Friday, December 17, 2010

::NA'AT part 2::

Bismillahirrahmanirrahim

Salam pembuka bicara,Assalamualaikum Warahmatullah Ta'ala Wabarakatuh..apa kaba??harap2 dalam keadaan yang sehat dan baik..aku ni bru je baik dari demam..tu yang lambat nak sambung tentang na'at ni..tapi tak pe,kita berjumpa ag hari ni di segmen nahu..hehe..kan post lepas aku cakap nak sambung pasal na'at kan...haaa.. ni aku semangat nak sambung pasal pembelajaran kita yang lepas..harap2 ia dapat memberi faedah kpd para pembaca.

Hari ini aku nak cakap tentang fungsi-fungsi na'at.Mulakan pembelajaran dengan bismillah dan niat belajar kerana Allah Ta'ala.

FUNGSI-FUNGSI NA'AT

1)Menjelaskan-di mana man'utnya menjadi ma'rifah.
contoh:سلّمت على سعيد الخيّاط
Makna ayat: aku telah memberi salam kepada said tukang jahit..
al-khayyat tu kan naat kepada sa'id..dan said tu ialah man'ut.di mana di sini man'ut tu menjadi ma'rifah kepada naat..di sini juga..untuk menghilangkan syak(makna mnjelaskan) sebab ma'rifah tu kan memang dah khusus menunjukkan orang tu..kiranya dah memang betol aku beri salam pada said tukang jahit bukan kepada said penjual burger ke..*teringin nak makan burger*haha

2)Takhsis-di mana man'utnya menjadi nakirah.
Contoh:صاحب رجلا عاقلا
Makna ayat: kau temanilah lelaki yang berakal.
sebab sohib tu feel amar jadinya fael nya ialah dhomir mustatir wujuban taqiduruhu anta.ok..nak cakap di sini..a'qilan tu ialan na'at dan rajulan itu ialah manu't..kan rajulan tu nakirah..dan kita tahu nakirah tu umum..takhsis ini menjadi di mana nakirah bertemu dengan nakirah.jadinya..kalo tak de naat kat situ,hanya lelaki sahaja??akan menjadi persoalan...lelaki mana???jadinya..bila ada na'at di situ die mentakhsiskan atau mengkhususkan..bahawasanya dia telah menemani lelaki yang berakal..bukan lelaki-lelaki yang lain.

3)Taukid-untuk mengukuhkan atau menguatkan.
Contoh:اشتريت تفاحة واحدة
Makna ayat:aku telah membeli satu biji buah epal.
Di sini nak cakap..wahidatan tu kan naat untuk taukid ,maknanya..aku beli satu biji epal je..bukan dua bukan tiga!!kira mentaukidkan..aku ni beli satu je buah epal tu!!*adeke beli satu je buah epal..*layan je la contoh ni..haha

4)Puji-pujian atau pengagungan
Contoh:بسم الله الرحمن الرحيم
Makna:Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha pengasih.
kiranya di sini..untuk pujian2 bagi Allah..ar-rahman dan ar-rahim tu kan sifat bagi Allah.. ar-rahman tu menjadi na'at 1 dan ar-rahim tu menjadi na'at 2.

5)Kejian dan hinaan
Contoh:أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Makna:aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam.
di sini nak cakap..syaitan tu mempunyai sifat buruk..iaitu rajim..rajim tu na'at kepada syaitan.

6)Mengasihani atau belas simpati
Contoh:رحم الله العبد المسكين
Makna:Allah mengasihani hamba yang miskin.
miskin tu yang menjadi na'at kepada hamba tu..kira hamba miskin bukan hamba yang lain.

7)Mendatangkan na'at untuk menyempurnakan khabar tersebut.
Contoh:نحن قوم مؤمنون
Makna:kami kaum yang beriman
ok..nahnu tu mubtadak dan qaumun tu khabar..sekiranya tiada na'at di situ bermakna tergantung ayat di situ..kami kaum ape kan??jadinya bila di datangkan na'at tu..ia menyempurnakan khabar di situ..tu lah maksudnya ye.

*Tapi lain pulak kalau contoh ni:فقلنا لهم كونوا قردة خاسئين
ok..ayat 65 dalam surah al-baqarah..
makna:"lalu kamu katakan kepada mereka,jadilah monyet yang hina!!"
yang aku nak cakap kat sini,khasiin tu tak leh jadi naat sebabnya monyet mana ada yang baik atau buruk..monyet suma di sifatkan kepada yang tak elok..jdnya khasiin tu menjadi khabar thani bukan na'at..sekiranya dii'rob kepada na'at maka ia menjadi makna yang fasid.

ok..dah abes pasal fungsi naat.senanye nak sambung ag pasal bentuk-bentuk naat..tapi aku ase bek aku wat post lain la..biar nampak tersusun sikit kan..haha..tapi yang sebenar2nya aku memang dah ase ngantuk sangat ni..nanti aku sambung pula tentang bentuk2 naat k.. 
ok..salam dan ceria2 selalu:)

2 comments:

dAk aDAb said...

best3!! tertunggu2 post seterusnya..
hehe.. nnt kalo amk nahu 3 bleh bce kt sini je kalo nk exam..kui3

::HANIS NAJWA:: said...

to dak adab

kih3..makin sng la korang blja nahu 3..pastu mrkh mesti mantop2 ni..kih2..kalah la akk cmni..hahaha

p/s:manfaatkan sepenuhnya...moga2 ilmu ni dpt dismpaikn tok sume orng n orang mengamalkannya..hehe:)