Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Salam pesta buku 1 Malaysia kepada semua.Takku sangka,aku akan tulis semula blog yang bersawang ni.Almost 8 months,aku biarkan saja tanpa ada melakukan sebarang pembersihan kat blog ni.[kesiannya kat ko blog,nasib baik ko bukan manusia haha =.=]. Kalau dah 8 bulan tuh, maknanya dari Jordan lagi aku tak update sehingga la aku dah 5 bulan duduk kat Malaysia ni. Well,dah macam-macam berlaku selama 8 bulan ni. Rasa macam nak list apa yang berlaku hehe [sebagai kenangan bila dah tua nanti yihaa]
1.I'm officially graduated from Yarmouk University dengan cemerlangnya [Alhamdulillah!]
2.Bulan 8 balik Malaysia,bulan 9 aku dah start mengajar di Universiti Sains Islam Malaysia [USIM].Alhamdulillah,aku tak sempat nak menanam anggur pon sebab anggur tuh dah membuahkan hasil. [sementara sampai bulan 2,2013 ni je] Walaupun sekejap je mengajar kat usim,tapi itulah kenangan terindah.Mengajar budak degree,yang umurnya sebaya,dan beza 2,3 tahun je tapi itulah menyebabkan aku rapat dengan diorang semua sebab mengajar tak rasa jurang [macam kakak dengan adik je hehe] DAN yang paling BEST,bila ada feedback dari pelajar aku berbunyi seperti ini [apesal skema tiba-tiba] "ustazah,dulu saya tak suka bahasa arab,tapi disebabkan ustazah saya dah suka bahasa arab sekarang" [siapa yang tak gembira bila dengar camniiii] memang terharu habis bila dengar dia cakap macamtuh. Harap boleh jumpa korang lagi dan boleh gelak sama-sama lagi. [erkkk]
3.Mohon untuk sambung Master dan Alhamdulillah sekali lagi, aku mendapat tawaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] untuk menyambung pengajian dalam bidang bahasa arab ini.[daftar 14 februari ni,doakan]
4.Masuk pertandingan weight loss challenge [WLC] HERBALIFE, yang ni memang kelakar sebab aku dengan 'sukarelahatinya' masuk pertandingan ni.Hadiah memang lumayan, no.1 dapat RM1000, no.2 dapat RM500, no.3 dapat RM300 dan 2 lagi saguhati dapat RM100. Dan untuk kelima-lima hadiah ni,satu apa pon aku tak dapat dan yang paling best aku lah yang turun paling sikit [2kg je kot sedih =.=].Walaupun aku turun paling sikit,tapi aku lah yang paling kecil antara peserta kat situ
5.Last but not least, aku daftar menjadi independent distributor HERBALIFE. [dah jadi dealer herbalife la pulak hewhewhew] Ini pun buat part-time je,nak sara diri time ambil MA nanti huhu.So,lepas ni,mungkin blog aku akan update tentang herbalife juga.Sesiapa rasa nak turun berat badan,nak naikkan berat badan,nak maintainkan berat badan,boleh je tanya aku,tak ada masalah.I'm ready to coach all of you :)
Itu je kot entry kali ni.Hati sekarang tak sabar nak pergi pesta buku.Dah dup dap dup dap je macam nak jumpa bakal suami.
[semua tadah tangan,cakap AMIN YA RABB!]
5 comments:
Moga berjaya..wa..
haha lawaklah akk, saya baca sambil bayang gaya2 akk sekali.. adoi serius rindu >.<
mama fateh:mekasehhh doakan ye hihi
aqilah azam:haha yg tak tahan siap membayang tuh.. haha akak pon rindu kt qilah.. cpt2 la balik msia ni nk lepaskan rindu hihihi
ehem ! mcm nak jumpa bakal suami ae... ;P
mr anony Mous
:P :P dah bpe kali nak cakap,takde lagi laaaaa mr anony mous carikan boleh?? :p
Post a Comment