Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi taa'la wabarakatuhPertama-tamanya..aku nak ucapkan salam maal hijrah kepada semua muslimin dan muslimat yang diredhai Allah S.W.T.moga2 dipermulaan tahun hijrah ini..kita sudah mula mempasakkan, memakukan dan membumikan azam kita.ermm..seperti kebiasaan..azam yang telah ditanamkan..terkubur begitu sahaja..bak kata pepatah melayu:"hangat2 tahi ayam"..tapi bagi aku..asal ada azam lebih baik dari tak de azam langsung kan???hehe..
Dikala para blogger hangat membicarakan tentang maal hijrah...aku???
mungkin bersama-sama menyambutnya..akan tetapi jauh di sudut hati..terselit kesedihan yang mencengkam jiwa sanubariku..
Hari berganti minggu,minggu berganti bulan..jam terus berdetik tanpa berundur walau sesaat...aku terus melewati hari-hari yang penuh onak dan duri...yang penuh dengan asam garam kehidupan..adakalanya hitam..adakalanya putih..
6 disember 2009,2.35 pagi malaysia
tarikh dimana ibuku telah dijemput oleh Al-Khaliq(pencipta yang maha Esa)
sedangkan diriku masih lagi berada di bumi syam..
masih tidak tahu lagi tentang keadaanya..
masih tidak tahu lagi apa yang berlaku di Malaysia..
terkilannya rasa di hatiku...
betapa aku merasakan bahawa aku anak yang tidak berguna!!!!!
Hanya akulah satu-satunya,
anak yang tiada di sampingnya ketika dia sedang bertarung dengan penyakitnya,
hanya aku yang tidak dapat menjaganya,
hanya aku yang tidak dapat memberi kata2 semangat kepadanya,
hanya akulah yang tidak dapat mengalunkan ayat suci Al-Quran di telinganya,
ohhhh..betapa terkilannya hatiku...
Hati seorang ibu,
yang sangat menyayangi anaknya,yang tidak sanggup merisaukan anaknya tentang kondisi dirinya..sehinggakan...teganya beliau memarahi anaknya (abang man),anak yang sangat di sayanginya kerana mengkhabarkan keadaan dirinya kepadaku...betapa mulianya hatimu wahai ibuku..
mak..hatiku merintih,meronta-ronta ingin mendengar suaramu..sebulan kau ditempatkan di hospital..tak pernah sekalipon aku mendengar suaramu..sehingga saat kau menutup matamu buat kali terakhir...Allah...setiap kali aku ingin bercakap denganmu..hanya ini jawapan yang mereka berikan"wa..mak tengah tido...bagi mak rehat ye"...bermain-main di fikiranku.. apa yang telah berlaku sebenarnya ni??kenapa mak sampai tak boleh bercakap denganku.. sungguh pilu hatiku..
menurut cerita abangku..dua hari terakhir sebelum pemergiannya...dia bertanya tentangku..
"epi,wa mana ye??mak tak nampak la"..abangku..tergagap-gagap tok menjawabnya..secara tiba-tiba..kau menjawab soalan yang telah kau tanyakan..:"eh2...wa kan kat jordan..epi jangan beritahu wa tau yang mak sakit"...mak...mak....sanggupnya mak tahan perasaan mak..sanggup menanggung rindu yang tak terluah...sanggup membiarkan hatimu menderita demi melihat anakmu tidak bimbang akan keadaanmu...mak...sungguh sucinya hatimu...
Hari ini...sudah setahun pemergianmu wahai ibuku...tarikh yang tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayatku...walaupun begitu pahit untuk aku menerima berita pemergianmu.. tapi inilah lumrah kehidupan..setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya..
firman Allah Taala:surah al-a'raf ayat 34
ولكل أمة أجل فاذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون
maksudnya:Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.
Teringat aku akan kata-kata terakhirmu.."wa..belajar leklok tau..dapatkan yang terbek..jage diri kat sana elok2...kalo kahwin tu bia lepas abes belaja...hehe..".. tu lah kate2 terakhirnya...aku sangat2 merinduinya..sangat2 menyayanginya...sangat2 merindukan bebelannya yang sehingga sekarang masih melekat dalam kepalaku...bebelan yang menjadikan aku berguna pada hari ini..terima kasih ibuku!!!!kau lah ratu dan permaisuri dalam hatiku.. ingatanku terhadapmu tidak akan pernah pudar sekalipon...
"Ya Allah Ya Tuhanku...ku mohon padaMu Ya Allah...ampunkanlah segala dosa2 ibuku.. terangkan dan lapangkan lah kuburnya...jadikan kuburnya seperti taman2 di syurga Ya Allah.. jangan lah kau memberikan azab seksa baginya...tenangkanlah ibuku di sana yaAllah...moga2 ibuku bersama para shuhada' dan para solihin...dan moga2..aku dapat bersamanya selama2nya di syurga yang kekal abadi..amin ya rabbal alamin...."
Sempena maal hijrah ini..marilah bersama-sama berhijrah ke arah redhaNya...apa yang telah berlalu..biarkan ia berlalu...kita yang masih berpijak di bumi ini..teruskan perjuangan untuk menghadapi ujian2 yang mendatang...ambil pengajaran dalam setiap apa yang berlaku dalam diri kita..moga2 inilah yang menjadi petunjuk..menjadi panduan dalam kehidupan kita di masa hadapan.wallahua'lam:)



