Thursday, April 7, 2011

~percaya HANYA pada Allah~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Alhamdulillah,kita bertemu lagi,sudah lama aku tinggalkan blog ni,bukan tidak mahu menulis, bila sampai je masa nak menulis tu,idea tiba-tiba hilang.Bila time tak de kat depan laptop,macam-macam dalam kepala nak tulis.Haaiihh..tak pe la,sekurang-kurangnya,aku kembali lagi untuk menulis blog ni.Hari ahad ni start second exam,tapi ngada-ngada nak update.[kenapa aku selalu camtu??bila nak exam la,bru rajin nak update??]~aku pon tak paham dengan diri aku~[ketawa].


Alhamdulillah lagi sekali,minggu lepas, di Jordan telah menjalankan satu program iaitu Karnival Sukan Mahasiswa Jordan (KARISMA) dan Irbid telah memenangi keseluruhan.Tahniah kepada Irbid amnya dan khasnya kepada team bola jaring dan bola tampar (A) telah mendapat johan dan team bola jaring (B) mendapat no.3 dan team bola tampar (B) telah mendapat no.2.Tahun depan kita kekalkan prestasi dan usaha lagi supaya dapat buat yang lebih baik.


Sebenarnya,bukan ini yang aku nak wat tok entry kali ni,yang atas tu intro je,punya la panjang!haha [sebab dah lama tak update,semua cerita nak tulis,haha].Aku nak tulis tentang cerita yang aku dengar tadi di kelas aqidah bersama Dr.Alaa Hilat,menceritakan tentang kepercayaan kita kepada Allah.Cerita yang di ceritakan oleh Dr.Alaa sangat menyayat hati dan membuatkan tanganku rancak untuk bermain di atas keyboard ini serta hatiku meronta untuk mengupdate blog..hihi


Al-kisahnya,terdapat sepasang suami isteri,yang sudah lama berkahwin tapi tidak mempunyai anak,dan seperti biasa,bila tak ada anak,orang sekeliling bertanya itu dan ini sehinggakan mereka pergi ke hospital untuk memeriksa apa yang tidak kena.Sesampai je di hospital,suami masuk ke bilik doktor tapi doktor melarang isterinya masuk sekali.Doktor berkata kepada isteri suami itu:"sila duduk,saya hanya ingin bercakap dengan suami awak sahaja" dan isteri itu pun akur dengan kehendak doktor itu,maka suami dengan doktor itu berlalu masuk ke dalam bilik.


Di dalam bilik:-
Doktor:"Dia tak boleh melahirkan anak,jika awak pergi ke Amerika atau negara-negara asing,mungkin dia dapat melahirkan anak".
Suami:"Dia ada masalah apa doktor?"
Doktor:[dan doktor berkata seperti tadi]"Dia tidak boleh melahirkan anak kecuali dengan mukjizat Allah".


Suami tersebut pon keluar dari bilik doktor tersebut dan berjumpa dengan isterinya,dengan muka yang sedih suami itu berkata kepada isterinya:-


Suami:"Saya yang bermasalah,saya punca yang awak tidak dapat melahirkan anak".
Isteri:"Tidak mengapa,kita hanya mampu bersabar".


Tahun berganti tahun,mereka tidak dikurniakan seorang anak lagi,hanya Tuhan yang tahu perasaan mereka.Rumah tangga dingin tanpa suara keriangan dan tangisan seorang anak.Tiba-tiba isterinya diserang penyakit buah pinggang dimana dia memerlukan buah pinggang yang baru tok menggantikan buah pinggangnya.Doktor yang merawat isterinya berkata kepada suami itu,awak kena dapatkan buah pinggang itu dalam masa 48 jam dan awak kene pergi ke Iraq untuk mendapatkan buah pinggang tersebut.Si suami itu pon pergi mendapatkan buah pinggang tersebut dan alhamdulillah,buah pinggang si isteri sudah digantikan dan sekarang sudah semakin pulih dan alhamdulillah sihat seperti biasa.


Hari berganti hari,masa terus berdetik tanpa menoleh ke belakang,tahun demi tahun,mereka tidak dikurniakan lagi seorang anak.Suasana dingin yang masih sama.


Tiba-tiba isteri yang selama ini taat kepada suaminya,yang sangat baik,yang sangat solehah,bertukar menjadi isteri yang tidak bertangunggjawab,makan minum suami tidak dijaga,dibiarkan suami melakukan semua benda dengan sendiri,dan akhirnya suami itu pon pelik dengan perangai isterinya,tidak pernah isterinya  berkelakuan seperti itu.Maka si suami bertanya kepada isterinya:-


Suami:"Kenapa awak berkelakuan begini sedangkan dulu awak taat kepada saya?"
Isteri:"Saya bukan hamba awak lagi,awak ceraikan saya,saya nak anak,di sebabkan awak la,saya tak dapat anak,awak tak rasa sifat keibuan ini,awak lelaki..awak baik tapi saya mahukan anak.CERAIKAN SAYA!"
Suami:"Awak jangan macam ini,saya sangat sayangkan awak,ok,kalau macam tu,beri saya peluang 3 bulan,saya tak nak ceraikan awak masa ini,selepas 3 bulan kalau awak mahu juga saya ceraikan awak,saya akan ceraikan awak".


Suami itu bersujud kepada yang Esa,ujian apa yang Kau turunkan lagi padaku YaAllah,kuatkan ku ya Allah.


Selang beberapa minggu,si isteri mula rasa sakit-sakit,maka mereka pergi ke hospital dan berjumpa dengan doktor yang mula-mula mereka jumpa.


Doktor:"Eh,saya masih ingat awak,tahniah,isteri awak mengandung.Betul ke awak tak pergi ke Amerika ni??"
Suami:"Tidak,saya tidak pergi kemana-mana pon.Alhamdulillah,ni adalah mukjizat Allah S.W.T".
Doktor:"Isteri awak tidak buat apa-apa untuk berubat ke??"
Isteri:[TERKESIMA] Ya Allah,rupa-rupanya aku yang tidak boleh melahirkan.[monolog]


Kita lihat cerita di atas,sanggupnya si suami berkorban demi tidak mahu membuatkan isterinya bersedih sekiranya si isteri tahu yang dia adalah seorang yang mandul.Dan sanggup si suami itu,menderma buah pinggangnya kepada isterinya demi melihat isterinya pulih sedia kala.48 JAM!!kalau kita fikir,sempat ke nak ulang-alik ke iraq tu selama 48 jam???Allah.. betapa besarnya pengorbanan seorang suami yang sekarang hanya hidup dengan sebelah buah pinggang sahaja.Dan Alhamdulillah,selama dia diuji dengan perkara ini,si suami sudah menghafaz Al-Quran,sohih bukhari,dan Muslim.Allah,betapa ujian ini mendekatkan dirinya kepada Allah dan paling penting adalah KEIMANAN DAN KEPERCAYAAN dia kepada ALLAH!! kalau mahu dikatakan,mustahil akan mengandung kerana si isteri tadi mandul tapi dengan kepercayaannya kepada Allah,hnya Allah yang berkuasa ke atas sesuatu,maka isterinya mengandung.Alhamdulillah,bersyukur dengan segala nikmat dan pemberianNya.


Haa..itu yang aku nak cerita sebenarnya,kita amek iktibar dengan kisah ini.Hidup ini tak lekang dengan ujian TAPI YAKINLAH ALLAH TETAP BERSAMA KITA DAN HANYA KEPADA DIA SAHAJA KITA SEMBAH!!ALLAHUAKBAR!!


~p/s:cerita di atas adalah kisah benar,dan dialog tu aku ada tambah sikit..haha
*nak suami macam ini juga!!!moga-moga kita dapat jodoh yang soleh dan solehah serta dapat membawa kita menuju redha dan syurgaNya.Amiiiinnn~~!!!

7 comments:

Najla Basid said...

Allah dtgkn ujian sebagai pengukur iman hambanya..samada brtmbah atau berkurang...perkongsian yg best..:)...ni tauhid rububiyah kn??

dAk aDAb said...

nk juga suami yang sifatnya soleh juga!!!~ hehe

::HANIS NAJWA:: said...

to najla basid

yup..betol tu..haah..tauhid rububiyyah:)

to dak adab

doa bnyk2 ye..doakn tok akk jugak..hihi

Srikandi Abi. said...

InsyaAllah.. selagi Agama menjadi syarat utama dlm memilih suami/isteri, insyaAllah kte dpt suami macam tu. Tapi perbanyakkan doa ye sahabat2.. hehe

Aku pun nak camtu jgk..insyaAllah! ^^,

::HANIS NAJWA:: said...

to serikandi abi

yup..insyaAllah..spe yg x nk tu..mmg pelik dalam dunia la..haha

mujahidatunnisa.. said...

cerita ni sedih...T__T (nangis baca)..

mudah2an kita sume snts kekal dalam jalan ini dan meletakkan pergantungan pada ALLAH dalam setiap perkara..bersyukur dgn stiap pemberian dan ujian ALLAH wpun pahit d telan...

~mudah2an suami saya dan anak2 saya menjadi org yg soleh dan solehah~ ameen..=p

::HANIS NAJWA:: said...

to mujahidatunnisa

tu la..time Dr Alaa cte..mmg terkesan tol dlm hati..ape2 pon..pergantungan pada Allah adalah no.1

amiiinnn~!!tau la dh kawen..haha..ni yg jeles ni..hahaha