Monday, February 28, 2011

::PERTAMA::

Sister najwa,Bro Lim Jooi Soon dan Bro Shah Kirit.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Alhamdulillah,bersyukur kepada hadrat Illahi,masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog. Bila tengok tajuk,mesti dah tau saya nak cakap tentang apa kan,iaitu tentang PERTAMA a.k.a Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia kali ke 5 di Universiti Al Al-Bayt,Mafraq,Jordan yang berlangsung selama 2 hari satu malam di bawah tajuk "Ke Arah Memahami Fiqh Interaksi Bersama Non-Muslim".


Persidangan kali ini sangat memberi kesan kepada Mahasiwa Jordan umumnya dan khasnya kepada diri saya yang mengikuti program ini,dengan didatangi dua panelis yang sangat MANTAP yang diterbangkan dari Malaysia iaitu Brother Shah Kirit Kalkulal Govindji dan Brother Lim Jooi Soon.Kedua-dua panelis ini sangat mahir tentang perbezaan agama dan yang membuatkan saya takjub,mereka ini boleh mengeluarkan dalil dari ayat Al-Quran dan Kitab Sohih Bukhari berserta surah apa,ayat ke berapa,hadith ke berapa,bab-bab serta jilid-jilidnya.Kitab bible dan kitab agama mereka yang dahulu,memang tak perlu dikatakan lagi,macam sudah dihadam.Yang membuatkan saya sangat kagum lagi kerana mereka ini asalnya bukan islam,tetapi mereka sudah menghafaz Al-Quran dan sekarang sudah menjadi pendakwah berbanding dengan kita yang asalnya memang islam,tapi apa yang kita dapat sumbangkan kepada agama kita sendiri???[memikir seketika].Seperti Bro Shah mengatakan:"Be a muslim not by your chance but by your choice".Bila kita MEMILIH islam itu sendiri,maka cinta kepada islam lebih besar daripada yang kita asalnya memang dilahirkan sebagai orang islam.Terdapat juga panelis lain seperti Dr.Abd.Hamid,Akhi Nasir dan Ukhti Najwa bt Abdullah.


Seorang pelajar Jordan bertanya kepada Bro Lim,"Bagaimana kamu boleh menghafaz Al-Quran,hadith-hadith dan kamu keluarkan ayat-ayat Al-Quran itu macam air je di mulut kamu?" Dia hanya mengatakan,"kalau kamu cintakan seorang lelaki,mesti kamu tahu semua tentang dia,macam saya juga,SAYA CINTAKAN ISLAM,jadi saya perlu tahu semua tentang islam!"AllahuAkbar!!Betapa orang yang dulunya non-muslim,dan sekarang menjadi muslim,cintanya lebih besar berbanding kita yang memang dilahirkan sebagai islam.


Mengetahui perbezaan agama ini sangat penting,ini kerana kita ingin tahu yang mana satu lebih betul,yang mana satu lebih logik,dan yang paling penting,mengetahui mana yang hak dan mana yang batil.Saya rasa ramai pelajar muslim sendiri tidak dapat menguasai perbezaan agama ini,mungkin tidak ada pendedahan tentangnya  dan mungkin juga,kita tidak selalu bercampur dengan orang non-muslim ataupun takut untuk belajar kitab bible,alasannya,takot aqidah kita goyang tapi Bro Shah ada mengatakan "kalau takut aqidah goyang,kat mana-mana pon goyang gak".Jadinya dari sekarang,mari kita mantapkan pemahaman kita kepada Al-Quran dulu,dan cuba untuk belajar kitab-kitab lain supaya bila orang non-muslim tanya kepada kita,kita dapat menjawab dengan bukti-bukti yang termaktub di dalam Al-Quran dengan kitab-kitab yang mereka percayai.Kita jangan takut akidah kita akan goyang,kerana selagi kita mengikut Al-Quran dan As-Sunnah,insyaAllah,kita tidak akan sesat seperti sabda Rasulullah S.A.W:


"Ku tinggalkan kamu dua perkara,tidaklah kamu akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang pada keduanya iaitu AL-QURAN DAN AS-SUNNAH".


Seperti mana yang kita tahu,Al-Quran tidak pernah diubah suai,ianya asli dan tidak akan berubah,sesuai mengikut peredaran zaman.Kalau mahu dikatakan,agama yahudi mempunyai 33800 mazhab yang mana mempunyai kepercayaan berbeza mengikut akidah masing-masing. Sudah nampak disini,Al-Quran tetap yang terunggul dan tidak dapat di tandingi dengan kitab-kitab agama yang lain.


Ini antara soalan orang non-muslim yang ingin mengatakan dalam Al-Quran ada percanggahan.
Dia mengatakan,dalam surah sajadah ayat ke 5 mengatakan Allah mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari tetapi dalam surah as-fussilat dari ayat 9-12 mengatakan Allah mencipta langit dan bumi dalam masa 8 hari??[sekiranya kita sebagai muslim,apa yang nak kita jawab?]Ketika Bro Lim bertanya soalan ini,saya terdiam dan tidak tahu untuk menjawabnya,dan ketika itu pelbagai persoalan menerjah ke dalam diri saya,
(kalaulah ada orang non muslim tanya aku,apa aku nak jawab,macam mana aku nak cakap Al-Quran adalah kitab yang suci,macam mana aku nak yakinkan yang isi Al-Quran tidak akan bercanggah, macam mana aku nak cakap hanya agama islam yang boleh dipercayai dan lagi satu macam mana aku nak ajak dia ke arah islam).Semuanya menerjah ke minda saya ketika ini.


Jawapannya:Dalam surah sajadah memang Allah mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari.Bila kita tengok dalam surah fussilat,kalau kita lihat secara rambang pada ayat 9,Allah menjadikan bumi selama 2 hari,gunung-ganang sebanyak 4 hari dan langit 2 hari.Bila di campurkan semuanya menjadi 8,tetapi bila kita perhatikan kembali ayat ke 11,Allah menggunakan perkataan ثم.Kalau kita yang belajar bahasa arab,perkataan ثم ini membawa maksud kronologi ataupun tertib bukannya satu-satu.Jadinya di sini,langit itu termasuk sekali dalam 4 hari pada ayat yang ke 10.Jadinya semuanya selama 6 hari,maka Al-Quran ini tidak timbul percanggahan.Bahasa arab ni ialah bahasa yang unik dengan uslub-uslubnya,bila kita fahami dari segi bahasanya,maka kita akan memahami isi nya dengan lebih mendalam.


Dari sudut islamphobia,salah kita atau mereka yang salah faham??Kalau mahu dikatakan,salah kita pun ada,mereka kurang faham pun ye.Antara punca salah faham iaitu media seperti televisyen CNN,BBC yang menayangkan keganasan-keganasan orang islam saban hari saban waktu.Kalau kitalah orang bukan islam dan hanya melihat berita sebegitu rupa setiap masa mungkin kita juga memikirkan agama islam ini agama pengganas [na'uzubillah],tapi ini adalah salah satu puncanya.Keduanya ialah prejudis,contohnya prejudis terhadap poligami,hijab,janggut,gay.


Disini ingin saya membawa contoh tentang poligami.Di dalam surah an-nisa ayat ke 3 Allah berfirman:-
"Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya)maka nikahilah perempuan (lain)yang kamu senangi:dua,tiga atau empat,tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil,maka nikahlah seorang sahaja.


Bila kita lihat ayat di atas,mereka akan mempersoalkan antaranya:-
*Kenapa lelaki je boleh kahwin 4,perempuan tak boleh??kasihan la perempuan kena bermadu.


Ok,cuba kita bayangkan,
1)seorang lelaki kahwin dengan 4 perempuan,kita akan tahu siapa ibu dan ayah mereka tapi cubalah seorang perempuan berkahwin dengan 4 orang lelaki,pastu mesti la kita pening,eh ni anak ayah yang mana satu??nampak tak kat situ.
Pastu,dia membalas,kita boleh buat ujian DNA.Ingat senang ke nak buat ujian DNA,bukan senang dan bukan semua ujian DNA tu betul.Lagi satu,sekali cek,rupa-rupanya ni anak ayah yang no.2,bersalin lagi,tengok-tengok anak ayah no.3,bersalin lagi,tengok-tengok anak ayah no.4,anak untuk ayah no.1 mana??gigit jari je la..tak haru kalau macam ni??


2)Kita fikir lagi,perempuan ni dah la kuat dengan emosional,macam mana dia nak kemudi rumahtangga dia kalau asyik beremosional.


3)Macam Bro shah cakap,lelaki ni kalau dia kahwin dengan isteri no 2,perasaan cinta kepada isteri no.1 tetap tak berkurang,terbalik pulak dengan perempuan,perempuan ni setia kepada seorang lelaki sahaja.Bila dah dapat seorang,dia akan sayang selamanya.


4)Yang ni paling tak tahan,bayangkan kalau setiap lelaki tu nak 10 orang anak,tak pengsan ke nak mengandung 40 orang anak??[haha]


5)Seperti firman Allah S.W.T dalam surah an-nisa ayat ke 34:-
"Lelaki-lelaki(suami)itu pelindung bagi perempuan(isteri),kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki)atas sebahagian yang lain (perempuan)dan kerana mereka (lelaki-lelaki)telah memberi nafkahdan hartanya.


Di sini,saya bagi formula dakwah yang telah diberitahu oleh Bro Lim:-


1)Pendekatan sesuai mengikut keadaan
2)Ajarkan bahagian tauhid dulu,sebab kalau kita beritahu bahagian feqah,merekan akan rasa berat untuk melakukan solat,puasa,zakat,haji.Kalau nak dikatakan,Al-Quran diturunkan di Mekah selama 13 tahun hanya mengatakan tentang tauhid,dan 10 tahun di Madinah tentang hukum-hukum syariah.Disini,kita nampak,bila kita sudah teguhkan akidah kita,semua syariat islam kita akan dapat laksanakan.
3)Kita beri hukum mengikut keimanan orang yang kita dakwah.


Sebelum majlis penutup,kami sempat menjadi saksi kepada dua orang lelaki cina yang ingin memeluk agama islam.Allahuakbar,menitis air mata ketika mereka menyebut kalimah syahadah,LA ILAHA ILLA ALLAH!!Tiada Tuhan Selain Dari Allah!Sungguh Kau memberi hidayah kepada hamba yang Kau kehendaki.Sungguh agung kekuasaan Mu yaAllah.


Akhirnya,sebagai umat islam,JADILAH PENDAKWAH BUKAN PENDAKWA.Sebagai pelajar dari Timur Tengah,kita siapkan diri kita sebelum pulang ke tanah air,bersedia dari semua segi.Bawalah benda yang bernilai dari bumi anbiya ini.Moga-moga kerja-kerja dakwah ini dapat dilaksanakan dan moga-moga semua kerja dakwah kita di bawah keredhaan Allah S.W.T.


3 dan 5 dari kiri adalah saudara baru kita.Alhamdulillah,Allah telah memberi hidayah kepada mereka berdua.




Friday, February 11, 2011

::Cuti-cuti Mesir part 1::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Sudah sekian lama tidak mengupdate blog,akhirnya, aku memunculkan diriku kembali ke dunia alam maya [dunia di hujung jari].Tapi asenye baru 3 minggu aku tak update blog,gaya cam dah lama sangat tak update,yela sebab baru keluar dari penjara mesir.haha

Sebenarnya,aku nak update entry ni sebab banyak sangat permintaan suh aku cerita pengalaman aku kat mesir.Mula-mula pikir nak wat rakaman je,bila orang tnye,bukak je rakaman tu..tapi pikir cam poyo lak..hahaha.Jadinya,nak bagi mulut ni rehat sekejap,aku tulis je la kat blog [gaya cam orang femes..hak3]

21 januari 2011,aku berangkat ke Mesir,menaiki egypt air pada pukul 5 pagi.Pada pukul 2 pagi,aku bersama Nazirah,kak janah dan kak za bertolak ke airport.Alhamdulillah 6.15 pagi,kami sampai di Mesir.Masa kali pertama pergi mesir,perjalanan selama 2 jam,time tu naik Royal Jordanian (RJ),bila nek egypt air,cepat lak sampainya,tapi ok la..asal sampai dengan selamat..ok dah tu.hehe

Sampai-sampai je,pukul 7 lebih camtu,kak hakimah bersama kak dilhearty @ dila [saja2 nak gne nme komersial] amek kitorang kat airport dan terus pergi ke rabaah di Kaherah. Hari pertama sampai tu,kami tak wat pape pon,just duduk kat rumah..sembang-sembang ngan ahli rumah kak hakimah yang tak berapa nak kenal lagi,bak kata orang: "merapatkan lagi ukhwah"hehe.


Pada keesokan hari,aku bersama nazirah pergi ke iskandariah atau alex. Nak ceritanya, kami pergi menaiki train, dan ahli rumah kak kimah time tu semua tengah exam,jadinya aku minta tolong kawan aku untuk bawa kami ke ramsis [tempat stesen kereta api].Nama kawan yang aku mintak tolong tu Faizal,kawan time stam dan geng debat bahasa arab [memang mantap bila berdebat..hehe].Dia la yang bawak kitorng,ingatkan dia tau la nak nek train apa ke alex,sekali hampeehhh...haha..aku gak yang pergi tnye makcik2 arab tu.dengan stesen nye yang tengah renovatenye,[bg aku bukan renovate tapi mcm nak robohkan stesen tu..haha],memang pening la ktorng pusing2 kt stesen tu tapi alhamdulillah smpai2 je ktorng kt stesen yang nak pergi tu,alhamdulillah..keretapi bru je sampai..ingatkan dah berjalan..kalo tak,melepas!!hoho


Pukul 12 cmtu,ktorng pon bertolak ke alex,aku naik2 je tren dah ase ngantuk,pastu ape lagi..tido la kan..sebab nazirah dah tido banyak semalam,aku lak dok menyembang ngn ahli rumah kak kimah,pastu ngn tido lambatnya,jadinya,bila naik tren tu,memang masa tok tido la..hehe..tapi tak de la sepanjang perjalanan tu tido,dah smpai tanta baru aku terjaga sebab ase dah lama tido dan ag satu sebab ase lapar sesangat.haha..ingatkan aku sorang je yang lapar,upe2nya nazirah pon sama..pastu dalam tren tu ada la pak cik tu tolak troli makanan,aku ingatkan macam dalam flight tu,dapat free..sekali..erkk??kena bayar?? adooii..bayar je la..sebab dah lapa sangat dan malu la kalo pulangkan balik makanan tu..haha


Alhamdulillah,pukul 3 petang,kami sampai di Alex.Sampai2 je kat sini,kami tunggu kawan kami iaitu badriah.Kami tunggu dia ni hampir sejam setengah la..memang sangat lama tapi tak pe la..dia nak amek ktorng ni pon,kene nek tren gak,dia pon dok tunggu tren dia,memang mesir ni lain betol ngn jordan..hehe..sepanjang ktorng dok menunggu cik bad tu..macam2 gelagat orang mesir yang ktorng tngok..ini antara gambar2 selama menunggu si badriah.


stesen sidi gaber..tmpt nak turun pergi umah badriah

macam ni la stesen keretapi kt mesir..hoho

ni keretapi yang ktorng nek dr kaherah ke sidi gaber ni..

ni paling best~!!orang mesir..pergi lompat2 je kt landasan tu..pastu serbu nek dalam train..memang langsung tak jage keselamatan...seriau bila tngok..

tngok mak cik tu..slumber jer turun kt landasan..yang paling tak tahan,boleh die pnjat tebing tu..bknnye rendah..tinggi tu..

lelaki tu tolong angkat barang makcik tu..tu die ngh lari tu sbb ade keretapi nk datang dah..ngah gelabah la tu.. tapi paling tak tahan..mak cik tu...lepak je..haha

Dah abes tengok gambar tu??haaa..camtu la suasana kat mesir.Kami yang tengok depan mata ni,teruja abes la..macam2 gelagat..hehe..Lepas je bad sampai,ktorng pon naik tren tok ke pergi umah dia ni..ni lagi satu hal,umah badriah tu tingkat TUJUH!!haha..memang menggeletar lutut aku naik umah si bad ni..kalau la ada tertinggal barang ke,haaiihhh... memang tak terambil la barang tu..biar je la..tinggal pon tinggal la..haha.."dalam hati aku,memang dasat la bad dan ahli umah dia..boleh tahan turun nek kat umah ni..tabik2..keh3"


Sampai sini je la dulu aku tulis,ase panjang sangat dah tulis..nanti bila2,aku sambung la pengalaman aku kat mesir..ni baru permulaan..belom lagi smpai klimaks..[bajet gempak..haha]


p/s:teruskan bersemangat tok tempuhi sem baru ni..chaiyok2x~!!hehe

Monday, January 17, 2011

::hAppY::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum 

SubhanaAllah,Alhamdulillah,Allahu Akbar.Bersyukur ke hadrat Illahi,kita masih lagi berada di muka bumi Allah ini.Dah lama asenye aku tak update blog ni,bukan tak tengok langsung pon tapi macam tak tau nak tulis ape.Template bertukar-tukar tapi entry tak terbuat-buat.hehe.Yela,baru abes final exam kan dan sekarang pelajar-pelajar kat Jordan tengah cuti,jadinya,adala masa tuk tulis blog ni.

Sebenarnya,memang tak de tujuan pon nak tulis entry ni,cuma nak cakapnya,aku ase gembira dan hepi sangat-sangat sebabnya result dah keluar.Alhamdulillah sangat-sangat,ase cam tak percaya pon ade gak.Memang final kali ni,soalan-soalan doc semakin mengganas..haha.Bila balik dari exam je,muka aku dah cemberut dah*tak dapat jawab soalan dengan puas hati* tapi alhamdulillah,keputusannya menggembirakan.hehe..masih mengekalkan prestasi..:)

Dalam sejarah la ni,aku exam tak baca buku langsung.Ni madah adab hadith fil urdun.Sebabnya pelajar-pelajar sebelum ni yang amek madah ni,time final diorang boleh tengok buku sebab madah ni dari exam 1st n 2nd kena wat bahas.Jadinya dengan slumber nya,aku tak membaca buku langsung sebab bajet leh tengok buku kan.sekali time jawab exam tu,tak leh tengok buku.ape ag,menggagau-gagau aku nak tulis ape ni.haha. Satu perkara yang aku tak puas hati time ni,penjaga periksa tu bagi meniru.apekah??? memang time tu geram sangat-sangat la,budak-budak arab pon ade yang meniru dan melayu pon ade gak,tu yang lagi membengkak dalam hati ni.sabar je la kan,tapi tak pe,Allah mengetahui segalanya.Ni aku bagi link hukum meniru,klik INI.Walau pon macam tu,antara madah-madah yang aku amek,madah ni markah paling tinggi.syukur padaMu ya Allah.

Dan ag satu yang menggembirakan,along aku,nak support aku balik malaysia. yeah!!tu yang kita tunggu2kan.haha*teruk punya adik*.Teori aku "mintak kat adek beradek tak pe,tapi jangan mintak kat mak ayah" *untung gak jadi anak bongsu ni*haha

21/01/2011,Insya Allah,aku akan terbang ke Mesir.Doakan lah aku selamat sampai dan kembali semula ke Jordan supaya dapat meneruskan perjuangan yang masih berbaki setahun setengah lagi.Insya Allah.

p/s:kepada kawan-kawan ku di Mesir,selamat menjawab peperiksaan dengan jayanya dan insyaAllah kejayaan milik anda semua.amiiinnnn:)

Saturday, December 25, 2010

::NA'AT part3::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Selamat malam semua..mari mengucap syukur kepada Allah,kita masih ag menghirup udara dan masih bernafas lagi di bumi Allah ni dengan nikmat2 Allah yang tak terhingga.Alhamdulillah...syukur padaMu yaAllah.


Hari ini,aku nak sambung tentang na'at..hehe..ase cam banyak sangat je kan.. padahal na'at jer..tapi berjela2...haaa..tu la nampaknya begitu mendalam bahasa arab ni..tapi tak pe..kita teruskan pembelajaran kita..kalau yang tak baca ag naat part 1tekan INI dan naat part 2 kat SINI.


Ok..hari ini aku nak cakap bentuk2 naat..mulakan dengan bismillah.


BENTUK-BENTUK NA'AT


Bentuk2 naat terbahagi kepada tiga iaitu:-
1)Na'at Mufrad
2)Na'at Jumlah
3)Na'at Syibih Jumlah


NA'AT MUFRAD
Dikatakan mufrad ialah naat itu bukan jumlah atau syibih jumlah...kan kalau mufrad tu,kita bayangkan satu jer..tapi naat mufrad ni,kalau musanna atau jama',ia juga dikira sebagai naat mufrad.kiranya..naat mufrad ni bukan jumlah atau syibih jumlah jer..tapi dari segi bilangan..ianya termasuk dalam naat mufrad.paham ye??ni aku bagi contoh.


جاء الرجل العاقل
جاء الرجلان العاقلان
جاء الرجال العقلاء


ok..contoh diatas terdiri dari mufrad,musanna,jama'..musanna dan jama' tu termasuk dalam naat mufrad juga.kan ckp diatas td..naat mufrad tu bukan jumlah atau syibih jumlah jer..tp dr segi bilangan,ianya masuk dalam na'at mufrad.


BENDA YANG MENJADI NA'AT MUFRAD


Ini aku nak terangkan tempat2 yang selalu naat mufrad ada la..kat bawah nanti,aku hanya i'rob naat nye jer ye..hehe


1)Masdar
CONTOH:هذا رجل ثقة
MAKNA:lelaki ini boleh dipercayai
MASDAR DAN NAAT:ثقة
I'ROB-نعت مرفوع وعلامة رفعه بالتنوين الضمة الظاهرة في اخره


2)Isim Isyarah
CONTOH:سرت على الدرب هذا
MAKNA:aku jalan di atas jalan ini
ISIM ISYARAH DAN NAAT:هذا
I'ROB-اسم الاشارة مبني على السكون في محل جر النعت


3)zu dan zat yang bermakna mempunyai
CONTOH:هذا زعيم ذو شعبية
MAKNA:ketua ini mempunyai kepopularitian..*pening aku nak eja populariti ni*..haha
NAAT:ذو
I'ROB-نعت مرفوع وعلامة رفعه الواو لأنه من الأسماء الخمسة


*Ini aku bagi contoh tok perempuan,nak tunjuk perbezaan i'rob sbb zu memang daripada asmak khomsah..tapi zat,i'rob seperti biasa:
هذه امرأة ذات حسب
I'rob zat:
نعت مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة وهو مضاف و حسب مضاف اليه مجرور بالكسرة


4)Allazi,allati dari mufrad,musanna dan jama'(الذي,التي)
CONTOH:سمعت الكلام الذي قلت
MAKNA:aku telah mendengar apa yang kau cakap.
ISIM MAUSUL DAN NAAT:الذي
I'ROB-اسم الموصول مبني على السكون في محل نصب نعت


5)A'dad (Bilangan)
CONTOH:اشتريت القلم ثلاثة
MAKNA:Aku telah membeli 3 pen.
ADAD DAN NAAT:ثلاثة
I'ROB:نعت منصوب وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة في اخره


6)Isim Mansub-maknanya benda yang di nasabkan
CONTOH:مررت برجل دمشقي
MAKNA:aku telah berjalan dengan lelaki yang dinasabkan kepada dimasyq @lelaki yang asalnya dari dimasyq
ISIM MANSUB DAN NAAT:دمشقي
I'ROB:نعت مجرور وعلامة جره بالتنوين الكسرة


7)Tasybih
CONTOH:رأيت رجلا أسدا
MAKNA:Aku telah melihat lelaki itu berani seperti singa
TASYBIH DAN NAAT: أسدا
I'ROB:نعت منصوب وعلامة نصبه بالتنوين الفتحة الظاهرة في اخره


8)ma nakirah yang mahu nampak kesamaran (ما)
CONTOH:اتخذت الدولة قرارا ما
MAKNA:negara telah mengambil penetapan tertentu..ma tu maknanya dalm ayt ini ialah tertentu.
MA NAKIRAH DAN NAAT:ما
I'ROB:ما النكرة مبني على السكون في محل نصب نعت


9)"Kullu" atau "ayyu" yang menunjukkan penyeluruhan mausuf kepada sifatnya.
CONTOH:أنت رجل كل الرجل
MAKNA:Engkau lelaki untuk semua lelaki..maknanya kat cni die betol2 lelaki la..bukan perempuan.
NAAT: كل
I'ROB:نعت مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في اخره


Sampai sini je la dulu ye..nanti bila2 aku sambung ag naat jumlah dan naat syibih jumlah..pahamkan sikit2 dulu...kalau bagi terus banyak..nnt pening lak.. hehe..ok..selamat memahamkan apa yang aku tulis ni...hehe..:)


p/s:kalau tak paham,tanya je la..jngn malu2..hik3:)

Wednesday, December 22, 2010

~BiTtAUfIQ~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...aku bersyukur kepada Mu ya Allah..entry kali ni tak de pape pon,tapi ase cam ngade2 nak tulis kat blog ni..hehe.. Minggu ni minggu "hujan turun" bg aku..macam2 terjadi minggu ni..tapi mcm bese..hidup mesti kene cool kan..keh2:)


Semalam aku tasjil madah tok sem depan..kira sem 2 tahun 3..wuuuuu...ase frust,tensi,nak nangis semua bercampor2 dalam hati ni..kat luar..sempoi je la..hehe..nak citenya..aku ni dah tafri' @ minor syariah..yang peliknya bila aku tasjil madah syariah,die tulis khorij khuttoh.. (kire luar dari madah yang aku perlu amek la kan)..aduuuii..last2nya semalam aku tasjil 4 madah dr takhasus aku..pastu 2 madah ag..tak tau nak tasjil ape..sbb semua syu'bah dah tutup..


Hari ni aku g la kat qabul tasjil..pergi jumpa musajjil adab..haaiihh..pakcik tu..memang menguji kesabaran jer..dah la semalam tak dapat tasjil,pastu bila aku tanya,pakcik tu wat cam tak tau jer..sabar je la..tapi tak pe..dengan suara aku yang rock n roll ni..akhirnya..aku dah berjaya tafri' syariah..haha..dan sekarang aku dah tasjil 6 madahl..tu yang aku tulis alhamdulillah mula2 tadi..hehe..kepada junior2..good luck la ye bila tasjil nnt..selamat berebut~!!haha


Ni madah2 tok sem depan:-
1)Syair abasi 2-Dr Majid Jaafaroh
2)Naqad qadim-Dr Qasim Mumini
3)Ulum Quran(adab)-Dr.Mukhaimar Soleh
4)Lisaniyat-Dr.Amjad Tolafahah
5)Ulum Quran(syariah)-Dr.Abdullah Jayushi
6)Fiqh Awal Syakhsiah-Dr.Ismail Abu Syariah


Haa..tu la..6 madah tok sem depan..bila tgok madah2 ni..ase takot lak..kui3..ag2 dengan Dr Amjad...DR YANG PALING MENGGERUNKAN DAN TERSANGAT ,TERPALING, TERAMAT SYADID..
ni aku tulis ni kat dalam karangan bahasa melayu,mesti salah tatabahasa aku..haha..tapi tak pe la..tu nak menunjukkan betapa gerunnya ngn doc tu..ni pertama kali nak amek ngn doc tu..senior2 sume cakap..tak yah amek ngn doc tu..tapi tak pe la..mau try..sebab die ajar sngt paham,cuma dari segi markah...grrrrrrrr..just try the best kan..hehe:)


Ag satu,minggu depan dah start exam final..apa ag..pasni study dengan khusyuk dan tawaduk la kan..*kalo aku cmni,terbalik dunia*hahaha..ape2 pon..best of luck kepada semua senior2 sebatch n junior2...buat yang terbaik dari yang terbaik..moga2 doa2 kita untuk berjaya tu diiringi dengan usaha sekali..insyaAllah MUMTAZ~!!!lepas dah sume tu..tawakkal dan redha.. apa2 pon yang Dia bg kat kita..tu adalah yang terbaik dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..apa2 yang berlaku semua ada hikmahnya.:)


Jadual final exam:-
1)Hasub 2-29/12,10.15P.M
2)Syair Abasi1-5/1,1.30P.M
3)Nahu 3-9/1,11.00A.M
4)Arudh-10/1,11.00 A.M
5)Adab Hadith Fil Urdun-12/1,8.30A.M
6)Balaghah-13/1,4.00P.M


Akhirnya..doakan aku berjaya dalam imtihan nihaei ni..moga2 kita semua berjaya k~!!



"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN."

Monday, December 20, 2010

~ThE MaKiNg Of TrIfFLe cOcKtAiL~

Assalamualaikum..

Hari ni nak wat post len ckit..hari ini aku nak wat entry pasal kek triffle..tp sebelom tu..korang sehat tak??aku ni..tak bek2 ag demam..sekarang ni..sampai dah tak de suara dah..adooii...kalo la blog ni macam radio..tak dapat la aku nak kongsi resipi ni..nasib bek la menulis..hahah..tapi tak pe..walaupun begitu..aku tetap semangat nak wat kek ni..sbb adek2 umah aku dak adab @ ikin,najla basid,tak abes2 suh aku wat kek ni..pening aku.. hahahaha..*pdhl keknya senang sangat nak wat..lapis2 jer*..adeeii..

*Petua dapur:mulakan dengan bismillah tapi seeloknya setiap nk wt step tu bace je bismillah..pastu selawat dan kalo kaco masakan tu biar anti clockwise, ni kata dari chef Sabri.

ok..sekarang mari kita mula skodeng barang2 yang di perlukan..


Bahan-bahannya:-
1)kek swiss roll (strawberry dan coklat)
2)cocktail (satu tin)
3)jelly (setengah kotak)
4)qisytah (satu tin)..*tp kalo nak ag sedap wat la 2 tin atau guna whipe cream


Bahan-bahan untuk puding kastard:-
1)air masak (100ml)
2)susu cair (200 ml)
3)tepung kastard (3 sudu besar)
4)gula (5 sudu besar)
5)kuning telur (2 biji)
6)esen vanila (3/4 camca teh)


ok..aku dah tunjukkan bahan-bahannya..sekarang mari kita buat triffle.


Langkah pertama:potong kek swiss roll strawberry nipis2 dan susun di dalam bekas,pastu renjis air cocktail kat atas kek tu..aku gune loyang jer..tak de bekas lawa kat umah aku ni..insyaAllah pas ni aku beli la..haha..


Langkah ke 2:Bila dah renjis2 tu..macam renjis2 time bersanding tu..pastu kita letak qisytah..aku guna qisytah pisang..sbb tiba2 aku terjumpa kat dapur aku.. jd aku guna jer..tak kesah la nak guna qisytah perisa apa2 pon..hehe..



Langkah ke 3:susun kek swiss roll coklat pula..wat macam langkah pertama k..


Langkah ke 4:ok..sekarang kita wat kastard pula..mula2 kita campurkan air dengan tepung kastard tu untuk mengelakkan tepung tu dari berketul bila di masak nnti.pastu..campurkan ke semua bahan kecuali esen vanila.bila dah cmpurkan kesemua bahan,masak di atas api yang sederhana dan kaco berterusan sehingga likat..bila dah nampak cm nak likat2 tu..taruk esen vanila..rase cm dah pekat..terus tuang kat atas kek coklat tu dan ratakan. aku pon men letak jer..bukan jenis ikot sukatan pon..tapi kalo ase takot2,ikotlah sukatan tu..haha



Langkah ke 5:susun buah cocktail di atas puding kastard ni..tunggu la die keras sikit kastardnya..nanti klo terus letak,tenggelam la pulak buahnya..haha


langkah ke 6:ni yang last la..wat jelly..ikot je arahan kat kotak tu..nnt siap la jelly tu..pastu tuang je la kat atas buah tu..bila dh tuang jelly..tunggu sejuk sekejap..masuk kan kek ni dalam peti ais dan tunggu jelly tu keras..makan tika sejuk..mmg nyum3x..hehe:)


tadaaaaaaaaa~!!!ni lah hasilnya~!!sedap wei..tak tipunya..hak2

ok..sudah habis pembelajaran memasak kita ari ni..senang je kan..budak2 pon leh wat benda ni..hahah..lapis2 je..bukannya ape pon..cuma bila penyakit malas korang datang,wajib2 tak jadi la kek triffle ni..haha..tapi bila korang wat kek ni..jangan lupa,bg la ckit kat tuan blog ni..haha..dan ag satu kalo tak cuba,memang rugi la..sius aku cakap MEMANG SEDAP..ag2 time syitak ni.. uuu.. masyuuukkk...hahaha..

p/s:terima kasih kpd ikin yang menjadi P.A sepanjang aku membuat kek ni.. mcm warden oo..haha..dan ag satu terima kasih sbb die yang edit pic ni.. *aku tak buli dia,dia yang nak wat*..so,aku hepi dan berterima kasih la kt dia kan..hehe

Lagi satu..esok aku nak tasjil madah untuk sem depan..doakan ye moga2 aku dapat semua madah yang aku nak tasjil.. terima kasih atas doa2 korang..hehe:)

Friday, December 17, 2010

::NA'AT part 2::

Bismillahirrahmanirrahim

Salam pembuka bicara,Assalamualaikum Warahmatullah Ta'ala Wabarakatuh..apa kaba??harap2 dalam keadaan yang sehat dan baik..aku ni bru je baik dari demam..tu yang lambat nak sambung tentang na'at ni..tapi tak pe,kita berjumpa ag hari ni di segmen nahu..hehe..kan post lepas aku cakap nak sambung pasal na'at kan...haaa.. ni aku semangat nak sambung pasal pembelajaran kita yang lepas..harap2 ia dapat memberi faedah kpd para pembaca.

Hari ini aku nak cakap tentang fungsi-fungsi na'at.Mulakan pembelajaran dengan bismillah dan niat belajar kerana Allah Ta'ala.

FUNGSI-FUNGSI NA'AT

1)Menjelaskan-di mana man'utnya menjadi ma'rifah.
contoh:سلّمت على سعيد الخيّاط
Makna ayat: aku telah memberi salam kepada said tukang jahit..
al-khayyat tu kan naat kepada sa'id..dan said tu ialah man'ut.di mana di sini man'ut tu menjadi ma'rifah kepada naat..di sini juga..untuk menghilangkan syak(makna mnjelaskan) sebab ma'rifah tu kan memang dah khusus menunjukkan orang tu..kiranya dah memang betol aku beri salam pada said tukang jahit bukan kepada said penjual burger ke..*teringin nak makan burger*haha

2)Takhsis-di mana man'utnya menjadi nakirah.
Contoh:صاحب رجلا عاقلا
Makna ayat: kau temanilah lelaki yang berakal.
sebab sohib tu feel amar jadinya fael nya ialah dhomir mustatir wujuban taqiduruhu anta.ok..nak cakap di sini..a'qilan tu ialan na'at dan rajulan itu ialah manu't..kan rajulan tu nakirah..dan kita tahu nakirah tu umum..takhsis ini menjadi di mana nakirah bertemu dengan nakirah.jadinya..kalo tak de naat kat situ,hanya lelaki sahaja??akan menjadi persoalan...lelaki mana???jadinya..bila ada na'at di situ die mentakhsiskan atau mengkhususkan..bahawasanya dia telah menemani lelaki yang berakal..bukan lelaki-lelaki yang lain.

3)Taukid-untuk mengukuhkan atau menguatkan.
Contoh:اشتريت تفاحة واحدة
Makna ayat:aku telah membeli satu biji buah epal.
Di sini nak cakap..wahidatan tu kan naat untuk taukid ,maknanya..aku beli satu biji epal je..bukan dua bukan tiga!!kira mentaukidkan..aku ni beli satu je buah epal tu!!*adeke beli satu je buah epal..*layan je la contoh ni..haha

4)Puji-pujian atau pengagungan
Contoh:بسم الله الرحمن الرحيم
Makna:Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha pengasih.
kiranya di sini..untuk pujian2 bagi Allah..ar-rahman dan ar-rahim tu kan sifat bagi Allah.. ar-rahman tu menjadi na'at 1 dan ar-rahim tu menjadi na'at 2.

5)Kejian dan hinaan
Contoh:أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Makna:aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam.
di sini nak cakap..syaitan tu mempunyai sifat buruk..iaitu rajim..rajim tu na'at kepada syaitan.

6)Mengasihani atau belas simpati
Contoh:رحم الله العبد المسكين
Makna:Allah mengasihani hamba yang miskin.
miskin tu yang menjadi na'at kepada hamba tu..kira hamba miskin bukan hamba yang lain.

7)Mendatangkan na'at untuk menyempurnakan khabar tersebut.
Contoh:نحن قوم مؤمنون
Makna:kami kaum yang beriman
ok..nahnu tu mubtadak dan qaumun tu khabar..sekiranya tiada na'at di situ bermakna tergantung ayat di situ..kami kaum ape kan??jadinya bila di datangkan na'at tu..ia menyempurnakan khabar di situ..tu lah maksudnya ye.

*Tapi lain pulak kalau contoh ni:فقلنا لهم كونوا قردة خاسئين
ok..ayat 65 dalam surah al-baqarah..
makna:"lalu kamu katakan kepada mereka,jadilah monyet yang hina!!"
yang aku nak cakap kat sini,khasiin tu tak leh jadi naat sebabnya monyet mana ada yang baik atau buruk..monyet suma di sifatkan kepada yang tak elok..jdnya khasiin tu menjadi khabar thani bukan na'at..sekiranya dii'rob kepada na'at maka ia menjadi makna yang fasid.

ok..dah abes pasal fungsi naat.senanye nak sambung ag pasal bentuk-bentuk naat..tapi aku ase bek aku wat post lain la..biar nampak tersusun sikit kan..haha..tapi yang sebenar2nya aku memang dah ase ngantuk sangat ni..nanti aku sambung pula tentang bentuk2 naat k.. 
ok..salam dan ceria2 selalu:)