Monday, February 28, 2011

::PERTAMA::

Sister najwa,Bro Lim Jooi Soon dan Bro Shah Kirit.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Alhamdulillah,bersyukur kepada hadrat Illahi,masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog. Bila tengok tajuk,mesti dah tau saya nak cakap tentang apa kan,iaitu tentang PERTAMA a.k.a Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia kali ke 5 di Universiti Al Al-Bayt,Mafraq,Jordan yang berlangsung selama 2 hari satu malam di bawah tajuk "Ke Arah Memahami Fiqh Interaksi Bersama Non-Muslim".


Persidangan kali ini sangat memberi kesan kepada Mahasiwa Jordan umumnya dan khasnya kepada diri saya yang mengikuti program ini,dengan didatangi dua panelis yang sangat MANTAP yang diterbangkan dari Malaysia iaitu Brother Shah Kirit Kalkulal Govindji dan Brother Lim Jooi Soon.Kedua-dua panelis ini sangat mahir tentang perbezaan agama dan yang membuatkan saya takjub,mereka ini boleh mengeluarkan dalil dari ayat Al-Quran dan Kitab Sohih Bukhari berserta surah apa,ayat ke berapa,hadith ke berapa,bab-bab serta jilid-jilidnya.Kitab bible dan kitab agama mereka yang dahulu,memang tak perlu dikatakan lagi,macam sudah dihadam.Yang membuatkan saya sangat kagum lagi kerana mereka ini asalnya bukan islam,tetapi mereka sudah menghafaz Al-Quran dan sekarang sudah menjadi pendakwah berbanding dengan kita yang asalnya memang islam,tapi apa yang kita dapat sumbangkan kepada agama kita sendiri???[memikir seketika].Seperti Bro Shah mengatakan:"Be a muslim not by your chance but by your choice".Bila kita MEMILIH islam itu sendiri,maka cinta kepada islam lebih besar daripada yang kita asalnya memang dilahirkan sebagai orang islam.Terdapat juga panelis lain seperti Dr.Abd.Hamid,Akhi Nasir dan Ukhti Najwa bt Abdullah.


Seorang pelajar Jordan bertanya kepada Bro Lim,"Bagaimana kamu boleh menghafaz Al-Quran,hadith-hadith dan kamu keluarkan ayat-ayat Al-Quran itu macam air je di mulut kamu?" Dia hanya mengatakan,"kalau kamu cintakan seorang lelaki,mesti kamu tahu semua tentang dia,macam saya juga,SAYA CINTAKAN ISLAM,jadi saya perlu tahu semua tentang islam!"AllahuAkbar!!Betapa orang yang dulunya non-muslim,dan sekarang menjadi muslim,cintanya lebih besar berbanding kita yang memang dilahirkan sebagai islam.


Mengetahui perbezaan agama ini sangat penting,ini kerana kita ingin tahu yang mana satu lebih betul,yang mana satu lebih logik,dan yang paling penting,mengetahui mana yang hak dan mana yang batil.Saya rasa ramai pelajar muslim sendiri tidak dapat menguasai perbezaan agama ini,mungkin tidak ada pendedahan tentangnya  dan mungkin juga,kita tidak selalu bercampur dengan orang non-muslim ataupun takut untuk belajar kitab bible,alasannya,takot aqidah kita goyang tapi Bro Shah ada mengatakan "kalau takut aqidah goyang,kat mana-mana pon goyang gak".Jadinya dari sekarang,mari kita mantapkan pemahaman kita kepada Al-Quran dulu,dan cuba untuk belajar kitab-kitab lain supaya bila orang non-muslim tanya kepada kita,kita dapat menjawab dengan bukti-bukti yang termaktub di dalam Al-Quran dengan kitab-kitab yang mereka percayai.Kita jangan takut akidah kita akan goyang,kerana selagi kita mengikut Al-Quran dan As-Sunnah,insyaAllah,kita tidak akan sesat seperti sabda Rasulullah S.A.W:


"Ku tinggalkan kamu dua perkara,tidaklah kamu akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang pada keduanya iaitu AL-QURAN DAN AS-SUNNAH".


Seperti mana yang kita tahu,Al-Quran tidak pernah diubah suai,ianya asli dan tidak akan berubah,sesuai mengikut peredaran zaman.Kalau mahu dikatakan,agama yahudi mempunyai 33800 mazhab yang mana mempunyai kepercayaan berbeza mengikut akidah masing-masing. Sudah nampak disini,Al-Quran tetap yang terunggul dan tidak dapat di tandingi dengan kitab-kitab agama yang lain.


Ini antara soalan orang non-muslim yang ingin mengatakan dalam Al-Quran ada percanggahan.
Dia mengatakan,dalam surah sajadah ayat ke 5 mengatakan Allah mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari tetapi dalam surah as-fussilat dari ayat 9-12 mengatakan Allah mencipta langit dan bumi dalam masa 8 hari??[sekiranya kita sebagai muslim,apa yang nak kita jawab?]Ketika Bro Lim bertanya soalan ini,saya terdiam dan tidak tahu untuk menjawabnya,dan ketika itu pelbagai persoalan menerjah ke dalam diri saya,
(kalaulah ada orang non muslim tanya aku,apa aku nak jawab,macam mana aku nak cakap Al-Quran adalah kitab yang suci,macam mana aku nak yakinkan yang isi Al-Quran tidak akan bercanggah, macam mana aku nak cakap hanya agama islam yang boleh dipercayai dan lagi satu macam mana aku nak ajak dia ke arah islam).Semuanya menerjah ke minda saya ketika ini.


Jawapannya:Dalam surah sajadah memang Allah mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari.Bila kita tengok dalam surah fussilat,kalau kita lihat secara rambang pada ayat 9,Allah menjadikan bumi selama 2 hari,gunung-ganang sebanyak 4 hari dan langit 2 hari.Bila di campurkan semuanya menjadi 8,tetapi bila kita perhatikan kembali ayat ke 11,Allah menggunakan perkataan ثم.Kalau kita yang belajar bahasa arab,perkataan ثم ini membawa maksud kronologi ataupun tertib bukannya satu-satu.Jadinya di sini,langit itu termasuk sekali dalam 4 hari pada ayat yang ke 10.Jadinya semuanya selama 6 hari,maka Al-Quran ini tidak timbul percanggahan.Bahasa arab ni ialah bahasa yang unik dengan uslub-uslubnya,bila kita fahami dari segi bahasanya,maka kita akan memahami isi nya dengan lebih mendalam.


Dari sudut islamphobia,salah kita atau mereka yang salah faham??Kalau mahu dikatakan,salah kita pun ada,mereka kurang faham pun ye.Antara punca salah faham iaitu media seperti televisyen CNN,BBC yang menayangkan keganasan-keganasan orang islam saban hari saban waktu.Kalau kitalah orang bukan islam dan hanya melihat berita sebegitu rupa setiap masa mungkin kita juga memikirkan agama islam ini agama pengganas [na'uzubillah],tapi ini adalah salah satu puncanya.Keduanya ialah prejudis,contohnya prejudis terhadap poligami,hijab,janggut,gay.


Disini ingin saya membawa contoh tentang poligami.Di dalam surah an-nisa ayat ke 3 Allah berfirman:-
"Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya)maka nikahilah perempuan (lain)yang kamu senangi:dua,tiga atau empat,tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil,maka nikahlah seorang sahaja.


Bila kita lihat ayat di atas,mereka akan mempersoalkan antaranya:-
*Kenapa lelaki je boleh kahwin 4,perempuan tak boleh??kasihan la perempuan kena bermadu.


Ok,cuba kita bayangkan,
1)seorang lelaki kahwin dengan 4 perempuan,kita akan tahu siapa ibu dan ayah mereka tapi cubalah seorang perempuan berkahwin dengan 4 orang lelaki,pastu mesti la kita pening,eh ni anak ayah yang mana satu??nampak tak kat situ.
Pastu,dia membalas,kita boleh buat ujian DNA.Ingat senang ke nak buat ujian DNA,bukan senang dan bukan semua ujian DNA tu betul.Lagi satu,sekali cek,rupa-rupanya ni anak ayah yang no.2,bersalin lagi,tengok-tengok anak ayah no.3,bersalin lagi,tengok-tengok anak ayah no.4,anak untuk ayah no.1 mana??gigit jari je la..tak haru kalau macam ni??


2)Kita fikir lagi,perempuan ni dah la kuat dengan emosional,macam mana dia nak kemudi rumahtangga dia kalau asyik beremosional.


3)Macam Bro shah cakap,lelaki ni kalau dia kahwin dengan isteri no 2,perasaan cinta kepada isteri no.1 tetap tak berkurang,terbalik pulak dengan perempuan,perempuan ni setia kepada seorang lelaki sahaja.Bila dah dapat seorang,dia akan sayang selamanya.


4)Yang ni paling tak tahan,bayangkan kalau setiap lelaki tu nak 10 orang anak,tak pengsan ke nak mengandung 40 orang anak??[haha]


5)Seperti firman Allah S.W.T dalam surah an-nisa ayat ke 34:-
"Lelaki-lelaki(suami)itu pelindung bagi perempuan(isteri),kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki)atas sebahagian yang lain (perempuan)dan kerana mereka (lelaki-lelaki)telah memberi nafkahdan hartanya.


Di sini,saya bagi formula dakwah yang telah diberitahu oleh Bro Lim:-


1)Pendekatan sesuai mengikut keadaan
2)Ajarkan bahagian tauhid dulu,sebab kalau kita beritahu bahagian feqah,merekan akan rasa berat untuk melakukan solat,puasa,zakat,haji.Kalau nak dikatakan,Al-Quran diturunkan di Mekah selama 13 tahun hanya mengatakan tentang tauhid,dan 10 tahun di Madinah tentang hukum-hukum syariah.Disini,kita nampak,bila kita sudah teguhkan akidah kita,semua syariat islam kita akan dapat laksanakan.
3)Kita beri hukum mengikut keimanan orang yang kita dakwah.


Sebelum majlis penutup,kami sempat menjadi saksi kepada dua orang lelaki cina yang ingin memeluk agama islam.Allahuakbar,menitis air mata ketika mereka menyebut kalimah syahadah,LA ILAHA ILLA ALLAH!!Tiada Tuhan Selain Dari Allah!Sungguh Kau memberi hidayah kepada hamba yang Kau kehendaki.Sungguh agung kekuasaan Mu yaAllah.


Akhirnya,sebagai umat islam,JADILAH PENDAKWAH BUKAN PENDAKWA.Sebagai pelajar dari Timur Tengah,kita siapkan diri kita sebelum pulang ke tanah air,bersedia dari semua segi.Bawalah benda yang bernilai dari bumi anbiya ini.Moga-moga kerja-kerja dakwah ini dapat dilaksanakan dan moga-moga semua kerja dakwah kita di bawah keredhaan Allah S.W.T.


3 dan 5 dari kiri adalah saudara baru kita.Alhamdulillah,Allah telah memberi hidayah kepada mereka berdua.




1 comment:

nuraishah said...

good..aku nk update..tp..idea dah ilang kt pertama..kagum ..:))