Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, February 28, 2011

::PERTAMA::

Sister najwa,Bro Lim Jooi Soon dan Bro Shah Kirit.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Alhamdulillah,bersyukur kepada hadrat Illahi,masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog. Bila tengok tajuk,mesti dah tau saya nak cakap tentang apa kan,iaitu tentang PERTAMA a.k.a Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia kali ke 5 di Universiti Al Al-Bayt,Mafraq,Jordan yang berlangsung selama 2 hari satu malam di bawah tajuk "Ke Arah Memahami Fiqh Interaksi Bersama Non-Muslim".


Persidangan kali ini sangat memberi kesan kepada Mahasiwa Jordan umumnya dan khasnya kepada diri saya yang mengikuti program ini,dengan didatangi dua panelis yang sangat MANTAP yang diterbangkan dari Malaysia iaitu Brother Shah Kirit Kalkulal Govindji dan Brother Lim Jooi Soon.Kedua-dua panelis ini sangat mahir tentang perbezaan agama dan yang membuatkan saya takjub,mereka ini boleh mengeluarkan dalil dari ayat Al-Quran dan Kitab Sohih Bukhari berserta surah apa,ayat ke berapa,hadith ke berapa,bab-bab serta jilid-jilidnya.Kitab bible dan kitab agama mereka yang dahulu,memang tak perlu dikatakan lagi,macam sudah dihadam.Yang membuatkan saya sangat kagum lagi kerana mereka ini asalnya bukan islam,tetapi mereka sudah menghafaz Al-Quran dan sekarang sudah menjadi pendakwah berbanding dengan kita yang asalnya memang islam,tapi apa yang kita dapat sumbangkan kepada agama kita sendiri???[memikir seketika].Seperti Bro Shah mengatakan:"Be a muslim not by your chance but by your choice".Bila kita MEMILIH islam itu sendiri,maka cinta kepada islam lebih besar daripada yang kita asalnya memang dilahirkan sebagai orang islam.Terdapat juga panelis lain seperti Dr.Abd.Hamid,Akhi Nasir dan Ukhti Najwa bt Abdullah.


Seorang pelajar Jordan bertanya kepada Bro Lim,"Bagaimana kamu boleh menghafaz Al-Quran,hadith-hadith dan kamu keluarkan ayat-ayat Al-Quran itu macam air je di mulut kamu?" Dia hanya mengatakan,"kalau kamu cintakan seorang lelaki,mesti kamu tahu semua tentang dia,macam saya juga,SAYA CINTAKAN ISLAM,jadi saya perlu tahu semua tentang islam!"AllahuAkbar!!Betapa orang yang dulunya non-muslim,dan sekarang menjadi muslim,cintanya lebih besar berbanding kita yang memang dilahirkan sebagai islam.


Mengetahui perbezaan agama ini sangat penting,ini kerana kita ingin tahu yang mana satu lebih betul,yang mana satu lebih logik,dan yang paling penting,mengetahui mana yang hak dan mana yang batil.Saya rasa ramai pelajar muslim sendiri tidak dapat menguasai perbezaan agama ini,mungkin tidak ada pendedahan tentangnya  dan mungkin juga,kita tidak selalu bercampur dengan orang non-muslim ataupun takut untuk belajar kitab bible,alasannya,takot aqidah kita goyang tapi Bro Shah ada mengatakan "kalau takut aqidah goyang,kat mana-mana pon goyang gak".Jadinya dari sekarang,mari kita mantapkan pemahaman kita kepada Al-Quran dulu,dan cuba untuk belajar kitab-kitab lain supaya bila orang non-muslim tanya kepada kita,kita dapat menjawab dengan bukti-bukti yang termaktub di dalam Al-Quran dengan kitab-kitab yang mereka percayai.Kita jangan takut akidah kita akan goyang,kerana selagi kita mengikut Al-Quran dan As-Sunnah,insyaAllah,kita tidak akan sesat seperti sabda Rasulullah S.A.W:


"Ku tinggalkan kamu dua perkara,tidaklah kamu akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang pada keduanya iaitu AL-QURAN DAN AS-SUNNAH".


Seperti mana yang kita tahu,Al-Quran tidak pernah diubah suai,ianya asli dan tidak akan berubah,sesuai mengikut peredaran zaman.Kalau mahu dikatakan,agama yahudi mempunyai 33800 mazhab yang mana mempunyai kepercayaan berbeza mengikut akidah masing-masing. Sudah nampak disini,Al-Quran tetap yang terunggul dan tidak dapat di tandingi dengan kitab-kitab agama yang lain.


Ini antara soalan orang non-muslim yang ingin mengatakan dalam Al-Quran ada percanggahan.
Dia mengatakan,dalam surah sajadah ayat ke 5 mengatakan Allah mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari tetapi dalam surah as-fussilat dari ayat 9-12 mengatakan Allah mencipta langit dan bumi dalam masa 8 hari??[sekiranya kita sebagai muslim,apa yang nak kita jawab?]Ketika Bro Lim bertanya soalan ini,saya terdiam dan tidak tahu untuk menjawabnya,dan ketika itu pelbagai persoalan menerjah ke dalam diri saya,
(kalaulah ada orang non muslim tanya aku,apa aku nak jawab,macam mana aku nak cakap Al-Quran adalah kitab yang suci,macam mana aku nak yakinkan yang isi Al-Quran tidak akan bercanggah, macam mana aku nak cakap hanya agama islam yang boleh dipercayai dan lagi satu macam mana aku nak ajak dia ke arah islam).Semuanya menerjah ke minda saya ketika ini.


Jawapannya:Dalam surah sajadah memang Allah mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari.Bila kita tengok dalam surah fussilat,kalau kita lihat secara rambang pada ayat 9,Allah menjadikan bumi selama 2 hari,gunung-ganang sebanyak 4 hari dan langit 2 hari.Bila di campurkan semuanya menjadi 8,tetapi bila kita perhatikan kembali ayat ke 11,Allah menggunakan perkataan ثم.Kalau kita yang belajar bahasa arab,perkataan ثم ini membawa maksud kronologi ataupun tertib bukannya satu-satu.Jadinya di sini,langit itu termasuk sekali dalam 4 hari pada ayat yang ke 10.Jadinya semuanya selama 6 hari,maka Al-Quran ini tidak timbul percanggahan.Bahasa arab ni ialah bahasa yang unik dengan uslub-uslubnya,bila kita fahami dari segi bahasanya,maka kita akan memahami isi nya dengan lebih mendalam.


Dari sudut islamphobia,salah kita atau mereka yang salah faham??Kalau mahu dikatakan,salah kita pun ada,mereka kurang faham pun ye.Antara punca salah faham iaitu media seperti televisyen CNN,BBC yang menayangkan keganasan-keganasan orang islam saban hari saban waktu.Kalau kitalah orang bukan islam dan hanya melihat berita sebegitu rupa setiap masa mungkin kita juga memikirkan agama islam ini agama pengganas [na'uzubillah],tapi ini adalah salah satu puncanya.Keduanya ialah prejudis,contohnya prejudis terhadap poligami,hijab,janggut,gay.


Disini ingin saya membawa contoh tentang poligami.Di dalam surah an-nisa ayat ke 3 Allah berfirman:-
"Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya)maka nikahilah perempuan (lain)yang kamu senangi:dua,tiga atau empat,tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil,maka nikahlah seorang sahaja.


Bila kita lihat ayat di atas,mereka akan mempersoalkan antaranya:-
*Kenapa lelaki je boleh kahwin 4,perempuan tak boleh??kasihan la perempuan kena bermadu.


Ok,cuba kita bayangkan,
1)seorang lelaki kahwin dengan 4 perempuan,kita akan tahu siapa ibu dan ayah mereka tapi cubalah seorang perempuan berkahwin dengan 4 orang lelaki,pastu mesti la kita pening,eh ni anak ayah yang mana satu??nampak tak kat situ.
Pastu,dia membalas,kita boleh buat ujian DNA.Ingat senang ke nak buat ujian DNA,bukan senang dan bukan semua ujian DNA tu betul.Lagi satu,sekali cek,rupa-rupanya ni anak ayah yang no.2,bersalin lagi,tengok-tengok anak ayah no.3,bersalin lagi,tengok-tengok anak ayah no.4,anak untuk ayah no.1 mana??gigit jari je la..tak haru kalau macam ni??


2)Kita fikir lagi,perempuan ni dah la kuat dengan emosional,macam mana dia nak kemudi rumahtangga dia kalau asyik beremosional.


3)Macam Bro shah cakap,lelaki ni kalau dia kahwin dengan isteri no 2,perasaan cinta kepada isteri no.1 tetap tak berkurang,terbalik pulak dengan perempuan,perempuan ni setia kepada seorang lelaki sahaja.Bila dah dapat seorang,dia akan sayang selamanya.


4)Yang ni paling tak tahan,bayangkan kalau setiap lelaki tu nak 10 orang anak,tak pengsan ke nak mengandung 40 orang anak??[haha]


5)Seperti firman Allah S.W.T dalam surah an-nisa ayat ke 34:-
"Lelaki-lelaki(suami)itu pelindung bagi perempuan(isteri),kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki)atas sebahagian yang lain (perempuan)dan kerana mereka (lelaki-lelaki)telah memberi nafkahdan hartanya.


Di sini,saya bagi formula dakwah yang telah diberitahu oleh Bro Lim:-


1)Pendekatan sesuai mengikut keadaan
2)Ajarkan bahagian tauhid dulu,sebab kalau kita beritahu bahagian feqah,merekan akan rasa berat untuk melakukan solat,puasa,zakat,haji.Kalau nak dikatakan,Al-Quran diturunkan di Mekah selama 13 tahun hanya mengatakan tentang tauhid,dan 10 tahun di Madinah tentang hukum-hukum syariah.Disini,kita nampak,bila kita sudah teguhkan akidah kita,semua syariat islam kita akan dapat laksanakan.
3)Kita beri hukum mengikut keimanan orang yang kita dakwah.


Sebelum majlis penutup,kami sempat menjadi saksi kepada dua orang lelaki cina yang ingin memeluk agama islam.Allahuakbar,menitis air mata ketika mereka menyebut kalimah syahadah,LA ILAHA ILLA ALLAH!!Tiada Tuhan Selain Dari Allah!Sungguh Kau memberi hidayah kepada hamba yang Kau kehendaki.Sungguh agung kekuasaan Mu yaAllah.


Akhirnya,sebagai umat islam,JADILAH PENDAKWAH BUKAN PENDAKWA.Sebagai pelajar dari Timur Tengah,kita siapkan diri kita sebelum pulang ke tanah air,bersedia dari semua segi.Bawalah benda yang bernilai dari bumi anbiya ini.Moga-moga kerja-kerja dakwah ini dapat dilaksanakan dan moga-moga semua kerja dakwah kita di bawah keredhaan Allah S.W.T.


3 dan 5 dari kiri adalah saudara baru kita.Alhamdulillah,Allah telah memberi hidayah kepada mereka berdua.




Friday, November 26, 2010

::keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa::

Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..


berjumpa lagi kita hari ni..hehe..cmne sume??sehat??mesti skng ade yang bru abes exam final ataupon ngh exam ataupon yang kt jordan ni..nk start second exam...adooii..jordan oo jordan.. npe la asek exam je??cbe la bg ktorng ni rehat ckit..haha..*ikhlaskan hati tok time keadaan cmni*..gaye cm aku bru dok sebulan kt cni..haha..


haaa..senanye ngah boring ni..tak tau nak watpe..jdnye meluangkan mase ngn bnde berfaedah iaitu menulis blog!!cewaaahhh!!hahaha..ermm...yela..kire berfaedah la kan..menulis sesuatu yang dpt bagi pngajaran dan ilmu kat orng len..cm rasulullah bersabda.."sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"..haaa...nampak tak faedahnye tu??nampak tak??haha...


ok2..senanye nak share...aku ade bace satu buku motivasi,tajuknya buat jangan tak buat oleh Dr.Hm Tuah Iskandar al-haj...tentang sayangi ibu ayah...dalam buku ni ade lah cerita seorang perempuan ni..berjawatan tinggi..memang kaya la...tapi hidupnya tak tenang,selalu rase susah hati...upe2nya perempuan ni ada masalah ngn mak ayahnya..dendam yang tidak berkesudahan...sebab masa kecik2 dulu...die di didik ngn cara yang kasar..dan bile dia dah besar n berjaya,dia selalu mengungkit pemberian yang die bagi kata mak ayah die..haaiihh.. ni la puncanya hidup die tak bahagia...*sbg manusia yang mempunyai akal,pikir2 kan lah cite ni..amek pengajaran*


kalo nak kate,mak ayah dah tak de pon,kita masih ade tanggungjawab apatah ag kalo mak ayah kita masih hidup kan???mesti ag bnyknye kan!!!


ape2 pon..sbg anak..mesti la berbuat baik kat mak ayah kita...cakap dengan lemah lembut.berbudi bahasa...jangan kasar2...sedangkan kita cakap "ah" je pon dah berdosa..apatah ag kalo kita maki hamun mak ayah kita..mmg dh derhaka dah tu..!! dalam Al-Quran ada menyebut dalam surah Al-Isra' ayat 23:
فلا تقل لهما اف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما 
maksudnya:maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah"
dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.


pastu...jaga keperluan mak dan ayah kita,menjaga mereka dengan baik,selalu menjenguk dan balik kampung...jngn ayah n mak sakit pon tak tau kaba bite..parah2..dan ag satu..klo belanja tu tak yah la ungkit-ungkit....diorng punya jasa tu tak terbalas tau walau segunung emas kita bagi kat mak ayah kita~!!


ok2..pastu kalo mak ayah kita dah tak de..tak bermakna diorng dah tak de,kita punya tanggungjawab dah lepas dan kita masih boleh membalas jasa ag kat diorng...kita doakan kesejahteraan mereka di alam sana...langsaikan hutang sekiranya belum dilunaskan ag,tunaikan haji sekiranya mampu,ziarah kubur mereka dan qada'kan puasa mereka.


ni ag satu yang aku nampak..anak2 yang dh bekeluarga..mcm dah tnggalkan je mak ayah diorng..sedangkan diorng wajib mentaati mak ayah diorng ag...bukannye dh kawen..terus putus hubungan anak dengan mak n ayah...geram je ble ak tngok ade anak yang mcm ni.. nak kate anak derhaka adalah termasuk di kalangan orang2 yang berdosa besar..benda ni dh ma'ruf dh pon..tapi orang anggap bnde remeh jer...tensi je ak...*lek najwa..lek2..* tbe2 aku emo..haha..


dari ape yang aku bace n ak perhati..orang yang tak sayangkan mak ayah ni sebab yang paling obvious...cerewet..kuat bebel...kalo korang nak tau la..bebelan diorng...cerewet diorng tu sume tok kebaikan kita tau~!!bkn diorng sje2 nak bebel2 kat kita..diorng nak jadikan kita ni manusia berguna~!!nak kate..diorng pon tak nak bebel..tak nak cerewet..tp dah anak nya tak tau wat ni..x tau nak wat tu..biar barang bersepah2..orang dh ckp bnyk kali pon tak dengar.. mne la diorng tak bisingkan..bebelan diorng tu berguna..amek positifnya..aku pon dulu2.. sme je...npe la asek bebel jer..tp bebelan tu smpai skng aku ingt...dengan bebelan tu la wat ak menjadi manusia yang berguna pd hari ini..amek yang positif..jngn asek ase nk mrh jer..terima kasih sngt arwah mak n abah!!wa syng sngt kat mak n abah!!*tbe2 mode rindu dh muncul*...huhu


pastu..anggap orang tua ni menyusahkan..amboi2..time kecik2 dulu tak ingat ke kita ni menyusahkan diorng...tapi diorng belai kita...diorng sayang kita...sampai seekor nyamuk pon x kasi hinggap kt bdn kita,.apatah ag gigit..betapa sayangnya diorng..ni kita sbg anak... bila dh senang...dh ade duit bnyk...tnggalkan mak ayah kt umah orng tua..sedap2 jer..ni ag satu ak geram...tak ingat langsung jasa dan pengorbanan mak ayah!!!haaaiihh...


ag satu..tak de mak ayah pon tak pe...haaa..ni ag satu mmg anak tak berguna...
dalam satu hadith ada mengatakan:Dari Ibn Masud bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W..:"manakah amal yang lebih utama??"Baginda menjawab:"sembahyang pada waktunya,berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah"..tengok..berbakti kepada ibu bapa tu no.2~!!!haaa...pikir sendiri la penting ke tak penting..leh anggap tak de mak ayah pon tak pe..tahap parah dah tu..harap2 kita dijauhi...nau'zubillah...


banyak dah aku bebel...hahaha...banyak emo lak kali ni...haha..ape2 pon...ubah diri kita ke arah yang lebih bek...ke arah yang lebijh cemerlang..anak yang cemerlang dari sudut agama,ilmu dan sebagainya...dan anak yang hebat adalah anak yang sayang mak ayah... klo kita sehebat mne pon..jawatan tinggi mne pon..klo tak dapat keberkatan mak ayah...tak de gunanya hidup kita ni...sbb "keredhan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa"..ingat tu~!!!


p/s:bittaufiq exam kepada dak2 yang dh nk second exam tu...wat tol2...plng pnting..dpt keberkatan mak ayah dulu..insyaAllah..akan dipermudahkan tok menjawab n mndapat keputusan yang mantoopp~!!!hehe:)

Tuesday, November 23, 2010

~AdaKaH LuPa iTu SaTu kEpErLuAn???~


bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum..

dh lame aku x update blog ni.yang post lepas tu aku copy paste..ase cm besh lak nak wat cmtu..hehe.. entry kali ni aku taip sendiri lak..slmt membaca..bace smpai habis k~!!hehe:)

LUPA???

ermmm...perkataan yang sering kali kita dengar dan sering terngiang-ngiang di telinga kita...penyakit ni memang berbahaya la....kan mcm pepatah arab ckp, lupa tu kan penyakit ilmu.. bahaya kan...lebih bahaya dari kene sengat ngn lebah..ye la..klo sengat ngn lebah..taruk ubat..bek la die..hehe..tapi makna lupa kt pepatah arab ni...mksdnya kita tak praktikkan ape yang kita dh tau.. bila kita tak praktikkan, maka ilmu tu akan hilang la..dan kita akan lupa apa yang kita belajar,sbb mengamalkan ilmu ini adalah salah satu adab kita menuntut ilmu dan yang bahayanya kat sini..apabila kita tidak mengamalkan ilmu itu dan kemungkinan besar Allah akan menarik balik ilmu yang kita sudah pelajari. dalam surah al-maidah ayt ke 13..

فبما نقضهم ميثقهم لعنهم وجعلنا قلوبهم قسية..يحرفون الكلم عن مواضعه ونسوا حظا مما ذكروا به
maksudnya:(tetapi) kerana mereka melanggar janjinya,maka kami akan melaknat mereka,dan kami jadikan hati mereka keras membatu.mereka suka mengubah firman Allah dari tempatnya,dan mereka sengaja melupakan sebahagian pesan yang telah diingatkan kepada mereka.

haaa..nampak tak balasan Allah kepada mereka yang sengaja melupakan apa yang telah diketahui...kan bahaya tu...jadinya amalkan ape yang kita dh belajar ea dan jngn sengaja melupakan...hihi

sebenarnya aku kt sini nak ckp lupa itu satu keperluan~!!!!
wah...mesti korang pelikkan...kat atas td punya siap bg amaran jangan lupa la ape la...haaa.. 
meh aku nak cerita sikit ni...

5 disember 2009,9.30 malam di jordan...telefonku berdering,aku melihat pemanggilnya.. abang man aku~!!(dalam hati:eh..kat malaysia kan kol 2.30 pagi..nape abg aku tepon malam2 cmni...??)...hatiku dah gundah gulana memikirkan kenapa abg ku menelefon ku...terus terlintas di pikiranku...adakah ibuku sudah tiada???aku gagahkan tanganku untuk mengangkat telefon itu...abg aku menyapa aku..."wa,ngah watpe??"aku pon menjawab:"tak de wat pape..nak tido dah ni..sbb ptng td ade meeting..wa penat"cmtu la aku ckp...abg aku pon terdiam dan bercakap dengan suara terketar-ketar:"wa...wa...wa...mak dah tak de...tu yang abg kol ni...mak bru je meninggal tadi...aku:"yaAllah....betul ke abg man??abg man tak tipu kan???yaAllah.......aku terus menangis..menangis semahu-mahunya..

ketika itu..aku ase dunia ni gelap gelita...berita itu membuatkan diriku menggeletar maha hebatnya...ak jatuh terjelopok di sofa...hatiku menjerit.."mak dah tak de~!!!maakkkk~!!!!! jngn tinggalkan wa~!!!!wa nak jmpe mak...wa nak cium mak...wa nak balas jasa mak yang wa x pernah bg ag lagi kat mak...mak kan ckp nk tnggu wa balik...nape mak pergi dulu???nape mak????yaAllah....berita ini membuatkan aku tak lalu untuk berdiri...tak lalu untuk melakukan segalanya...mlm itu juga aku balik juga ke malaysia bersama sepupu aku..tapi..memang dh tak de rezekiku..aku tak sempat mencium apetah lagi manatap kali terkahir wajah ibuku...selama 2 tahun aku tak melihat wajahnya..aku fikirkan masih ada kesempatan ag tok menatap wajahnya..rupe2nya...selama-lamanya aku tak dapat melihat wajahnya..Allah...sedih tak usah cakap la..tapi ini hnya la perpisahan sementara..kerana akhirat tu yang kekal abadi..aku berharap aku dapat bersama-sama ibuku di syurga nanti..insyaAllah...amin~!! bile mndngr abg aku beritahu mak aku dh x de...ase cm tak kuat tok tempuhi ujian ini..tapi Allah itu maha hebat...Allah bg ku kekuatan yang aku memang x sngke aku leh sekuat itu tok hadapi ujian ini...terima kasih ya Allah..

ok2..balik semula kepada topik kita yang mule2 td..iaitu lupa...persoalannya di sini.. kenapa aku tidak menangis ag seperti mle2 aku mndngr berita pemergiaan ibuku?? bukan kerana rasa sayang dah hilang..bukan kerana kasihku sudah berkurang..bukan..bukan itu sume..

sebabnya manusia ni mempunyai sifat lupa~!!!cuba bayangkan andai kita tiada sifat ini... ingatan dan kesedihan ibuku meninggal masih segar lagi..tapi sudah didatangkan dengan ujian-ujian lain..seperti ayahku yang sakit skrng..ataupun mslh-mslh lain...seprti tak de duit ke..atau diuji dengan markah peperiksaan atau masalah-masalah len...adakah kita boleh tahan dan menanggung sume ujian2 ini???dan adakah kita boleh harungi hidup dalam situasi begini??

di sebabkan ini lah..manusia mempunyai sifat lupa..dan saya menjawab tajuk entri ini..
memang~!!lupa itu satu keperluan~!!

tapi aku nak ingtkan la...amat bahaya sekiranya melupakan apa yang tak patut dilupakan.. seperti lupa kepada ilmu,agama,nilai,ajaran berguna dan didikan.sekiranya perkara ini berlaku,manusia perlu diingatkan sentiasa untuk menuju ke arah kebaikan.

dalam ayat Al-A'raf ayt 179 ada mengatakan bahawasanya hati ialah letaknya kefahaman itu. apabila kefahaman itu meresap ke dalam hati,itulah dikatakan kefahaman yang sebenar dan untuk memberi peringatan itu bukan hanya pada akal tapi ianya terus ke dalam hati.

hadith Rasulullah:
    "dalam diri manusia ada segumpal daging,apabila baik daging itu akan baiklah seluruh dirinya,sekiranya jahat akan jahatlah seluruh dirinya.ketahuilah bahawa daging itu ialah hati."

akhirnya...sebagai manusia yang mempunyai akal..bezakan mana yang perlu dilupa dan tak ptot dilupakan..bersihkan hati dan jiwa agar hati ini sentiasa mengingati Allah.kesedaran dan peringatan itu perlu sentiasa diberi kerana pangajaran dan kesedaran ini lah penawar kepada racun kelupaan.

~LUPA ITU SATU KEPERLUAN TAPI AKAN MENJADI MALAPETAKA SEKIRANYA BENDA YANG PERLU DIINGAT PON TURUT DILUPAI~

p/s: sedekahkan al-fatihah untuk ibuku dan doakan ayah aku makin baik...moga2 orang yang mendoakn ini dimurahkan rezeki  dan mendapat ganjaran baik dr Allah..amin~!!



Friday, October 22, 2010

~heAdEr DaN uJiAn~

assalamualaikum warahamatullah wabarakatuh


hai!korang tengah wat pe skang??harap2 sume sihat sokmo la..hehe..aku senanya x tau nak tulis pe hari ni..tp tergerak hati lak nak cakap pasal header aku ni..hoho

haaa..dh nampakkan header ak tu..haha..yang tak tahannya bila bukak je blog ak,header je nampak satu screen laptop...postnya x nampak...haaiii..besar sangat haaa!!!haha...bukak blog orng len tak de pon besar gedabak camni..haha..tapi tak pe la kan..besar2 pon...header aku tu mempunyai makna yang mendalam..wlopon nampak cam budak2 je kan..hehe

ermm..senanyer saja nak sembang pasal header tu..hihi..ayat Quran tu ..dari surah al-insyiqaq ayt ke 6..kat sini memang Allah dh janji..kalo kita betul2 berusaha menuju kepada Allah..kita pasti menemuiNya!!haaa...cuba cakap spe yang tak nak jumpe pencipta kita kan??Allah yang memiliki seluruh alam ini!!SUBHANAALLAH!!...agungnya kuasa Mu..ya Allah..dan ayat seterusnya bagaimana kita menerima buku amalan kita...adakah dari sebelah kanan atau belakang??kalo kanan alhamdulillah..kalo belakang???nau'zubillahi min zalik...jadinya sebagai hamba Allah marilah sama2 melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang serta sama2 mengejar keredhaan dan syurgaNya..

aku tertarik dengan gambar kedua tu..'tak de exam sungguh seronok'..wah!!!memang besh pon kan..haha..klo ak pon ye..memang ase bebas sangat dh tu...hehe..tapi kali kita paham makna perkataan EXAM tu..maksudnya adalah UJIAN...tapi korang mesti pikir tu exam pelajaran kan..pegi sekolah,duduk,pegang pen,dpt soalan,terus jawab..tu pon kalo korang tau jawapannya...hoho..tapi senanyer ak nak boldkan kat cni..UJIAN DARI ALLAH..hidup kita ini tak lekang dengan ujian2 yang Allah bagi..dari sejak kita dilahirkan hingga sampai ajalnya kita nanti..cuma kita jalani hidup kita ini...adakah kita sedar dengan ujian2 yang Allah bg tu..???atau pon kita sedar dengan ujian itu...tapi tak sedar apakah hikmah disebalik ujian tu??muhasabah balik diri kita...

kalo korang kene ujian sekalipon...jangan mengeluh k!!!Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar..kerana sesungguhnya sabar itu indah...فاصبر صبرا جميلا.. dan satu lagi ayat Quran..Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya dalam surah al-baqarah ayat ke 286..aytnya..لا يكلّف الله نفسا الا وسعها

sebenarnya..ujian2 inilah yang menguatkan diri kita kuat dari segi batin dan zahir..Allah tidak menurunkan sesuatu dengan sia-sia...korang jangan ase sedih,kecewa,hampa dan seumpamanya..Allah datangkan ujian tu..sebab Allah sayangkan hamba2Nya..Allah nak kita dekat padaNya...nak kita belajar tentang erti kesyukuran  dengan nikmat2 yang telah diberi olehNya...adakah selama ni kita bersyukur dengan nikmat2nya??bila ditarik sekali...haaa..mulalah dh hilang arah..jgn cmtu k...Allah tetap ada disisi kita...Allah selalu ingat kpd kita tapi kita sbg hambaNya...adakah ingt kpd DIA???cek balik diri kita k...Allah tak kan tinggalkan hambanya yang selalu ingat kepada DIA...ingt tu!!


lagi satu nak share....ada disebut di dalam AQ..  قال الله تعالى:أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنّا وهم لا يفتنون>>maksudnya:'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan,"kami telah beriman",dan mereka tidak diuji??surah al-ankabut ayat ke 2. haaa..nampak tak kat situ..???kalo kita tidak diuji,bermakna kita tidak beriman kepada Allah..jadinya terima ujian itu dengan hati terbuka,sabar,tabah dan redha..suma tu ade ganjaran daripada Allah..terimalah satu kata2 ini..


kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,
kemudian datangkan pula guruh dan kilat,
puas kita mencari dimana matahari??
rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

mula2 td nak ckp ckit jer...tbe2 jd panjang lak..haha...ok lah..mau study dulu..exam ari isnin ni...syair abasi tu..cuak beb!!haha..wish me luck k..doakan tau..salam:)