Saturday, December 11, 2010

::NA'AT part 1::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..


Kaifa halukum jamiaan??arjukum bilkhair wa salamah daiman.Ana bikhair tamam bilfadhlillah. lau kana qad yaduru fatrah imtihan fil jamiaatil yarmouk,uridu an aktub an lughatil arabiyah liannani lam aktub munzu zaman anha.hehe


Ok.paham tak aku cakap kat atas tu..kalo yang amek bahasa arab tak paham,memang nak kene la...hehe..ok2..aku dah tak nak merepek..hari ini aku nak cakap tentang NA'AT atau sifat mausuf.


Na'at maksudnya ialah tabi'(pengikut) yang disebut selepas isim untuk menerangkan sebahagian tentangnya atau tentang keadaan yang berkait dengannya (isim).


*Tabi':isim fael ataupun pengikut.


Turutan na'at:manu't (benda yang diikut)+na'at(pengikut). kiranya..seperti kelaziman manu't mendahului daripada naa't.


ok..yang kita paham naat ni kan pengikut,jadinya semua benda kena sama dengan benda yang  diikut,ianya sama dari semua segi:-


1)tazkir wat taknis(lelaki dan perempuan)
2)harakah i'robiyah(baris yang di i'rob)
3)ta'rif wa tankir(ma'rifah dan nakirah)
4)ifrad,tasniyah,jama'(satu,dua,dan lebih dari dua)


Disini aku bagi contoh yang mudah:-
 هذه شجرة مثمرة
aku i'rob satu-satu dulu..
هذه:اسم الاشارة مبني على الكسر في محل رفع مبتداء
منعوت)شجرة:خبر مرفوع وعلامة رفعه بالتنوين الضمة)
مثمرة:نعت مرفوع وعلامة رفعه بالتنوين الضمة
ok..makna ayat kat atas tu..ini pokok yang berbuah.kalimah musmiratun tu sama dari semua segi dengan kalimah syajaratun..maknanya dari segi nakirahnya,muannasnya,mufradnya dan i'robnya..jadinya musmiratun tu menjadi naat kepada syajaratun dan syajaratun tu menjadi manu't la kan...insyaAllah paham ye...contoh mudah je ni..hehe


BAHAGIAN NA'AT


1)Naat hakiki:menerangkan sifat yang diikut atau menunjukkan yang sebenarnya.Kebiasaan naat hakiki ini naat nya selepas manu't..seperti yang aku terangkan di atas..itu adalah contoh naat hakiki.


2)Naat sababi:menerangkan sifat daripada sifat yang mempunyai kaitan dengan benda yang diikut..mesti korang pening ni..tak pe2...meh aku bagi contoh dulu k..


قرأت كتابا عميقة أفكاره
قرأت:فعل ماض مبني على السكون لأنّ اتصاله بالضمير الرفع المتحرّك والتاء فاعل مرفرع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في اخره
كتابا:مفعول به منصوب وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة
عميقة:نعت منصوب وعلامة نصبه الفتحة
أفكاره:فاعل للصفة المشابهة وعلامة رفعه الضمة وهو المضاف والهاء مضاف اليه ضمير متصل مبني على الضم -->منعوت


ok..naat sababi ni lazimnya manu't selepas naat,
a'miqatun:naat,afkar:man'ut,


**makna jumlah di atas ialah aku telah membaca buku yang isinya sangat mendalam..kat sini nak cakap bukan buku tu yang menjadi manu'utnya tapi afkar tu yang menjadi manu'tnya..sebab tu di namakan sababi..kenapa di namakan sababi sebabnya ialah selepas afkar tu mempunyai dhomir,maka dhomir itu yang menjadi pengikat atau sebab yang mengikat naat kepada manutnya atau benda yang diikut.insyaAllah paham ye??kalau tak paham komen kat bawah tu..hehe..


Haaa...yang kali ni aku cakap basic die jer..benda ni dah belaja dah time SPM..aku saje nak refresh balik..nanti post seterusnya aku akan cakap pasal fungsi dan bentuk naat ni.. ni mendalam ckit la..doakan aku exam esok..exam benda ni la..sempat ag aku wat benda ni..hehe..moga selamat semuanya..


JOM CINTAI BAHASA ARAB~!!

5 comments:

Anonymous said...

ana la afaham ya ukhti...lau samahti,mumkin ishrahi li??
limaza 3amiqah muannath???

::HANIS NAJWA:: said...

to anonymous

ok2..saya cakap melayu la ye..sbb karang terang bhs arab x phm lak..

sbb manut nya adelah afkar..afkar kan jama' taksir..dan mmg maklum jama' taksir adalh muannath..jdnya..a'miqatun tu kan tabi' kpd afkar..jdnya muannath la..hehe:)

Bashrullhafi Mohd fauzi said...

comey2!! suko artikel nih! sy phm!!hihi x sbr menunggu smbungnnya.. hehe

dak adab said...

best2 post ni.. hehe
fahimtu fahman jiddan syadidan!! =))

xsabo nk tunggu naat part 2 by "dukturah Hanis".. kikiki

::HANIS NAJWA:: said...

to bashrullhafi mohd fauzi

bgs2~!!nsb phm...hehe...:)


to dak adab

dukturah la sngt kin oiiit...tp insyaAllah..doa2kan la ye..hehe