Saturday, December 25, 2010

::NA'AT part3::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Selamat malam semua..mari mengucap syukur kepada Allah,kita masih ag menghirup udara dan masih bernafas lagi di bumi Allah ni dengan nikmat2 Allah yang tak terhingga.Alhamdulillah...syukur padaMu yaAllah.


Hari ini,aku nak sambung tentang na'at..hehe..ase cam banyak sangat je kan.. padahal na'at jer..tapi berjela2...haaa..tu la nampaknya begitu mendalam bahasa arab ni..tapi tak pe..kita teruskan pembelajaran kita..kalau yang tak baca ag naat part 1tekan INI dan naat part 2 kat SINI.


Ok..hari ini aku nak cakap bentuk2 naat..mulakan dengan bismillah.


BENTUK-BENTUK NA'AT


Bentuk2 naat terbahagi kepada tiga iaitu:-
1)Na'at Mufrad
2)Na'at Jumlah
3)Na'at Syibih Jumlah


NA'AT MUFRAD
Dikatakan mufrad ialah naat itu bukan jumlah atau syibih jumlah...kan kalau mufrad tu,kita bayangkan satu jer..tapi naat mufrad ni,kalau musanna atau jama',ia juga dikira sebagai naat mufrad.kiranya..naat mufrad ni bukan jumlah atau syibih jumlah jer..tapi dari segi bilangan..ianya termasuk dalam naat mufrad.paham ye??ni aku bagi contoh.


جاء الرجل العاقل
جاء الرجلان العاقلان
جاء الرجال العقلاء


ok..contoh diatas terdiri dari mufrad,musanna,jama'..musanna dan jama' tu termasuk dalam naat mufrad juga.kan ckp diatas td..naat mufrad tu bukan jumlah atau syibih jumlah jer..tp dr segi bilangan,ianya masuk dalam na'at mufrad.


BENDA YANG MENJADI NA'AT MUFRAD


Ini aku nak terangkan tempat2 yang selalu naat mufrad ada la..kat bawah nanti,aku hanya i'rob naat nye jer ye..hehe


1)Masdar
CONTOH:هذا رجل ثقة
MAKNA:lelaki ini boleh dipercayai
MASDAR DAN NAAT:ثقة
I'ROB-نعت مرفوع وعلامة رفعه بالتنوين الضمة الظاهرة في اخره


2)Isim Isyarah
CONTOH:سرت على الدرب هذا
MAKNA:aku jalan di atas jalan ini
ISIM ISYARAH DAN NAAT:هذا
I'ROB-اسم الاشارة مبني على السكون في محل جر النعت


3)zu dan zat yang bermakna mempunyai
CONTOH:هذا زعيم ذو شعبية
MAKNA:ketua ini mempunyai kepopularitian..*pening aku nak eja populariti ni*..haha
NAAT:ذو
I'ROB-نعت مرفوع وعلامة رفعه الواو لأنه من الأسماء الخمسة


*Ini aku bagi contoh tok perempuan,nak tunjuk perbezaan i'rob sbb zu memang daripada asmak khomsah..tapi zat,i'rob seperti biasa:
هذه امرأة ذات حسب
I'rob zat:
نعت مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة وهو مضاف و حسب مضاف اليه مجرور بالكسرة


4)Allazi,allati dari mufrad,musanna dan jama'(الذي,التي)
CONTOH:سمعت الكلام الذي قلت
MAKNA:aku telah mendengar apa yang kau cakap.
ISIM MAUSUL DAN NAAT:الذي
I'ROB-اسم الموصول مبني على السكون في محل نصب نعت


5)A'dad (Bilangan)
CONTOH:اشتريت القلم ثلاثة
MAKNA:Aku telah membeli 3 pen.
ADAD DAN NAAT:ثلاثة
I'ROB:نعت منصوب وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة في اخره


6)Isim Mansub-maknanya benda yang di nasabkan
CONTOH:مررت برجل دمشقي
MAKNA:aku telah berjalan dengan lelaki yang dinasabkan kepada dimasyq @lelaki yang asalnya dari dimasyq
ISIM MANSUB DAN NAAT:دمشقي
I'ROB:نعت مجرور وعلامة جره بالتنوين الكسرة


7)Tasybih
CONTOH:رأيت رجلا أسدا
MAKNA:Aku telah melihat lelaki itu berani seperti singa
TASYBIH DAN NAAT: أسدا
I'ROB:نعت منصوب وعلامة نصبه بالتنوين الفتحة الظاهرة في اخره


8)ma nakirah yang mahu nampak kesamaran (ما)
CONTOH:اتخذت الدولة قرارا ما
MAKNA:negara telah mengambil penetapan tertentu..ma tu maknanya dalm ayt ini ialah tertentu.
MA NAKIRAH DAN NAAT:ما
I'ROB:ما النكرة مبني على السكون في محل نصب نعت


9)"Kullu" atau "ayyu" yang menunjukkan penyeluruhan mausuf kepada sifatnya.
CONTOH:أنت رجل كل الرجل
MAKNA:Engkau lelaki untuk semua lelaki..maknanya kat cni die betol2 lelaki la..bukan perempuan.
NAAT: كل
I'ROB:نعت مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في اخره


Sampai sini je la dulu ye..nanti bila2 aku sambung ag naat jumlah dan naat syibih jumlah..pahamkan sikit2 dulu...kalau bagi terus banyak..nnt pening lak.. hehe..ok..selamat memahamkan apa yang aku tulis ni...hehe..:)


p/s:kalau tak paham,tanya je la..jngn malu2..hik3:)

Wednesday, December 22, 2010

~BiTtAUfIQ~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...aku bersyukur kepada Mu ya Allah..entry kali ni tak de pape pon,tapi ase cam ngade2 nak tulis kat blog ni..hehe.. Minggu ni minggu "hujan turun" bg aku..macam2 terjadi minggu ni..tapi mcm bese..hidup mesti kene cool kan..keh2:)


Semalam aku tasjil madah tok sem depan..kira sem 2 tahun 3..wuuuuu...ase frust,tensi,nak nangis semua bercampor2 dalam hati ni..kat luar..sempoi je la..hehe..nak citenya..aku ni dah tafri' @ minor syariah..yang peliknya bila aku tasjil madah syariah,die tulis khorij khuttoh.. (kire luar dari madah yang aku perlu amek la kan)..aduuuii..last2nya semalam aku tasjil 4 madah dr takhasus aku..pastu 2 madah ag..tak tau nak tasjil ape..sbb semua syu'bah dah tutup..


Hari ni aku g la kat qabul tasjil..pergi jumpa musajjil adab..haaiihh..pakcik tu..memang menguji kesabaran jer..dah la semalam tak dapat tasjil,pastu bila aku tanya,pakcik tu wat cam tak tau jer..sabar je la..tapi tak pe..dengan suara aku yang rock n roll ni..akhirnya..aku dah berjaya tafri' syariah..haha..dan sekarang aku dah tasjil 6 madahl..tu yang aku tulis alhamdulillah mula2 tadi..hehe..kepada junior2..good luck la ye bila tasjil nnt..selamat berebut~!!haha


Ni madah2 tok sem depan:-
1)Syair abasi 2-Dr Majid Jaafaroh
2)Naqad qadim-Dr Qasim Mumini
3)Ulum Quran(adab)-Dr.Mukhaimar Soleh
4)Lisaniyat-Dr.Amjad Tolafahah
5)Ulum Quran(syariah)-Dr.Abdullah Jayushi
6)Fiqh Awal Syakhsiah-Dr.Ismail Abu Syariah


Haa..tu la..6 madah tok sem depan..bila tgok madah2 ni..ase takot lak..kui3..ag2 dengan Dr Amjad...DR YANG PALING MENGGERUNKAN DAN TERSANGAT ,TERPALING, TERAMAT SYADID..
ni aku tulis ni kat dalam karangan bahasa melayu,mesti salah tatabahasa aku..haha..tapi tak pe la..tu nak menunjukkan betapa gerunnya ngn doc tu..ni pertama kali nak amek ngn doc tu..senior2 sume cakap..tak yah amek ngn doc tu..tapi tak pe la..mau try..sebab die ajar sngt paham,cuma dari segi markah...grrrrrrrr..just try the best kan..hehe:)


Ag satu,minggu depan dah start exam final..apa ag..pasni study dengan khusyuk dan tawaduk la kan..*kalo aku cmni,terbalik dunia*hahaha..ape2 pon..best of luck kepada semua senior2 sebatch n junior2...buat yang terbaik dari yang terbaik..moga2 doa2 kita untuk berjaya tu diiringi dengan usaha sekali..insyaAllah MUMTAZ~!!!lepas dah sume tu..tawakkal dan redha.. apa2 pon yang Dia bg kat kita..tu adalah yang terbaik dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..apa2 yang berlaku semua ada hikmahnya.:)


Jadual final exam:-
1)Hasub 2-29/12,10.15P.M
2)Syair Abasi1-5/1,1.30P.M
3)Nahu 3-9/1,11.00A.M
4)Arudh-10/1,11.00 A.M
5)Adab Hadith Fil Urdun-12/1,8.30A.M
6)Balaghah-13/1,4.00P.M


Akhirnya..doakan aku berjaya dalam imtihan nihaei ni..moga2 kita semua berjaya k~!!



"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN."

Monday, December 20, 2010

~ThE MaKiNg Of TrIfFLe cOcKtAiL~

Assalamualaikum..

Hari ni nak wat post len ckit..hari ini aku nak wat entry pasal kek triffle..tp sebelom tu..korang sehat tak??aku ni..tak bek2 ag demam..sekarang ni..sampai dah tak de suara dah..adooii...kalo la blog ni macam radio..tak dapat la aku nak kongsi resipi ni..nasib bek la menulis..hahah..tapi tak pe..walaupun begitu..aku tetap semangat nak wat kek ni..sbb adek2 umah aku dak adab @ ikin,najla basid,tak abes2 suh aku wat kek ni..pening aku.. hahahaha..*pdhl keknya senang sangat nak wat..lapis2 jer*..adeeii..

*Petua dapur:mulakan dengan bismillah tapi seeloknya setiap nk wt step tu bace je bismillah..pastu selawat dan kalo kaco masakan tu biar anti clockwise, ni kata dari chef Sabri.

ok..sekarang mari kita mula skodeng barang2 yang di perlukan..


Bahan-bahannya:-
1)kek swiss roll (strawberry dan coklat)
2)cocktail (satu tin)
3)jelly (setengah kotak)
4)qisytah (satu tin)..*tp kalo nak ag sedap wat la 2 tin atau guna whipe cream


Bahan-bahan untuk puding kastard:-
1)air masak (100ml)
2)susu cair (200 ml)
3)tepung kastard (3 sudu besar)
4)gula (5 sudu besar)
5)kuning telur (2 biji)
6)esen vanila (3/4 camca teh)


ok..aku dah tunjukkan bahan-bahannya..sekarang mari kita buat triffle.


Langkah pertama:potong kek swiss roll strawberry nipis2 dan susun di dalam bekas,pastu renjis air cocktail kat atas kek tu..aku gune loyang jer..tak de bekas lawa kat umah aku ni..insyaAllah pas ni aku beli la..haha..


Langkah ke 2:Bila dah renjis2 tu..macam renjis2 time bersanding tu..pastu kita letak qisytah..aku guna qisytah pisang..sbb tiba2 aku terjumpa kat dapur aku.. jd aku guna jer..tak kesah la nak guna qisytah perisa apa2 pon..hehe..



Langkah ke 3:susun kek swiss roll coklat pula..wat macam langkah pertama k..


Langkah ke 4:ok..sekarang kita wat kastard pula..mula2 kita campurkan air dengan tepung kastard tu untuk mengelakkan tepung tu dari berketul bila di masak nnti.pastu..campurkan ke semua bahan kecuali esen vanila.bila dah cmpurkan kesemua bahan,masak di atas api yang sederhana dan kaco berterusan sehingga likat..bila dah nampak cm nak likat2 tu..taruk esen vanila..rase cm dah pekat..terus tuang kat atas kek coklat tu dan ratakan. aku pon men letak jer..bukan jenis ikot sukatan pon..tapi kalo ase takot2,ikotlah sukatan tu..haha



Langkah ke 5:susun buah cocktail di atas puding kastard ni..tunggu la die keras sikit kastardnya..nanti klo terus letak,tenggelam la pulak buahnya..haha


langkah ke 6:ni yang last la..wat jelly..ikot je arahan kat kotak tu..nnt siap la jelly tu..pastu tuang je la kat atas buah tu..bila dh tuang jelly..tunggu sejuk sekejap..masuk kan kek ni dalam peti ais dan tunggu jelly tu keras..makan tika sejuk..mmg nyum3x..hehe:)


tadaaaaaaaaa~!!!ni lah hasilnya~!!sedap wei..tak tipunya..hak2

ok..sudah habis pembelajaran memasak kita ari ni..senang je kan..budak2 pon leh wat benda ni..hahah..lapis2 je..bukannya ape pon..cuma bila penyakit malas korang datang,wajib2 tak jadi la kek triffle ni..haha..tapi bila korang wat kek ni..jangan lupa,bg la ckit kat tuan blog ni..haha..dan ag satu kalo tak cuba,memang rugi la..sius aku cakap MEMANG SEDAP..ag2 time syitak ni.. uuu.. masyuuukkk...hahaha..

p/s:terima kasih kpd ikin yang menjadi P.A sepanjang aku membuat kek ni.. mcm warden oo..haha..dan ag satu terima kasih sbb die yang edit pic ni.. *aku tak buli dia,dia yang nak wat*..so,aku hepi dan berterima kasih la kt dia kan..hehe

Lagi satu..esok aku nak tasjil madah untuk sem depan..doakan ye moga2 aku dapat semua madah yang aku nak tasjil.. terima kasih atas doa2 korang..hehe:)

Friday, December 17, 2010

::NA'AT part 2::

Bismillahirrahmanirrahim

Salam pembuka bicara,Assalamualaikum Warahmatullah Ta'ala Wabarakatuh..apa kaba??harap2 dalam keadaan yang sehat dan baik..aku ni bru je baik dari demam..tu yang lambat nak sambung tentang na'at ni..tapi tak pe,kita berjumpa ag hari ni di segmen nahu..hehe..kan post lepas aku cakap nak sambung pasal na'at kan...haaa.. ni aku semangat nak sambung pasal pembelajaran kita yang lepas..harap2 ia dapat memberi faedah kpd para pembaca.

Hari ini aku nak cakap tentang fungsi-fungsi na'at.Mulakan pembelajaran dengan bismillah dan niat belajar kerana Allah Ta'ala.

FUNGSI-FUNGSI NA'AT

1)Menjelaskan-di mana man'utnya menjadi ma'rifah.
contoh:سلّمت على سعيد الخيّاط
Makna ayat: aku telah memberi salam kepada said tukang jahit..
al-khayyat tu kan naat kepada sa'id..dan said tu ialah man'ut.di mana di sini man'ut tu menjadi ma'rifah kepada naat..di sini juga..untuk menghilangkan syak(makna mnjelaskan) sebab ma'rifah tu kan memang dah khusus menunjukkan orang tu..kiranya dah memang betol aku beri salam pada said tukang jahit bukan kepada said penjual burger ke..*teringin nak makan burger*haha

2)Takhsis-di mana man'utnya menjadi nakirah.
Contoh:صاحب رجلا عاقلا
Makna ayat: kau temanilah lelaki yang berakal.
sebab sohib tu feel amar jadinya fael nya ialah dhomir mustatir wujuban taqiduruhu anta.ok..nak cakap di sini..a'qilan tu ialan na'at dan rajulan itu ialah manu't..kan rajulan tu nakirah..dan kita tahu nakirah tu umum..takhsis ini menjadi di mana nakirah bertemu dengan nakirah.jadinya..kalo tak de naat kat situ,hanya lelaki sahaja??akan menjadi persoalan...lelaki mana???jadinya..bila ada na'at di situ die mentakhsiskan atau mengkhususkan..bahawasanya dia telah menemani lelaki yang berakal..bukan lelaki-lelaki yang lain.

3)Taukid-untuk mengukuhkan atau menguatkan.
Contoh:اشتريت تفاحة واحدة
Makna ayat:aku telah membeli satu biji buah epal.
Di sini nak cakap..wahidatan tu kan naat untuk taukid ,maknanya..aku beli satu biji epal je..bukan dua bukan tiga!!kira mentaukidkan..aku ni beli satu je buah epal tu!!*adeke beli satu je buah epal..*layan je la contoh ni..haha

4)Puji-pujian atau pengagungan
Contoh:بسم الله الرحمن الرحيم
Makna:Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha pengasih.
kiranya di sini..untuk pujian2 bagi Allah..ar-rahman dan ar-rahim tu kan sifat bagi Allah.. ar-rahman tu menjadi na'at 1 dan ar-rahim tu menjadi na'at 2.

5)Kejian dan hinaan
Contoh:أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Makna:aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam.
di sini nak cakap..syaitan tu mempunyai sifat buruk..iaitu rajim..rajim tu na'at kepada syaitan.

6)Mengasihani atau belas simpati
Contoh:رحم الله العبد المسكين
Makna:Allah mengasihani hamba yang miskin.
miskin tu yang menjadi na'at kepada hamba tu..kira hamba miskin bukan hamba yang lain.

7)Mendatangkan na'at untuk menyempurnakan khabar tersebut.
Contoh:نحن قوم مؤمنون
Makna:kami kaum yang beriman
ok..nahnu tu mubtadak dan qaumun tu khabar..sekiranya tiada na'at di situ bermakna tergantung ayat di situ..kami kaum ape kan??jadinya bila di datangkan na'at tu..ia menyempurnakan khabar di situ..tu lah maksudnya ye.

*Tapi lain pulak kalau contoh ni:فقلنا لهم كونوا قردة خاسئين
ok..ayat 65 dalam surah al-baqarah..
makna:"lalu kamu katakan kepada mereka,jadilah monyet yang hina!!"
yang aku nak cakap kat sini,khasiin tu tak leh jadi naat sebabnya monyet mana ada yang baik atau buruk..monyet suma di sifatkan kepada yang tak elok..jdnya khasiin tu menjadi khabar thani bukan na'at..sekiranya dii'rob kepada na'at maka ia menjadi makna yang fasid.

ok..dah abes pasal fungsi naat.senanye nak sambung ag pasal bentuk-bentuk naat..tapi aku ase bek aku wat post lain la..biar nampak tersusun sikit kan..haha..tapi yang sebenar2nya aku memang dah ase ngantuk sangat ni..nanti aku sambung pula tentang bentuk2 naat k.. 
ok..salam dan ceria2 selalu:)

Saturday, December 11, 2010

::NA'AT part 1::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..


Kaifa halukum jamiaan??arjukum bilkhair wa salamah daiman.Ana bikhair tamam bilfadhlillah. lau kana qad yaduru fatrah imtihan fil jamiaatil yarmouk,uridu an aktub an lughatil arabiyah liannani lam aktub munzu zaman anha.hehe


Ok.paham tak aku cakap kat atas tu..kalo yang amek bahasa arab tak paham,memang nak kene la...hehe..ok2..aku dah tak nak merepek..hari ini aku nak cakap tentang NA'AT atau sifat mausuf.


Na'at maksudnya ialah tabi'(pengikut) yang disebut selepas isim untuk menerangkan sebahagian tentangnya atau tentang keadaan yang berkait dengannya (isim).


*Tabi':isim fael ataupun pengikut.


Turutan na'at:manu't (benda yang diikut)+na'at(pengikut). kiranya..seperti kelaziman manu't mendahului daripada naa't.


ok..yang kita paham naat ni kan pengikut,jadinya semua benda kena sama dengan benda yang  diikut,ianya sama dari semua segi:-


1)tazkir wat taknis(lelaki dan perempuan)
2)harakah i'robiyah(baris yang di i'rob)
3)ta'rif wa tankir(ma'rifah dan nakirah)
4)ifrad,tasniyah,jama'(satu,dua,dan lebih dari dua)


Disini aku bagi contoh yang mudah:-
 هذه شجرة مثمرة
aku i'rob satu-satu dulu..
هذه:اسم الاشارة مبني على الكسر في محل رفع مبتداء
منعوت)شجرة:خبر مرفوع وعلامة رفعه بالتنوين الضمة)
مثمرة:نعت مرفوع وعلامة رفعه بالتنوين الضمة
ok..makna ayat kat atas tu..ini pokok yang berbuah.kalimah musmiratun tu sama dari semua segi dengan kalimah syajaratun..maknanya dari segi nakirahnya,muannasnya,mufradnya dan i'robnya..jadinya musmiratun tu menjadi naat kepada syajaratun dan syajaratun tu menjadi manu't la kan...insyaAllah paham ye...contoh mudah je ni..hehe


BAHAGIAN NA'AT


1)Naat hakiki:menerangkan sifat yang diikut atau menunjukkan yang sebenarnya.Kebiasaan naat hakiki ini naat nya selepas manu't..seperti yang aku terangkan di atas..itu adalah contoh naat hakiki.


2)Naat sababi:menerangkan sifat daripada sifat yang mempunyai kaitan dengan benda yang diikut..mesti korang pening ni..tak pe2...meh aku bagi contoh dulu k..


قرأت كتابا عميقة أفكاره
قرأت:فعل ماض مبني على السكون لأنّ اتصاله بالضمير الرفع المتحرّك والتاء فاعل مرفرع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في اخره
كتابا:مفعول به منصوب وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة
عميقة:نعت منصوب وعلامة نصبه الفتحة
أفكاره:فاعل للصفة المشابهة وعلامة رفعه الضمة وهو المضاف والهاء مضاف اليه ضمير متصل مبني على الضم -->منعوت


ok..naat sababi ni lazimnya manu't selepas naat,
a'miqatun:naat,afkar:man'ut,


**makna jumlah di atas ialah aku telah membaca buku yang isinya sangat mendalam..kat sini nak cakap bukan buku tu yang menjadi manu'utnya tapi afkar tu yang menjadi manu'tnya..sebab tu di namakan sababi..kenapa di namakan sababi sebabnya ialah selepas afkar tu mempunyai dhomir,maka dhomir itu yang menjadi pengikat atau sebab yang mengikat naat kepada manutnya atau benda yang diikut.insyaAllah paham ye??kalau tak paham komen kat bawah tu..hehe..


Haaa...yang kali ni aku cakap basic die jer..benda ni dah belaja dah time SPM..aku saje nak refresh balik..nanti post seterusnya aku akan cakap pasal fungsi dan bentuk naat ni.. ni mendalam ckit la..doakan aku exam esok..exam benda ni la..sempat ag aku wat benda ni..hehe..moga selamat semuanya..


JOM CINTAI BAHASA ARAB~!!

Monday, December 6, 2010

::hAti SeOrAnG IBU::


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi taa'la wabarakatuh

Pertama-tamanya..aku nak ucapkan salam maal hijrah kepada semua muslimin dan muslimat yang diredhai Allah S.W.T.moga2 dipermulaan tahun hijrah ini..kita sudah mula mempasakkan, memakukan dan membumikan azam kita.ermm..seperti kebiasaan..azam yang telah ditanamkan..terkubur begitu sahaja..bak kata pepatah melayu:"hangat2 tahi ayam"..tapi bagi aku..asal ada azam lebih baik dari tak de azam langsung kan???hehe..

Dikala para blogger hangat membicarakan tentang maal hijrah...aku???
mungkin bersama-sama menyambutnya..akan tetapi jauh di sudut hati..terselit kesedihan yang mencengkam jiwa sanubariku..

Hari berganti minggu,minggu berganti bulan..jam terus berdetik tanpa berundur walau sesaat...aku terus melewati hari-hari yang penuh onak dan duri...yang penuh dengan asam garam kehidupan..adakalanya hitam..adakalanya putih..

6 disember 2009,2.35 pagi malaysia
tarikh dimana ibuku telah dijemput oleh Al-Khaliq(pencipta yang maha Esa)
sedangkan diriku masih lagi berada di bumi syam..
masih tidak tahu lagi tentang keadaanya..
masih tidak tahu lagi apa yang berlaku di Malaysia..
terkilannya rasa di hatiku...
betapa aku merasakan bahawa aku anak yang tidak berguna!!!!!

Hanya akulah satu-satunya,
anak yang tiada di sampingnya ketika dia sedang bertarung dengan penyakitnya,
hanya aku yang tidak dapat menjaganya,
hanya aku yang tidak dapat memberi kata2 semangat kepadanya,
hanya akulah yang tidak dapat mengalunkan ayat suci Al-Quran di telinganya,
ohhhh..betapa terkilannya hatiku...

Hati seorang ibu,
yang sangat menyayangi anaknya,yang tidak sanggup merisaukan anaknya tentang kondisi dirinya..sehinggakan...teganya beliau memarahi anaknya (abang man),anak yang sangat di sayanginya kerana mengkhabarkan keadaan dirinya kepadaku...betapa mulianya hatimu wahai ibuku..

mak..hatiku merintih,meronta-ronta ingin mendengar suaramu..sebulan kau ditempatkan di hospital..tak pernah sekalipon aku mendengar suaramu..sehingga saat kau menutup matamu buat kali terakhir...Allah...setiap kali aku ingin bercakap denganmu..hanya ini jawapan yang mereka berikan"wa..mak tengah tido...bagi mak rehat ye"...bermain-main di fikiranku.. apa yang telah berlaku sebenarnya ni??kenapa mak sampai tak boleh bercakap denganku.. sungguh pilu hatiku..

menurut cerita abangku..dua hari terakhir sebelum pemergiannya...dia bertanya tentangku..
"epi,wa mana ye??mak tak nampak la"..abangku..tergagap-gagap tok menjawabnya..secara tiba-tiba..kau menjawab soalan yang telah kau tanyakan..:"eh2...wa kan kat jordan..epi jangan beritahu wa tau yang mak sakit"...mak...mak....sanggupnya mak tahan perasaan mak..sanggup menanggung rindu yang tak terluah...sanggup membiarkan hatimu menderita demi melihat anakmu tidak bimbang akan keadaanmu...mak...sungguh sucinya hatimu...

Hari ini...sudah setahun pemergianmu wahai ibuku...tarikh yang tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayatku...walaupun begitu pahit untuk aku menerima berita pemergianmu.. tapi inilah lumrah kehidupan..setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya..
firman Allah Taala:surah al-a'raf ayat 34
ولكل أمة أجل فاذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون
maksudnya:Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.

Teringat aku akan kata-kata terakhirmu.."wa..belajar leklok tau..dapatkan yang terbek..jage diri kat sana elok2...kalo kahwin tu bia lepas abes belaja...hehe..".. tu lah kate2 terakhirnya...aku sangat2 merinduinya..sangat2 menyayanginya...sangat2 merindukan bebelannya yang sehingga sekarang masih melekat dalam kepalaku...bebelan yang menjadikan aku berguna pada hari ini..terima kasih ibuku!!!!kau lah ratu dan permaisuri dalam hatiku.. ingatanku terhadapmu tidak akan pernah pudar sekalipon...

"Ya Allah Ya Tuhanku...ku mohon padaMu Ya Allah...ampunkanlah segala dosa2 ibuku.. terangkan dan lapangkan lah kuburnya...jadikan kuburnya seperti taman2 di syurga Ya Allah.. jangan lah kau memberikan azab seksa baginya...tenangkanlah ibuku di sana yaAllah...moga2 ibuku bersama para shuhada' dan para solihin...dan moga2..aku dapat bersamanya selama2nya di syurga yang kekal abadi..amin ya rabbal alamin...."

Sempena maal hijrah ini..marilah bersama-sama berhijrah ke arah redhaNya...apa yang telah berlalu..biarkan ia berlalu...kita yang masih berpijak di bumi ini..teruskan perjuangan untuk menghadapi ujian2 yang mendatang...ambil pengajaran dalam setiap apa yang berlaku dalam diri kita..moga2 inilah yang menjadi petunjuk..menjadi panduan dalam kehidupan kita di masa hadapan.wallahua'lam:)

Wednesday, December 1, 2010

~handwriting~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum kawan-kawan..hehe

sementelah aku skng ni cam tak betol..senanye ngah ngntuk skang ni..tapi aku berSEMANGAT nak update gak blog aku..di sebabkan menghargai usaha adek2 umah aku yang bersemangat mengubah dan memperbaiki tulisan diorang!!! yeahhh!!!hahaha..aku rase terharu senanyer.. tak sangke gak diorng ni betol2 nak ubah tulisan..senanye aku suh diorng tulis kat tngh garisan.. nampak la matured ckit dh besar2 ni...ni dok tulis atas garisan ag...tak matured arr..*bg aku la*haha..

dulu la..nak cite..tulisan aku pon tak lawa..asek dok kne kutuk je ngan abg tersayang aku.. sape ag kalo tak abg epi....mane la aku tak geram kan...lame2 aku pon improve la tulisan aku..skng ni aku lak dok kutuk tulisan adek umah aku dan diorng pon ubah la...bgus2!!hahaha.. tapi aku tak la kutuk cam abg aku kutuk aku...just aku cakap tak matured tulisan korang cmni!!haha..

tulisan ni penting...bnyk kepentingan tulisan ni..satunya..bagi orang senang bace dan fahami ape yang kita tulis..memudahkan orang nak pekse kertas kita..(kalo still masih belajar).. yela.. korang bayangkan..dh la die pekse banyak2 kertas..mesti kadang2 tu nak ase bad mood gak kan..tngok lak tulisan tak lawa..ag2 la tmbh bad mood...dari jawapan korang yang betol,jd salah...bnde ni boleh jadi...haaa..jdnya,sekarang..jom berubah ke arah tulisan yang cantik dan senang di fahami orang yang bace!!!hehe..cahiyok2x!!!:)

aku sertakan gambar tulisan2 adek umah aku...korang puji la diorng..mesti abes bangga diorng ni...hahaha


ni tulisan ikin...haha..dpt 19 je markah...bkn akk wt yek!!haha

ni tulisan ili...keh2..poyo je bintang2 tu...haha..


aku pon nak gak masuk tulisan aku..haha
pastu aku nak tambah ckit...tulisan ni jugak melambangkan personaliti seseorang tu.. tekan ni kalo nak tau ye!!! rahsia tulisan

ok...tu je nak tulis...haha...
p/s:terharu tak ikin ngn ili...masuk dalam blog tu...huiiyyooo!!!haha:)


credit to ikin sbb die yang edit gmbr tu...aku malas nk edit...haha..time kasih ye ikin.. akk terharu la..haha..