ini [apesal skema tiba-tiba] "ustazah,dulu saya tak suka bahasa arab,tapi disebabkan ustazah saya dah suka bahasa arab sekarang" [siapa yang tak gembira bila dengar camniiii] memang terharu habis bila dengar dia cakap macamtuh. Harap boleh jumpa korang lagi dan boleh gelak sama-sama lagi. [erkkk]


3.Mohon untuk sambung Master dan Alhamdulillah sekali lagi, aku mendapat tawaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] untuk menyambung pengajian dalam bidang bahasa arab ini.[daftar 14 februari ni,doakan]

4.Masuk pertandingan weight loss challenge [WLC] HERBALIFE, yang ni memang kelakar sebab aku dengan 'sukarelahatinya' masuk pertandingan ni.Hadiah memang lumayan, no.1 dapat RM1000, no.2 dapat RM500, no.3 dapat RM300 dan 2 lagi saguhati dapat RM100. Dan untuk kelima-lima hadiah ni,satu apa pon aku tak dapat dan yang paling best aku lah yang turun paling sikit [2kg je kot sedih =.=].Walaupun aku turun paling sikit,tapi aku lah yang paling kecil antara peserta kat situ [bangga seketika] sebab almost yang masuk pertandingan ni beratnya 80 lebih ke atas. Aku teringat satu babak ni, ketika dia nak umumkan siapa pemenangnya, time tuh aku tengok la peserta-peserta lain kan dan ada seorang lelaki ni, badan dia besar,dan dan tuh jugak hati aku berkata "dia ni confirm tak menang,gemuk je lagi" [gila jahat] dan bila emcee umumkan the winner is him,he has lost 13kg in one month, time-time tuh jugak mata aku membulat,mulut ternganga dan terus rasa nak gelak guling-guling dan hati terus berkata "tulah ko,jangan nak tengok luaran je".Rupa-rupanya berat dia time masuk tuh 100 lebih,kalau turun 13 kg kira still besar lagi lah kan haiihh. Tapi best la dia dapat 1000 ringgit [lompat tinggi-tinggi]

5.Last but not least, aku daftar menjadi independent distributor HERBALIFE. [dah jadi dealer herbalife la pulak hewhewhew] Ini pun buat part-time je,nak sara diri time ambil MA nanti huhu.So,lepas ni,mungkin blog aku akan update tentang herbalife juga.Sesiapa rasa nak turun berat badan,nak naikkan berat badan,nak maintainkan berat badan,boleh je tanya aku,tak ada masalah.I'm ready to coach all of you :)

Itu je kot entry kali ni.Hati sekarang tak sabar nak pergi pesta buku.Dah dup dap dup dap je macam nak jumpa bakal suami.[pakwe pon takde,bakal-bakal lagi la takde] dan dup dap dup dap jugak nak daftar Master kat UKM nanti,tolong doakan ye,semoga berjalan dengan lancar dan aku dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan.
[semua tadah tangan,cakap AMIN YA RABB!]