Saturday, December 25, 2010

::NA'AT part3::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Selamat malam semua..mari mengucap syukur kepada Allah,kita masih ag menghirup udara dan masih bernafas lagi di bumi Allah ni dengan nikmat2 Allah yang tak terhingga.Alhamdulillah...syukur padaMu yaAllah.


Hari ini,aku nak sambung tentang na'at..hehe..ase cam banyak sangat je kan.. padahal na'at jer..tapi berjela2...haaa..tu la nampaknya begitu mendalam bahasa arab ni..tapi tak pe..kita teruskan pembelajaran kita..kalau yang tak baca ag naat part 1tekan INI dan naat part 2 kat SINI.


Ok..hari ini aku nak cakap bentuk2 naat..mulakan dengan bismillah.


BENTUK-BENTUK NA'AT


Bentuk2 naat terbahagi kepada tiga iaitu:-
1)Na'at Mufrad
2)Na'at Jumlah
3)Na'at Syibih Jumlah


NA'AT MUFRAD
Dikatakan mufrad ialah naat itu bukan jumlah atau syibih jumlah...kan kalau mufrad tu,kita bayangkan satu jer..tapi naat mufrad ni,kalau musanna atau jama',ia juga dikira sebagai naat mufrad.kiranya..naat mufrad ni bukan jumlah atau syibih jumlah jer..tapi dari segi bilangan..ianya termasuk dalam naat mufrad.paham ye??ni aku bagi contoh.


جاء الرجل العاقل
جاء الرجلان العاقلان
جاء الرجال العقلاء


ok..contoh diatas terdiri dari mufrad,musanna,jama'..musanna dan jama' tu termasuk dalam naat mufrad juga.kan ckp diatas td..naat mufrad tu bukan jumlah atau syibih jumlah jer..tp dr segi bilangan,ianya masuk dalam na'at mufrad.


BENDA YANG MENJADI NA'AT MUFRAD


Ini aku nak terangkan tempat2 yang selalu naat mufrad ada la..kat bawah nanti,aku hanya i'rob naat nye jer ye..hehe


1)Masdar
CONTOH:هذا رجل ثقة
MAKNA:lelaki ini boleh dipercayai
MASDAR DAN NAAT:ثقة
I'ROB-نعت مرفوع وعلامة رفعه بالتنوين الضمة الظاهرة في اخره


2)Isim Isyarah
CONTOH:سرت على الدرب هذا
MAKNA:aku jalan di atas jalan ini
ISIM ISYARAH DAN NAAT:هذا
I'ROB-اسم الاشارة مبني على السكون في محل جر النعت


3)zu dan zat yang bermakna mempunyai
CONTOH:هذا زعيم ذو شعبية
MAKNA:ketua ini mempunyai kepopularitian..*pening aku nak eja populariti ni*..haha
NAAT:ذو
I'ROB-نعت مرفوع وعلامة رفعه الواو لأنه من الأسماء الخمسة


*Ini aku bagi contoh tok perempuan,nak tunjuk perbezaan i'rob sbb zu memang daripada asmak khomsah..tapi zat,i'rob seperti biasa:
هذه امرأة ذات حسب
I'rob zat:
نعت مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة وهو مضاف و حسب مضاف اليه مجرور بالكسرة


4)Allazi,allati dari mufrad,musanna dan jama'(الذي,التي)
CONTOH:سمعت الكلام الذي قلت
MAKNA:aku telah mendengar apa yang kau cakap.
ISIM MAUSUL DAN NAAT:الذي
I'ROB-اسم الموصول مبني على السكون في محل نصب نعت


5)A'dad (Bilangan)
CONTOH:اشتريت القلم ثلاثة
MAKNA:Aku telah membeli 3 pen.
ADAD DAN NAAT:ثلاثة
I'ROB:نعت منصوب وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة في اخره


6)Isim Mansub-maknanya benda yang di nasabkan
CONTOH:مررت برجل دمشقي
MAKNA:aku telah berjalan dengan lelaki yang dinasabkan kepada dimasyq @lelaki yang asalnya dari dimasyq
ISIM MANSUB DAN NAAT:دمشقي
I'ROB:نعت مجرور وعلامة جره بالتنوين الكسرة


7)Tasybih
CONTOH:رأيت رجلا أسدا
MAKNA:Aku telah melihat lelaki itu berani seperti singa
TASYBIH DAN NAAT: أسدا
I'ROB:نعت منصوب وعلامة نصبه بالتنوين الفتحة الظاهرة في اخره


8)ma nakirah yang mahu nampak kesamaran (ما)
CONTOH:اتخذت الدولة قرارا ما
MAKNA:negara telah mengambil penetapan tertentu..ma tu maknanya dalm ayt ini ialah tertentu.
MA NAKIRAH DAN NAAT:ما
I'ROB:ما النكرة مبني على السكون في محل نصب نعت


9)"Kullu" atau "ayyu" yang menunjukkan penyeluruhan mausuf kepada sifatnya.
CONTOH:أنت رجل كل الرجل
MAKNA:Engkau lelaki untuk semua lelaki..maknanya kat cni die betol2 lelaki la..bukan perempuan.
NAAT: كل
I'ROB:نعت مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في اخره


Sampai sini je la dulu ye..nanti bila2 aku sambung ag naat jumlah dan naat syibih jumlah..pahamkan sikit2 dulu...kalau bagi terus banyak..nnt pening lak.. hehe..ok..selamat memahamkan apa yang aku tulis ni...hehe..:)


p/s:kalau tak paham,tanya je la..jngn malu2..hik3:)

5 comments:

Anonymous said...

bnyknye part naat die..hehe...cpt la smbg yg 2 lg tu...x sbr nk bce ni...hahhaa...

::HANIS NAJWA:: said...

to anonymous

nk wat cmne...wat bnyk2 x phm..jd nye wat la ckit2...hehehe..:)

dAk aDAb said...

xsbo nk tuggu part seterusnya..ble la tajuk naat ni nk abes..byk upenyer psl naat ni..hmm..baru ku tau..

::HANIS NAJWA:: said...

to dak adab

haha...mmg bnyk pon kin..dh akk bru tulis..mmg la ikin bru tau..haha

Unknown said...

Akak bila nk update yg baru